Jan
Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah demam saya semakin surut. Cuma anggota badan seperti tangan, lutut dan bahagian kaki masih terasa sengal dan sakit². So, dengan berat hati terpaksalah MC buat kali ketiga untuk hari ini (Isnin).
Mm, sebenarnya saya nak bercerita mengenai kisah ‘hot’ dalam dunia bola sepak England ataupun EPL, iaitu kisah kemenangan besar Man United ke atas Chelsea dengan 3-0. Yeargh!!

Gol-gol MU dijaringkan oleh Vidic, Rooney dan Berbatov.
MU seolah-olah tidak diuji kerana boleh dikatakan tiada langsung cubaan berbahaya oleh striker Chelsea si Drogba mahupun Anelka. Malahan Van Der Sar punya jersi hanya kotor sedikit sahaja di bahagian belakang. Haha!! (Jangan marah aaa penyokong² Chelsea)
Apapun, pujian yang sangat tinggi saya ucapkan kepada semua pemain MU yang berjaya menghiburkan saya yang tengah sakit ni. Bravo!!!
p/s : Tahniah jugak buat team Selangor Red Giant kerana berjaya membelasah Negeri Sembilan 3-0. Yuhuuu!!