
Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera,
Kali ini saya pun nak tiru Bro Mazlie (my mentor), pasal entri dia Tahukah Anda. Kadang² saya pun terfikir juga, seriously melalui blog memang kita boleh dapat member baru. Dan dalam diam tak diam memang saya dah pun mendapat beberapa kawan baru (Padahal memang gua dah set pun objektif blog ni salah satunya carik member, hehehe).
Sebelum tu, jom kita renungkan Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Hujuraat, ayat 13 :

Maksudnya :
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Pengajaran : Sememangnya antara tujuan kita dijadikan dan diciptakan adalah untuk kenal-mengenal di antara satu sama lain. Kerana, apabila kita mengenali antara satu sama lain, sekurang-kurangnya kita akan belajar sesuatu. Betul tak? Betulll..
Jadi, salah satu cara untuk mencari kenalan adalah melalui blog. Ini kerana, blog merupakan di antara medium yang sangat efektif untuk bertukar-tukar pandangan seterusnya mengeratkan hubungan. Tidak kiralah member Melayu ke, Cina ke, India ke, Bangladesh ke mahupun yang berbangsa Jepun.
Dan kali ini, saya pun nak menceritakan seberapa banyak fakta yang perlu anda tahu mengenai saya (walaupun anda tak nak tau). Sama juga seperti yang my mentor buat, tapi kita tukar sedikit – my mentor buat Tahukah Anda -> so saya tukar kepada Anda Perlu Tahu. Hehehe..Jangan marah aa..
Manalah tau, kita boleh menjadi kenalan rapat dan bertukar-tukar idea selepas ini..kan?
Okay, antara fakta-fakta (bukan auta) mengenai saya yang Anda Perlu Tahu adalah :
1. Anda Perlu Tahu : Saya merupakan anak ke 3 daripada 5 beradik. Sebenarnya saya mempunyai 6 orang beradik, tetapi kakak (atas saya) meninggal dunia semasa dilahirkan. Jadi saya pun naik la menjadi anak ke 3 (asalnya ke 4).
2. Anda Perlu Tahu : Saya merupakan anak tunggal lelaki dalam keluarga saya. Yang lain semua perempuan. Jangan salah faham. Saya tetap seorang lelaki sejati dan tidak dimanjakan!! (walaupun ramai yg ckp “mesti manja ni…”)..biasa je la..takde maknanya…
3. Anda Perlu Tahu : Saya baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di dalam jurusan Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Fiqh dan Usul Fiqh), dan saya tengah sibuk mencari kerja. (Sape ade keje kosong wei..)
4. Anda Perlu Tahu : Saya merupakan peminat setia Manchester United FC sejak kecil lagi hinggalah sekarang, dan saya amat meminati Cristiano Ronaldo (terer gelecek) walaupun dia seorang yang berkaki lembik (ye la asyik jatuh je, asal tolak jatuh asal jatuh kene tolak + suka diving).
5. Anda Perlu Tahu : Saya sangat suka bergurau dan berlawak bersama rakan-rakan, walaubagaimanapun saya ni seorang yang agak sensitif, lebih-lebih lagi bila tengok iklan atau cerita atau apa-apa sahaja yang melibatkan ibu bapa, kesusahan orang lain dan penganiayaan manusia terhadap manusia yang lain (tapi tak menangis depan orang).
6. Anda Perlu Tahu : Saya sangat sukakan Bahasa Arab. Yes I’m Lovin’ it!!
7. Anda Perlu Tahu : Saya di dalam kategori Single Not Available (mcm mentor saya), atau dalam kata lainnya saya telah bertunang dan Insya-Allah tak lama lagi…ehem ehem..
8. Anda Perlu Tahu : Saya sukakan warna Biru dan Maroon, dan saya mempunyai banyak baju bewarna maroon, dan beberapa helai baju bewarna biru yang saya simpan dan jarang pakai sebab sayang..hehehe..
9. Anda Perlu Tahu : Saya sukakan kucing, dan pernah berjaya membela seekor anak kucing yang bernama ‘Kecik’. Sayangnya, ‘Kecik’ mati setelah beberapa bulan hidup bersama saya (bukan salah saya, dia degil suka main hujan).
10. Anda Perlu Tahu : Saya seorang yang pemalas. Hehehe..Tapi hanya di dalam bab pelajaran. Kalau bab lain seperti bergembira bersama kawan-kawan (ada limit), so automatically malas saya akan hilang.
11. Anda Perlu Tahu : Saya pun tak tau nak tulis apa lagi. Sekian.
p/s : Jika anda ada post entri mcm ni di blog anda, sila inform pada saya ye..