Feb
Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Apsal plak entri kali ni gune peribahasa plak ni? Hehe..Jangan panik. Saya bukannya seorang sasterawan, tetapi sesekali mengangkat bahasa ibunda apalah salahnya ye tak?
Petang tadi on the way balik ke rumah dri ofis, saya terdengarlah satu siaran radio kat dlm kereta, mengenai satu topik di mana membincangkan peranan dan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak. Antara yang dibincangkan adalah tugas ayah dan ibu, siapakah anak-anak dan bagaimana ibu bapa boleh ‘tackle’ hati anak². Ha, lebih kurang begitulah tajuk dan sub-tajuk yg dibincangkan.
Apa yg menarik minat saya adalah apabila ahli panel (siapa tah saya pun x kenal) mempersoalkan ibu bapa yg mengambil ringan dengan peranan untuk mengasuh anak² ketika mrk masih kecil. Maksudnya, ketika mana anak² di dlm peringkat umur 3-4 tahun ke atas, mrk tidak ditegur atau diasuh untuk melakukan perkara² yg boleh mendatangkan kebaikan, tetapi dibiarkan sahaja untuk melakukan apa sahaja yg mrk suka.
Dengan satu alasan..
Alah, budak lagi..biarlah..
Apa yg menarik lagi adalah si ahli panel mengajak ibu bapa untuk melakukan beberapa perkara terhadap anak² kecil. Antara contoh yg diberikan adalah :
Ajar Alif Ba Ta (mengaji la tu – Muqaddam or Qur’an)
Ajar apa itu aurat (skrg kan byk tudung kecik utk budak², comel ape?)
Ajar bersolat
Ajar berpuasa
Ajar bercakap perkara yg baik (guna bahasa yg baik)
Kurang didikan agama
Sentiasa memandang remeh hal begini