Jan
Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Kali ini saya ingin membincangkan satu topik yang agak penting untuk anda semua ketahui, iaitu mengenai tawaran buat duit di internet. Memang tidak dinafikan terdapat banyak peluang untuk anda buat duit di internet, malah saya sendiri sebenarnya pernah buat duit di internet.
Betul ke boleh buat duit di internet ni?
Ya!! Seriously memang boleh. Cuma jika kena pada caranya lah. Ada yang guna cara kotor, menipu dan sebagainya. Ha, yang ni yang kita tak nak ni. Kadang² ada yang mengambil kesempatan untuk ‘mencuri’ duit orang lain secara halus – maksud saya menggunakan medium online sebagai jalan untuk mencari rezeki tetapi dengan cara menipu.
Isu yang agak panas adalah ‘Skim Cepat Kaya’. Sebenarnya anda semua pasti dah tahu mengenai bende² mcm ni. So, nasihat saya janganlah kita cepat terpengaruh dengan program² yg mengarut macam ni.
Kadang² manusia yg buat online biz ni hanya fikirkan satu benda sahaja ” Nak kaya! Nak kaya! “. Itulah masalahnya. Memang boleh kaya, saya tak nafikan. Cuma biarlah kena caranya dan biarlah menggunakan cara yang betul.
Siapa² pun sebenarnya boleh kaya dengan buat online biz dan hanya duduk di rumah. Tetapi mereka yg berjaya sudah tentulah mereka yg mempunyai ilmu yg banyak mengenai online biz, cekal dan sabar serta benar² mempunyai kesungguhan untuk berjaya.
Kesimpulannya, jika anda ingin berjaya di dlm membuat duit secara online, silalah menuntut ilmu terlebih dahulu. Jangan mudah percaya kepada program mengarut yg memberikan janji² kosong semata-mata.
p/s : Seriously, buat duit online memang masyuk!!