Archive for December, 2008

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Saya merasakan bahawa hari ini adalah di antara hari yang paling mencabar di dalam hidup saya. Sebelum itu, saya ada satu soalan untuk anda. Soalannya adalah :

Jika anda telah menerima satu tawaran bekerja, dan tiba-tiba anda ditawarkan satu jawatan lain yang lebih baik (hakikatnya 2-2 baik), mana satu yang anda akan pilih? Apa kriteria yang akan anda pertimbangkan?

Perkara inilah yang berlaku pada hidup saya hari ini. Susah juga saya nak buat keputusan.

Begini ceritanya, saya telahpun diterima untuk mengajar di sebuah sekolah dan dahpun hadir untuk meeting pertama hari ini, di mana saya juga telahpun diperkenalkan kepada semua guru dan kakitangan sekolah tersebut.

Tetapi, satu masalah yang sangat besar berlaku apabila di dalam mesyuarat tersebut, saya mendapat panggilan telefon bertalu-talu daripada ‘uncle’ saya. Nak angkat camne dah dlm meeting ye tak? So saya pun message lah pakcik saya tuh…

Saya : Kenapa Cu ? (panggilan untuk pakcik saya)

Cu : Abang (saya dipanggil ‘abang’ di dlm keluarga saya) dapat kerja tempat ucu. Sekarang terpulang pada abang untuk buat pilihan. Start kerja 2hb Jan 09.

keliruAh sudah! Pening kepala terus jadinya. Kerja yang ‘baru’ ni memang dah lama saya apply tapi tiada jawapan. So saya pun terimalah tawaran untuk mengajar. Tetapi sekarang tawaran kerja ‘baru’ tersebut datang semula.

Mana satu nak pilih ni? Memang kalau soal gaji, kerja baru ni memang lebih lumayan gajinya. Tapi, saya berasa keliru dan sangat² serba-salah. Saya yang sebenarnya dah bersemangat untuk mengajar tiba² didatangi dengan masalah sebegini. Bayangkanlah, saya berada di dalam meeting pertama untuk sesi persekolahan tahun depan, sudah diperkenalkan dan tiba-tiba dapat kerja lain. Adakah saya perlu tarik diri? Bersalahkah saya kalau saya berundur? pening..pening…

Habis je meeting, saya terus call mak saya (cam biasalah my motivator).

Saya : Mak, abang dapat keje tempat ucu ni? Camno ni mak?

Mak : Mm, terpulang pada abang la. Kalau lagi bagus mak ikut je. (sebenarnya panjang lagi perbualan kami tetapi saya pendekkan)

Akhirnya, dengan berat hati saya terpaksa meninggalkan sekolah tersebut walaupun belum sempat untuk mengajar di situ. Sedih sangat²!!!! Tapi nak buat macam mana, saya punya ehem ehem dah nak dekat dan saya perlu struggle untuk cari duit. Tambahan pula kerja baru ini adalah tetap. Mungkin ini rezeki saya. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup saya ini..

Untuk menenangkan hati saya, saya renungkan Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al Fath, ayat 4 :

fath

Maknanya :

Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allahlah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Pengajaran : Sememangnya hanya dengan mengingati Allahlah hati kita akan tenang. Ujian yang Allah beri adalah untuk menguji keimanan kita, sama ada kita mampu bertahan ataupun tidak dan sebagai tanda bahawa Allah S.W.T sayangkan kita.

Kesimpulan : Saya berserah kepada Allah S.W.T atas pilihan saya ini. Moga hati saya akan tenang selepas ini dan perjalanan hidup saya dipermudahkan.

Walaubagaimanapun, rasa bersalah pada diri saya akan ada sampai bila²….

p/s : Maafkan saya Ustazah Hasnah!! (Penolong Kanan 1)

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Hari ini 31hb Disember 2008, merupakan the last day dalam sejarah 2008. Ini jelah harinya. Takde hari lain dah. Hehe ;) Bersempena the last day of this year, saya juga ingin me’review’ serba-sedikit apa yang telah berlaku di dalam kehidupan saya sepanjang 2008 ini.

1- Family :

alyaAngahku telah melahirkan seorang bayi comel bernama Nur Alya Qistina (nama ni aku yg bagi) pada Mac yang lalu. Alya merupakan cucu pertama bagi mak dan ayah saya. Hehe..Seronok betul saya tengok diorang dapat cucu. Sekarang Alya dah pun boleh merangkak dan ber’tatih’. Along dan Angah saya telah pun tinggal bersama suami tercinta masing² di kediaman sendiri. So, tinggallah mak, abah, ngan saya je kat rumah. Yang lain (adik²) semuanya balik hostel.

cover42- Online Biz :

Tahun yg agak gemilang bagi saya kerana mampu mengumpul beberapa ‘K’ hasil usaha yang keras. Tapi sekarang duit dah habis so kenalah kumpul balik. Saya juga berjaya membina satu laman web jualan untuk produk MRR di www.formulaorangbiasa.com.

3- Syarikat sendiri :logo-mfr1

Saya juga telah berjaya menubuhkan syarikat sendiri atas nama MFR Solutions pada Ogos yang lalu. So, dari sudut undang² aku berniaga ni sah lah..hehe..dan of course sah di sisi syara’ serta jauh dari syubhah. Insya-Allah..

4- Study :

Alhamdulillah, tahun ini saya berjaya menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Fiqh dengan CGPA yang agak boleh tahan laa…Dapatlah satu bintang..Huhu.. ;)

5- Blog dan Ilmu Internet:

Saya telah berjaya membina satu blog berdomainkan nama saya sendiri (www.fazdli.com), dan juga telah berjaya mempelajari beberapa asas ilmu internet seperti kod php, html, MySQL, membina autoresponder dan affiliate dll.

6- Kawan Baru :

Berjaya mengenali kawan² baru yg saya kenali melalui blog, dan saya juga berjaya mengenali otai² online biz seperti Zul SmartUsaha, Mazlie, Luvlee, Bro Dlie, AmmarZahar dll.

7- Love :

Alhamdulillah, saya juga kini mempunyai tunang tersayang dan Insya-Allah tahun depan akan berlangsunglah ehem ehem kami..Tunggu!!

Kesimpulan : Tahun 2008 adalah tahun yang menggembirakan saya!! Semoga 2009 yang akan datang lebih baik daripada sebelumnya.

Azam Baru : Macam biasa. Sentiasa memperbaiki diri. Moga diri ini lebih baik daripada semalam dan akan terus baik dan lebih baik dan baik bla bla bla..

Wallahua’lam.

p/s : Saya mempunyai dua orang kawan yang merupakan adik-beradik. Kakaknya lahir bulan 1, adik dia pula lahir bulan 12 pada tahun yang sama. Ha, camno tuh? Rezeki Allah.. ;)

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Hari ni saya rasa amat² mengantuk dan letih sekali. Yelah, mlm td dok layan bola sampai pagi (Padan muke). Pastuh, saya hanya tidur 1 jam setengah sahaja dan kemudian bangun untuk menyelesaikan satu perkara penting.

Perkara penting tersebut adalah..Hehe..Sebenarnya biasa je, takdelah penting sangat. Cuma bagi graduan seperti saya, pencarian kerja adalah satu kemestian. Bukan apa, untuk memanfaatkan ijazah yang diperolehi dan mencari sesuap rezeki.

Pagi tadi lebih kurang dalam 9.30 am maka saya pun bergerak ke sebuah Sekolah berdekatan dengan rumah saya, di mana saya perlu menghadiri satu temuduga ‘kecil-kecilan’ untuk menjadi tenaga pengajar di situ. Keputusannya?

Alhamdulillah. Petang tadi saya mendapat panggilan telefon dan diminta hadir ke sekolah tersebut esok, untuk menghadiri mesyuarat bersama guru-guru yang lain. Sekali lagi, ALHAMDULILLAH…

1stclassteacherMulai esok, masa saya tidak akan terbuang lagi… ;)

Persoalannya sekarang, mampukah saya menjadi guru atau tenaga pengajar yang baik? Susah jugak nak jawab tu. Moga Allah mempermudahkan segalanya. Amin..

Macam biasa, renungkan Firman Allah S.W.T di dalam Surah Luqman, ayat 12 :

luqman

Maksudnya :

Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: “Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”

Pengajaran : Di dalam ayat ini, Luqman Al-Hakim menasihatkan anaknya untuk sentiasa bersyukur kepada Allah S.W.T, kerana hikmah bersyukur itu terlalu banyak. Diantaranya kita akan sentiasa sedar bahawa segala nikmat yang diberi adalah milikNya dan boleh ditarik pada bila-bila masa.

Sekali lagi Alhamdulillah!

p/s : Kena kerja-keras untuk kumpul duit!! Sebab ehem ehem dah tak lama lagi… ;)

Asyik 1 je..

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Bola dah habis dah..hehe..Keputusannya Manchester United menang 1-0. Yeaahhh!! Gol dijaringkan oleh pemain yang agak rajin pemalas tetapi power iaitu Dimitar Berbatov. ;)

musuperb

berbascore

Cuma pelik sket kerana kebelakangan ni, MU asyik menang 1-0, 1-0, 1-0. Asyik 1 je..Anyway, itu perkara kecil. Yang penting MU menang dan still have 2 games in hand. That means MU still have a BIG BIG CHANCE to be crowned as a Champion again. Hehehe.. ;)

parkCuma saya agak kagum melihat kelincahan Hero Asia (siapa lagi kalau bukan Park Ji Sung). Banyak juga gerakan yang Ji Sung buat, dan dia hampir² nak score dah, tapi ntahlah dah nasib kot.. ;)

Anyway, 1-0 pun takde hal..janji menang..Haha! Okaylah, mata rasa mengantuk pulak. Nak rest jap, sebab sekejap lagi ada perkara penting yang perlu diselesaikan. Bye!! ;)

p/s : “Tak elok tidur lepas subuh laaa..”, Mak gua sound. :)

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Bola punya pasal, kena la berjaga sampai pagi. Padahal esok ada je event lain yang agak penting. Tapi tulah, dah peminat bola sepak namanya.

Pagi ni pukul 3.45 am, akan berlangsungnya perlawanan EPL yang sangat² saya nantikan iaitu Manchester United VS Middlesbrough. Yeargh!! Tak sabar rasanya.

Agak² MU bleh menang ke ek? Kita tunggu je lah..

p/s : Mak aku selalu berpesan : “Baik ko buat tahajud lagi bagus tgh² mlm ni..” ;)

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Petang tadi saya sempat menyaksikan liputan secara langsung RTM TV1 (ke TV2 saya pun tak ingat) mengenai Pemakaman Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Baginda mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) kira-kira pukul 11.45 pagi, 27 Disember 2008 yang lalu, ketika baginda berusia 86 tahun.

Tiada apa-apa yang menarik (yelah orang meninggal nak menarik apanya) mengenai pemakaman tersebut, kerana saya pernah juga menyaksikan pemakaman Almarhum Sultan Selangor yang lepas iaitu Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj pada Novemeber 2001 (kalau tak silap).

Cuma apabila saya melihat pemakaman tersebut yang disertai dengan bacaan talkin dan sebagainya, secara automatik saya teringat dan agak terkesan dengan beberapa ayat dan kata-kata di dalam bacaan talkin tersebut yang sememangnya bakal membuatkan hati kita bergetar jika kita memikirkannya.

Apa yang saya maksudkan adalah Soalan Bocor yang telahpun kita ketahui terlebih dahulu walaupun kita masih hidup!! Saya pasti mesti anda tahu kan? Antara bacaan talkin dan soalan² tersebut adalah seperti berikut :

Ketahuilah wahai Nama Anda Bin Ibu Anda, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Ta’ala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Ta’ala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata :

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Bukan setakat soalan² tu je, malah skema jawapan pun kita tahu juga. Betul kan? Berikut adalah di antara ayat² talkin sambungan daripada ayat² di atas :

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah takut dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Ta’ala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah”.

Ha..Begitulah lebih kurang soalan dan jawapan yang bakal ditanyakan kepada kita time kita di dalam kubur nanti. Apa macam? Apa feel?

Macam biasa, jom kita renungkan Firman Allah S.W.T di dalam Surah ‘Ali Imran, ayat 185 :

aliimran

Maksudnya :

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

Dan satu lagi Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Munafiquun, ayat 11 :

munafiquun

Maksudnya :

Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.

Pengajaran : Setiap manusia akan merasai mati, tidak kiralah sama ada kita seorang ahli bina badan, atlit, ustaz, ulama’, ahli politik, pekebun, eksekutif, otai, gangster mahupun penjual cendol. Semuanya akan merasainya…merasai apaaaa?? Merasai MATI..Bilakah waktu kematian kita? Wallahu A’lam..

Kesimpulan : Dah masuk Tahun Baru Hijrah dan nak masuk Tahun Baru 2009 ni, sama-samalah kita try test cuba untuk memperbaiki diri. Moga hari yang mendatang akan lebih baik dan bermakna, Insya-Allah..

p/s : Saya tulis posting ni bukan bermakna saya ni alim ye, hanya sekadar tazkirah dan peringatan untuk semua termasuk diri saya.. :)

No Gravatar

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera,

Kali ini saya pun nak tiru Bro Mazlie (my mentor), pasal entri dia Tahukah Anda. Kadang² saya pun terfikir juga, seriously melalui blog memang kita boleh dapat member baru. Dan dalam diam tak diam memang saya dah pun mendapat beberapa kawan baru (Padahal memang gua dah set pun objektif blog ni salah satunya carik member, hehehe).

Sebelum tu, jom kita renungkan Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Hujuraat, ayat 13 :

hujuraat

Maksudnya :

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Pengajaran : Sememangnya antara tujuan kita dijadikan dan diciptakan adalah untuk kenal-mengenal di antara satu sama lain. Kerana, apabila kita mengenali antara satu sama lain, sekurang-kurangnya kita akan belajar sesuatu. Betul tak? Betulll.. ;)

Jadi, salah satu cara untuk mencari kenalan adalah melalui blog. Ini kerana, blog merupakan di antara medium yang sangat efektif untuk bertukar-tukar pandangan seterusnya mengeratkan hubungan. Tidak kiralah member Melayu ke, Cina ke, India ke, Bangladesh ke mahupun yang berbangsa Jepun.

Dan kali ini, saya pun nak menceritakan seberapa banyak fakta yang perlu anda tahu mengenai saya (walaupun anda tak nak tau). Sama juga seperti yang my mentor buat, tapi kita tukar sedikit – my mentor buat Tahukah Anda -> so saya tukar kepada Anda Perlu Tahu. Hehehe..Jangan marah aa..

Manalah tau, kita boleh menjadi kenalan rapat dan bertukar-tukar idea selepas ini..kan?

Okay, antara fakta-fakta (bukan auta) mengenai saya yang Anda Perlu Tahu adalah :

1. Anda Perlu Tahu : Saya merupakan anak ke 3 daripada 5 beradik. Sebenarnya saya mempunyai 6 orang beradik, tetapi kakak (atas saya) meninggal dunia semasa dilahirkan. Jadi saya pun naik la menjadi anak ke 3 (asalnya ke 4).

2. Anda Perlu Tahu : Saya merupakan anak tunggal lelaki dalam keluarga saya. Yang lain semua perempuan. Jangan salah faham. Saya tetap seorang lelaki sejati dan tidak dimanjakan!! (walaupun ramai yg ckp “mesti manja ni…”)..biasa je la..takde maknanya… ;)

3. Anda Perlu Tahu : Saya baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di dalam jurusan Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Fiqh dan Usul Fiqh), dan saya tengah sibuk mencari kerja. (Sape ade keje kosong wei..)

4. Anda Perlu Tahu : Saya merupakan peminat setia Manchester United FC sejak kecil lagi hinggalah sekarang, dan saya amat meminati Cristiano Ronaldo (terer gelecek) walaupun dia seorang yang berkaki lembik (ye la asyik jatuh je, asal tolak jatuh asal jatuh kene tolak + suka diving).

5. Anda Perlu Tahu : Saya sangat suka bergurau dan berlawak bersama rakan-rakan, walaubagaimanapun saya ni seorang yang agak sensitif, lebih-lebih lagi bila tengok iklan atau cerita atau apa-apa sahaja yang melibatkan ibu bapa, kesusahan orang lain dan penganiayaan manusia terhadap manusia yang lain (tapi tak menangis depan orang).

6. Anda Perlu Tahu : Saya sangat sukakan Bahasa Arab. Yes I’m Lovin’ it!!

7. Anda Perlu Tahu : Saya di dalam kategori Single Not Available (mcm mentor saya), atau dalam kata lainnya saya telah bertunang dan Insya-Allah tak lama lagi…ehem ehem..

8. Anda Perlu Tahu : Saya sukakan warna Biru dan Maroon, dan saya mempunyai banyak baju bewarna maroon, dan beberapa helai baju bewarna biru yang saya simpan dan jarang pakai sebab sayang..hehehe..

9. Anda Perlu Tahu : Saya sukakan kucing, dan pernah berjaya membela seekor anak kucing yang bernama ‘Kecik’. Sayangnya, ‘Kecik’ mati setelah beberapa bulan hidup bersama saya (bukan salah saya, dia degil suka main hujan).

10. Anda Perlu Tahu : Saya seorang yang pemalas. Hehehe..Tapi hanya di dalam bab pelajaran. Kalau bab lain seperti bergembira bersama kawan-kawan (ada limit), so automatically malas saya akan hilang.

11. Anda Perlu Tahu : Saya pun tak tau nak tulis apa lagi. Sekian.

p/s : Jika anda ada post entri mcm ni di blog anda, sila inform pada saya ye..

No Gravatar

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera,

Ahlan Wa Sahlan Ya Muharram..

Maghrib tadi Alhamdulillah, maka kalendar hijriah telah pun bertukar ke tarikh 1 Muharram 1430 H. Ini bermakna kita telah pun bertukar ke tahun hijrah yang baru. Tema untuk tahun hijrah 1430 ini adalah “Menjana Ummah Gemilang” (eh, ye ke?).

Mudah-mudahan, apabila masuknya Tahun Hijrah yang baru ini, maka didoakan agar kita semua dapatlah memperbaharui segala apa yang rasa-rasanya perlu diperbaiki.

Agak-agak yang nakal-nakal tuh, kita slow kan la ek. Kalau ada buat benda-benda yang menyakitkan hati orang, henti-hentikanlah ye. Insya-Allah, dengan kehadiran tahun baru ini semoga kehidupan kita akan lebih diberkati.

Macam biasa jom kita renungkan Firman Allah S.W.T di dalam Surah An-Nahl, ayat 30 :

annahl

Maksudnya :

Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa : “Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?” Mereka menjawab : “(Allah telah menurunkan) Kebaikan”. Kepada mereka-mereka yang berbuat baik di dunia ini (sudah tentu) untuk mereka kebaikan. Dan perkampungan akhirat itu lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertaqwa.

Kesimpulan : Insya-Allah, marilah sama-sama kita memperbaiki diri agar menjadi insan yang lebih menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Semoga kita menjadi anak yang baik, kapel suami/isteri yang baik dan juga hambaNya yang soleh dan bertaqwa.

Wallahua’lam.

p/s : Tahun Baru Masihi pun berapa hari je lagi..

No Gravatar

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera,

Entri yang lalu saya ada sentuh mengenai blog yang dikatakan menghina Nabi Muhammad S.A.W, dan blog ini juga meletakkan gambar serta no phonenya.

Cuma yang sangat² tak patut, gambar yang diletakkan di dalam blog tersebut SEBENARNYA BUKANLAH gambar pemilik blog itu, tetapi gambar orang lain!!

Itu yang KESIANNYA kat minah tu. Mesti ramai yang dah maki dia gile² punya. Wanita tersebut telahpun tampil untuk membuat laporan polis dan juga meminta media untuk membantu membersihkan namanya.

Kesimpulan : Janganlah aniaya orang..sangat-sangat tak elok..

p/s : Risau gak ni takut² gambar gua plak jadi mangsa. Hehe..

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat wal’afiat hendaknya..

Beberapa hari yang lepas, saya amat terkejut kerana terlihat satu laporan yang disiarkan di Buletin Utama TV3 mengenai satu blog yang dikatakan menghina Nabi Muhammad S.A.W dan agama ISLAM.

Allahuakbar! Saya terkejut ‘giler’ (saya tak gila) melihat laporan berita yang dikeluarkan oleh stesyen televisyen tersebut. Ingat nak online terus, tapi terlupa yang saya berada di luar kawasan dan agak susah untuk online, jadi saya tangguhkanlah hasrat untuk online dan check mengenai kesahihan mengenai kewujudan blog ‘kurang ajar’ tersebut.

Hari ni saya berkesempatan untuk online semula dan cuba untuk search dan check mengenai kewujudan blog tersebut. Sayangnya blog tersebut telah pun di delete oleh si pemilik blog.

Dikatakan blog tersebut menggunakan nama seorang Muslimah ‘Adibah Ahmad’ (kalau ada yang nama Adibah Ahmad saya minta maaf, jangan terasa pula), tetapi isi kandungan blog tersebut kebanyakannya terang-terangan menghina Nabi Muhammad S.A.W dan ISLAM.

adiba3Blog ini juga dengan beraninya meletakkan no phone seolah-olah pemilik blog nak kata “aku ada bagi no phone ni, call lah aku, ade bran?!”

Tetapi, no phone yang diletakkan di blog tersebut sebenarnya adalah milik sebuah syarikat BMW Auto Bavaria (Ceh, ingatkan berani sangat si pemilik blog ni, rupanya pengecut).

Sah! Yang empunya blog memang sengaja ingin menimbulkan kacau-bilau di kalangan umat Islam dan seterusnya menyakitkan hati umat Islam yang mengetahui mengenai kewujudan blog ini melalui laporan berita TV3, mahupun yang pernah membacanya (sayang sekali saya tak sempat nak baca).

Cuma yang musykilnya, empunya blog boleh pula ’selambe dek’ letak gambar dia. Wallahua’lam. Sama ada benar gambar itu gambar dia ataupun tidak, saya pun tak tahu.

Dan isi kandungannya sudah tentulah terang-terangan menghina Nabi Muhammad S.A.W.

adiba2

Apapun, jom kita renung-renungkan Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Kaafiruun :

alkafiruun

Renungkan : Rasulullah S.A.W sendiri tidak gemar untuk bertekak dengan mereka yang bencikan Islam. Dibiarkan sahaja. Tidak dibalas sedikitpun kata hina dan caci membabi-buta oleh mereka yang bencikan Islam. Kejahatan mereka di balas dengan kebaikan. Tapi kini, kita dicabar. Bersabarlah dan terus bersabar. Tapi sampai bila?!

Komen saya : Kecewa. Sedih. Rasa tercabar. Menitis air mata. Tak habis-habis lagi isu ini sebenarnya. Made in Malaysia pula tu!!

Bagi saya, henti-hentikanlah. Tolong jangan jadikan blog untuk membangkitkan isu-isu yang akan menyentuh sensitiviti orang lain, lebih-lebih lagi soal agama. Jika anda bencikan Islam sekalipun, janganlah dihina dan dicaci agama suci kami ini. Kami sayangkan agama kami!!

Ya Allah, berikan kekuatan kepada kami untuk menyelamatkan Islam, selamatkan akidah kami, tempatkan kami di dalam SyurgaMu Ya Allah, Amin..

Wallahua’lam..

p/s : Mungkin sikap umat Islam sendiri (saya pun bukan baik sangat) yang buatkan orang lain benci terhadap ISLAM. Payah juga nak jawab tu. Renung-renungkanlah!!!

 
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.