Interview
28 Feb 2009
Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Oh tidak!! Dah nak dekat seminggu blog ini tidak diupdate!! Adakah saya merupakan seorg yg sgt busy? Ataupun malas mula melanda diriku ini untuk tidak mengupdate blog?
No! No! No! Saya bukanlah seorg yg malas untuk mengupdate blog kerana ‘I LOVE MY BLOG!!” Haha!!
. Ya, minggu ini saya agak busy sedikit. Busy dgn kerja ofis dan saya mempunyai satu perkara penting yg agak menensionkan saya pada minggu lepas dan ianya telahpun berakhir semalam.
Perkara itu adalah INTERVIEW. Ceritanya begini. Saya mendapat call drpd Bank Muamalat HQ pada Selasa yg lepas yg menjemput saya untuk menghadiri interview eksekutif pada Jumaat (27/2/09) iaitu semalam. So saya yg ketika itu berada di ofis dan sedang bz kerja pon mengatakan “Okay, nanti saya datang. Terima kasih”.
Hari pun berlalu sehingga hari Khamis dan tiba² saya terfikir :
Eh, jawatan apa pulak yg diorg nk offer utk aku ni?
So, saya pon call semula mereka dan tanya serba sedikit mengenai hal ehwal interview ni. Tiba² penjawab telefon tu pon bercakap seperti ini :
Oh, ini utk jwtn eksekutif audit. Eh, awk x tau ke? Datang ye jgn x dtg. Esok petang lepas Solat Jumaat di tingkat 27.
Saya menjadi pelik. Haa, audit? Bila mase plak saya punye degree berkaitan dengan audit mengaudit nih? Saya jadi pelik. Tetapi nekad juga utk hadir pada esok harinya.
Di hari interview
Sampai giliran saya, saya pun dipanggil. Well, interview in English lagi tuh.
So, banyak la yg saya tak dpt jawab. Lebih² lagi apabila berkaitan hal ehwal audit. Memang kantoi habis beb. Bila diorg tgk background saya adalah Fiqh dan Usul, baru mrk bertanyakan sedikit mengenai beberapa term atau istilah Mu’amalat. So bleh la jawab. Itu pun kantoi gak sebab dah blur habis dek krn x tau langsung utk jawab soalan bhgian audit yg diajukan sblm ini.
Maka, keluarlah saya dri bilik interview dgn penuh kekecewaan. Haha. Ditambah pula, saya diminta menjawab soalan subjektif yg 90% semuanya mengenai audit. Oh tidakkk!! Apalah yg saya tau pasal audit mengaudit ni..Hehe..
Kesimpulannya, Hanya Allah yg tahu mana yg TERBAIK untuk saya.
Ada rezeki, adelah..kalau takde rezeki, redha je lah ye takk..

Muka budak tapi dah ada anak.
Pasangan muda dan baby mereka.
Untuk pengetahuan anda, keinginan saya berblog sebenarnya telah lama saya simpan, iaitu semenjak awal 2008. Namun disebabkan masa yg agak terhad dan kekurangan sumber untuk mendapatkan ilmu internet, jadi saya memilih untuk belajar sedikit demi sedikit. Akhirnya, kini saya berjaya memiliki blog sendiri. Blog Fazdli.Com ini baru sahaja dimulakan pada penghujung Disember 2008 yang lalu.
Then, kira² 12.30 pm saya dn family pun bertolak balik ke rumah. Sampai je di rumah, ada satu lagi program, iaitu melawat sepupu saya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Kami bertolak dalam pukul 2 lebeh dan sampai lebih kurang dalam pukul 4. Sepupu saya ni disahkan mengidap denggi berdarah. Ha!! Bahaya tu. Ketika melawatnya di sana, memang bersusun² org yg kene denggi. Ish, Na’uzubillah. Alhamdulillah sepupu saya tu dah makin beransur pulih dan mungkin esok lusa boleh keluar kot. Amin..




