Feb
Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Sebenarnya entri ni saya nk tulis smlm, tapi tak sempat sebab tertido. Padahal dah start tulis Assalamu’alaikum dah. Hehe..
Semalam, saya terbaca satu laporan di akhbar Kosmo!, mengenai keistimewaan luar biasa yang telah dianugerahkan Allah kepada dua beradik iaitu Nurul Noor Shahwani, 9 dan Mohd. Syahanif, 3.
Mereka mempunyai kelebihan tersendiri yang jarang dimiliki iaitu mempunyai 6 jari (bermakna 12 jari la termasuk tangan kanan dan kiri). Mohd Syahanif pula bukan sahaja memiliki 12 jari di tangan, malah mempunyai 12 jari kaki.
Walaubagaimanapun, ibu bapa mereka mempunyai bilangan jari yg normal.



Doktor yang merawat mereka mengatakan keadaan itu sesuatu yang normal kepada kanak-kanak dan bukannya penyakit atau keturunan.
p/s : Subhanallah…