Jan
Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Hari ini saya ada terlihat satu program motivasi di televisyen (Astro kalau tak silap). Di dalam program TV tersebut telah disentuh satu topik menarik iaitu ‘Skala Penilaian Diri Anda’.
Topik yang dibincangkan sangatlah menarik di mana si penceramah telah mengajak penonton untuk bersama-sama meletakkan skala pada diri sendiri. Ala macam kita isi borang penilaian, ada nombor 1 untuk tidak bagus, 2 untuk lemah, 5 untuk sangat bagus. Ha, lebih kurang begitulah.
Penceramah tersebut telah mengajak penonton untuk meletakkan skala pada diri masing² untuk menilai diri sendiri. Bermula dari nombor 1-10. Di manakah diri kita? 1 ke, 4 ke, 2 ke..
Hmm, memang saya sgt tertarik dengan topik yang dibincangkan oleh program televisyen tersebut. Nak tau program TV ape? Ala..Bersama Dr Fadzilah Kamsah la..ape lagi..
Berbalik kepada topik tadi, di manakah skala diri anda? Saya? Saya dah letak dah skala pada diri saya..Hehe..Apapun, mesej yang ingin disampaikan adalah perlunya memperbaiki diri kita setiap hari. Semoga segala kekurangan dapat di atasi. Insya-Allah..
Moga hari ini lebih baik daripada semalam, dan hari esok lebih baik daripada hari ini, Insya-Allah..
p/s : Mudah²an skala diri kita tak kurang jadi -2 or -4 dahla ye..