Jan
Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera..
Hari ini, 2 hb Jan 09, lebih kurang 8 pagi maka saya telah pun secara rasminya memulakan kerja di tempat kerja yang baru ini. Setelah melapor diri, saya juga di bawa untuk mendaftarkan diri di KWSP. Huhu, first time beb!
Secara jujurnya inilah kali pertama saya berkerja secara serius dan juga merupakan ‘first time’ saya memiliki komputer, kerusi dan meja sendiri di dalam office. Haha!
Walaupun kerja ini sebenarnya terlalu ‘lari’ dengan bidang dan kelulusan saya, tetapi atas dasar nak mencari sesuap rezeki maka ku teruskan jua langkah ini. (ayat skema).
Unit or department saya tersangatlah sempoi. Di mana ku dikelilingi oleh ‘awek-awek’ yang lebih kurang umurnya seperti saya. Hanya ada 2-3 orang sahaja staff senior. Yang penting, saya lah paling junior. Hehe.
Saya still ambil masa juga untuk mengenali mereka kerana :
Semua perempuan maa..Gua ala selikit segan laa.. Hoho!
Tapi takpe, Insya-Allah Isnin depan saya akan beramah-mesra dengan kawan-kawan sepejabat bagi mengeratkan lagi tali silaturrahmi.
Okaylah, ngantok dan penat!!
Wassalam..
p/s : ” Kerja apa ni? kat mana? ”