super viagra
28
Jan
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Sila lihat gambar di bawah menggunakan mata anda. Sila fokus betul².

pening

Cuba sekali lagi. Fokus dengan pandangan yang amat mendalam.

pening

Ada rasa pening? Seriously, saya pening. ;)

Gambar ni kalau tak silap saya tujuannya adalah untuk menguji daya imbangan akal dan ketajaman mata. Dan ianya untuk menentukan sama ada kita boleh fokus untuk membezakan gambar asal dengan tambahan ‘gambar mulut dan mata’ yang sengaja ditambahkan.

p/s : Tapi saya tetap pening melihatnya.

28
Jan
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Punyalah saya tunggu punya tunggu, sekali mlm tadik tak de live la pulaak uk match antara Man Utd dan West Brom. Tapi x pelah, kerana Man Utd telahpun berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan jumlah jaringan yang agak besar iaitu 5-0!! Yearghh!! :)

Walaupun bermain di tempat lawan, tapi Man Utd tetap berjaya mengalahkan West Brom yg semakin terperosok di tangga terbawah liga EPL. Tapi kesian gak West Brom, sbb diorg 10 org (sbb sorang kene kad merah tackle Ji Sung). Tapi sape suruh die tackle, kan dah kalah. Hehe.. :)

Bagi saya, Man Utd masih perlu memperbaiki lagi mutu permainan, lebih² lagi mrk kene konsisten untuk mencapai kemenangan pada setiap perlawanan. Bayangkanla Liverpool mengejar rapat, Chelsea plak semakin power. Arsenal dgn Aston Villa plak x bleh nak jangka.

So, kepada Man United, silalah bagi yg terbaik utk peminat²mu ini. Go United Go!!! :)

vandiMr Clean. Hehe.. ;)

ronaldo Ronaldo you’re the best!! HarHar!! :)

tonggakThe Wall Man Utd!!

tevezTevez yg ntah ade ke tak season depan

Apepun, I’m over da moon!!! Yearghh!! Jangan mara aa.. :)

27
Jan
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Petang semalam, 26/1/09 lebih kurang 4 lebih, maka berlakunya satu lagi fenomena alam yang memang tidak dinafikan kegempakannya dan amat jarang sekali untuk kita temui iaitu Gerhana Matahari.

Malangnya saya tak dapat tengok!! Sedihnya!! Tapi tak mengapa, krn ada seorang kawan telah menenangkan hatiku ini. Haha!! Ha, itulah kelebihan berblogging. Mudah dan cepat untuk mendapatkan maklumat.

Okay, jom kita lihat beberapa pic yg berjaya diambil oleh Liz (my blogging friend). Gambar² ini sgt lah nice (Gua kagum gak dengan lu Liz, haha!! ;) ).

gerhana-1Gerhana bermula lebih kurang 16:37 @ 4.37 pm.

gerhana-2Amcm? Nampak perubahan?

gerhana-3Subhanallah…

Begitu indahnya ciptaan Allah S.W.T. Dan terbuktilah kesyumulan Islam yang sememangnya mencakupi segala aspek, termasuklah bidang astronomi dan juga sains.

Dan sebenarnya, kita juga disunatkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana (Kusuf @ Khusuf) sekiranya terlihat gerhana matahari ini. Di mana telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi S.A.W bersabda:

dalil1

Bermaksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

dalil2

Bermaksud : Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang, kemudian ruku’ dengan ruku’ yang panjang, kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bersolatlah”

Kepada yg dpt melihat gerhana matahari maka beruntunglah anda ye. Tak mengapalah, mungkin tak de rezeki untuk saya melihat gerhana matahari ni. Next time, Insya-Allah.

p/s : Still sedih tak dpt tgk live :(

26
Jan
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Baru-baru ini saya ada terbaca satu keratan akhbar yg menceritakan mengenai hal pemberhentian kerja ke atas lebih 200,00 pekerja kilang, termasuk juga di tempat² yang lain. Tak kiralah sama ada syarikat swasta ke, syarikat persendirian ke semuanya sekarang ini sedang melakukan proses pemberhentian kerja ke atas pekerja mereka.

Kenapa? Kerana kegawatan ekonomi la..ape lagi, kan? Ya! Memang perkara ini menjadi isu yang sangat hangat di kala ini. Walaupun di katakan Malaysia tidaklah berada di dlm keadaan ekonomi yg sangat meruncing, namun begitu kita dapat lihat semakin bertambahnya bilangan pekerja² yg diberhentikan kerja atas alasan majikan tidak lagi mampu menggaji mereka disebabkan kegawatan ekonomi.

Saya berasa sangat simpati ke atas mereka² yg diberhentikan kerja. Bukan apa, cuba kita bayangkan sekiranya si pekerja tersebut mempunyai 5 org anak. Agak²nya mcmnalah diorang satu keluarga nak kawal perbelanjaan ye? Mungkin mereka diberikan pampasan, tetapi, sampai bila mereka boleh bertahan.

Cuma bagi saya, keadaan ini sebenarnya ada hikmahnya. Allah S.W.T ingin menguji kita. Bersabar ajelah..Insya-Allah rezeki ada di mana².

Dan pagi tadi satu lagi laporan berita yang saya baca di sebuah surat khabar tempatan melaporkan mengenai keengganan penduduk asing untuk pulang ke negara mereka, sekiranya mereka ditakdirkan untuk diberhentikan kerja disebabkan kegawatan ekonomi.

Rata-rata di antara mereka mengatakan bahawa Malaysia adalah tempat untuk mereka mencari rezeki. Walaupun gaji mereka hanyalah RM 400 dan RM 500, tetapi bagi mereka ianya sudah mencukupi. Malah cukup juga untuk dihantar ke kampung.

Kesimpulan : Bagi saya apa² kerja pun, selagi HALAL kita buat je lah..at least kita ada income. Zaman sekarang ni bukan zaman memilih kerja. Kadang² kerja yang kita lakukan bukanlah bidang pengkhususan yg kita pelajari di universiti dulu. Tapi jika itu sudah rezeki kita, maka terimalah dan teruskanlah. ;)

Renungkan Firman Allah S.W.T di dalam Surah Luqman, ayat 12 :

luqman

Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, iaitu: “Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”

Marilah kita sama-sama bersyukur dengan segala nikmat yg telah dikurniakanNya kepada kita. Alhamdulillah..