Jan
Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Baru-baru ini saya ada terbaca satu keratan akhbar yg menceritakan mengenai hal pemberhentian kerja ke atas lebih 200,00 pekerja kilang, termasuk juga di tempat² yang lain. Tak kiralah sama ada syarikat swasta ke, syarikat persendirian ke semuanya sekarang ini sedang melakukan proses pemberhentian kerja ke atas pekerja mereka.
Kenapa? Kerana kegawatan ekonomi la..ape lagi, kan? Ya! Memang perkara ini menjadi isu yang sangat hangat di kala ini. Walaupun di katakan Malaysia tidaklah berada di dlm keadaan ekonomi yg sangat meruncing, namun begitu kita dapat lihat semakin bertambahnya bilangan pekerja² yg diberhentikan kerja atas alasan majikan tidak lagi mampu menggaji mereka disebabkan kegawatan ekonomi.
Saya berasa sangat simpati ke atas mereka² yg diberhentikan kerja. Bukan apa, cuba kita bayangkan sekiranya si pekerja tersebut mempunyai 5 org anak. Agak²nya mcmnalah diorang satu keluarga nak kawal perbelanjaan ye? Mungkin mereka diberikan pampasan, tetapi, sampai bila mereka boleh bertahan.
Cuma bagi saya, keadaan ini sebenarnya ada hikmahnya. Allah S.W.T ingin menguji kita. Bersabar ajelah..Insya-Allah rezeki ada di mana².
Dan pagi tadi satu lagi laporan berita yang saya baca di sebuah surat khabar tempatan melaporkan mengenai keengganan penduduk asing untuk pulang ke negara mereka, sekiranya mereka ditakdirkan untuk diberhentikan kerja disebabkan kegawatan ekonomi.
Rata-rata di antara mereka mengatakan bahawa Malaysia adalah tempat untuk mereka mencari rezeki. Walaupun gaji mereka hanyalah RM 400 dan RM 500, tetapi bagi mereka ianya sudah mencukupi. Malah cukup juga untuk dihantar ke kampung.
Kesimpulan : Bagi saya apa² kerja pun, selagi HALAL kita buat je lah..at least kita ada income. Zaman sekarang ni bukan zaman memilih kerja. Kadang² kerja yang kita lakukan bukanlah bidang pengkhususan yg kita pelajari di universiti dulu. Tapi jika itu sudah rezeki kita, maka terimalah dan teruskanlah.
Renungkan Firman Allah S.W.T di dalam Surah Luqman, ayat 12 :

Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, iaitu: “Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”
Marilah kita sama-sama bersyukur dengan segala nikmat yg telah dikurniakanNya kepada kita. Alhamdulillah..