Jan
Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera,
Kali ini saya ingin berkongsi bersama anda satu klip video daripada Inteam, yang lagu ni memang saya tengah cari. Baru hari ni terjumpa.
Tajuk lagu ni KeredhaanMu. Bagi saya lagu ni memang best. Bukan saja best dari sudut alunan muzik dan suara, tapi juga mesej yang ingin disampaikan.
Apa lagi, layannn!!!
Di bawah adalah lirik lagu KeredhaanMu (Inteam)
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku
Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi
Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku
Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri
Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih
Lagu : iniAmin / Zamre Khan (Hijjaz Records)
Lirik : iniAmin / Zamre Khan (Hijjaz Records)
Penyusun Muzik : Trabye
Penerbit : Faizal Osman
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Sambil menunggu saat² yg dinantikan iaitu tepat pukul 1.00 am awal tengah malam nanti, kerana akan berlangsungnya perlawanan FA Cup di antara Man United dan Tottenham Spurs di Old Trafford.