~ Aku, Blog & Kamu ~Subscribe RSS

Archive for January, 2009

Sajak Untuk Palestin

No Gravatar

Palestin
Tanah mu bergolak lagi
Dengan pekatan warna merah
Terpecik di sana sini
Sorak dan teriak
Kedengaran di mana-mana
Anak-anak mencari ibu bapanya
Hilang entah kemana
Di panah perluru berhantu
Dari puak kejam… Zionis durjana

Baca Selanjutnya…

One response so far

Penat dan Nak Tido!!

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Pernahkah anda merasakan bahawa diri anda sedang penat yang amat sangat + keletihan + mengantuk = tido awal?

Yaaa..inilah yang saya rasakan sekarang. Pengalaman bekerja di pejabat di mana bermula pada pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang telah membuatkan saya sedar betapa penat sebenarnya bekerja di pejabat ni.

Walaupun duduk di meja sendiri dan sejuk dek kerana terkena air-cond, tapi penatnya tetap ada. Selama hampir 2 minggu bekerja (termasuk diserang demam), saya tidak pernah tidur lewat. Maksud saya, tidur saya paling lewat adalah 10.30-11 mlm. Saya pelik sebenarnya. Haha. ;)

Baca Selanjutnya…

No responses yet

Jangan Buang Masa + Duit Anda!!

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Kali ini saya ingin membincangkan satu topik yang agak penting untuk anda semua ketahui, iaitu mengenai tawaran buat duit di internet. Memang tidak dinafikan terdapat banyak peluang untuk anda buat duit di internet, malah saya sendiri sebenarnya pernah buat duit di internet.

Betul ke boleh buat duit di internet ni?

Ya!! Seriously memang boleh. Cuma jika kena pada caranya lah. Ada yang guna cara kotor, menipu dan sebagainya. Ha, yang ni yang kita tak nak ni. Kadang² ada yang mengambil kesempatan untuk ‘mencuri’ duit orang lain secara halus – maksud saya menggunakan medium online sebagai jalan untuk mencari rezeki tetapi dengan cara menipu.

Isu yang agak panas adalah ‘Skim Cepat Kaya’. Sebenarnya anda semua pasti dah tahu mengenai bende² mcm ni. So, nasihat saya janganlah kita cepat terpengaruh dengan program² yg mengarut macam ni.

Baca Selanjutnya…

No responses yet

Menang Besar!!

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah demam saya semakin surut. Cuma anggota badan seperti tangan, lutut dan bahagian kaki masih terasa sengal dan sakit². So, dengan berat hati terpaksalah MC buat kali ketiga untuk hari ini (Isnin).

Mm, sebenarnya saya nak bercerita mengenai kisah ‘hot’ dalam dunia bola sepak England ataupun EPL, iaitu kisah kemenangan besar Man United ke atas Chelsea dengan 3-0. Yeargh!!

mu

Gol-gol MU dijaringkan oleh Vidic, Rooney dan Berbatov.

MU seolah-olah tidak diuji kerana boleh dikatakan tiada langsung cubaan berbahaya oleh striker Chelsea si Drogba mahupun Anelka. Malahan Van Der Sar punya jersi hanya kotor sedikit sahaja di bahagian belakang. Haha!! (Jangan marah aaa penyokong² Chelsea) ;)

Apapun, pujian yang sangat tinggi saya ucapkan kepada semua pemain MU yang berjaya menghiburkan saya yang tengah sakit ni. Bravo!!!

p/s : Tahniah jugak buat team Selangor Red Giant kerana berjaya membelasah Negeri Sembilan 3-0. Yuhuuu!!

No responses yet

Adakah Anda Sakit Hati?!

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Israel semakin mengganas. Bumi Palestin makin berdarah!! Makin ramai yang terkorban tidak kira si kecil mahupun yang dewasa.

Lihat sahaja gambar-gambar penderitaan di bawah :

PALESTINIANS-ISRAEL/

3158933209_d36c7497af

3164073781_3ec078da40

Bilakah segala penderitaan ini akan berakhir?

Ya Allah, selamatkan ISLAM dan bumi Palestin!! Selamatkan Muslimin dan Muslimat, Mujahidin dan Mujahidah di muka bumiMu ini Ya Allah!!

Untuk melihat dengan lebih lanjut mengenai penderitaan Palestin, sila klik link di bawah :

http://portail.islamboutique.fr/gaza2008/

p/s : Semoga umat ISLAM akan lebih bersatu selepas ini.

No responses yet

Demam Lagi

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Semalam dan kelmarin saya benar-benar tidak sempat untuk meng’update’ blog ini. Sebenarnya, dah 2 hari saya dilanda demam dan MC pulak tuh. Lepas jumaat tadi saya terus ke klinik untuk mendapatkan rawatan doktor memandangkan tangan saya sudah mula menampakkan kewujudan bintik-bintik merah. Banyak pulak tuh!!

Di klinik, doktor yg bertugas telah pun mengambil sample darah saya untuk diuji. Keputusannya? Esok akan diberitahu.

Saya berdoa agar Allah memberikan kesihatan kepada diri saya dan ahli keluarga saya daripada apa jua jenis penyakit. Amin..

No responses yet

Hampir Tercabut Nyawaku..

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua? Anda ternanti-nantikan update terbaru daripada saya? (Poyo). Hahaha..Gurau je lah. ;)

Hari ini tiada apa yang sangat menarik untuk diceritakan, tetapi Alhamdulillah berlaku beberapa jualan melalui laman web www.formulaorangbiasa.com. Terima kasih kepada yang sudi membeli. ;)

Cuma, ada satu peristiwa yang tidak menarik tetapi berjaya membuatkan saya menggigil selama 10 saat, dan juga berjaya membuatkan saya mengucap panjang. Peristiwa tersebut adalah..

SAYA HAMPIR-HAMPIR EKSIDEN PAGI TADIII!!!

Baca Selanjutnya…

No responses yet

« Newer Entries - Older Entries »

© 2008-2010 Aku, Blog & Kamu All Rights Reserved -- Copyright notice by Blog Copyright

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.