super viagra
06
Jan
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua? Anda ternanti-nantikan update terbaru daripada saya? (Poyo). Hahaha..Gurau je lah. ;)

Hari ini tiada apa yang sangat menarik untuk diceritakan, tetapi Alhamdulillah berlaku beberapa jualan melalui laman web www.formulaorangbiasa.com. Terima kasih kepada yang sudi membeli. ;)

Cuma, ada satu peristiwa yang tidak menarik tetapi berjaya membuatkan saya menggigil selama 10 saat, dan juga berjaya membuatkan saya mengucap panjang. Peristiwa tersebut adalah..

SAYA HAMPIR-HAMPIR EKSIDEN PAGI TADIII!!!

Peristiwa ini berlaku ketika saya di dalam perjalanan ke tempat kerja, lebih kurang 6.30 pagi. Saya melalui jalan biasa yang saya lalui, di mana jalan tersebut adalah jalan 2 hala-2 lorong. Maknanya lorong sebelah kiri kereta saya, lorong sebelah kanan untuk pemandu dari arah yang berlawanan.

eksidenTiba-tiba dalam sekelip mata, ada sebuah kereta Toyota Unser ingin memotong sebuah bas sekolah yang berada di sebelah kanan saya. (Maknanya Toyota Unser tu berada di belakang bas sekolah tersebut).

Pemandu tersebut cuba memotong mengunakan style menggila-babi dan cuba memotong bas sekolah tersebut, tetapi secara realiti dan sepatutnya tak lepas kerana lorong jalan yang agak kecil. Walaubagaimanapun, Toyota Unser tersebut nekad memecut laju dan berjaya juga memotong bas sekolah tersebut.

Masalahnya, saya hampir-hampir menjadi mangsa pelanggaran walaupun saya tidak bersalah.Sikit je lagi belakang kereta Toyota Unser tersebut nak berlanggar dengan bahagian depan kereta saya. Dan yang paling menyakitkan hati adalah kereta Toyota Unser tersebut bergesel sedikit dengan bas sekolah tersebut, dan bas sekolah tersebut telah menggunakan brek kecemasan dan berhenti secara mengejut bagi mengelakkan daripada dilanggar oleh Toyota Unser yang kurang ajar itu. (Saya pasti budak-budak sekolah dalam bas tu dah tercampak dan terkejut).

Selepas itu, saya meneruskan perjalanan dalam keadaan terkejut! Alhamdulillah tak eksiden. Syukur Ya Allah!! Saya pandang melalui cermin sisi (side mirror) dan kelihatan Toyota Unser tersebut memberikan signal untuk berhenti. Apa terjadi selepas itu saya pun tak berapa pasti kerana saya tak sempat untuk berhenti. Maklumlah kereta di belakang saya pon dah makin bertambah-tambah.

Kesimpulannya : Berwaspadalah semasa memandu. Ambil iktibar daripada pengajaran² dan kejadian² kemalangan yang lalu. Apa gunanya nak pandu laju²? Lo pikir la sindrik!!

p/s : Saya pakai kereta Kancil. ;)