super viagra
21
Feb
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Ya, bahaya jangan diundang!! Entri kali ni bukan nk marah ye, cuma sekadar sebagai sedikit peringatan kepada kita semua untuk berhati-hati, terutamanya ketika berada di jalan raya.

Seperti yg kita semua sedari, manusia amat memerlukan kenderaan. Tidak kiralah kereta ke, basikal ke, motorsikal ke, semua manusia sememangnya memerlukan kenderaan. Namun sedarkah kita bahawa kenderaan yg tidak mempunyai aspek keselamatan sangatlah mengundang bahaya di jalan raya?!

Hakikatnya, ianya sangat mengundang bahaya di tgh jalan raya. Termasuklah juga beberapa sikap manusia ditengah jalan raya yg kadangkala boleh mengundang kemalangan (termasuklah saya).

Sebagai contoh, antara beberapa aspek keselamatan kenderaan dan sikap manusia yg boleh dan bakal mengundang bahaya adalah :

1-Kereta yg tidak dipasang lampu ketika tgh malam atau pagi buta.

2-Motorsikal yg tidak dipasang lampu dan penunggang memakai baju gelap (ketika waktu malam dan pagi).

3-Basikal yg ditunggang oleh anak-anak pada waktu pagi atau malam.

4-Pejalan kaki yg melintas jalan sesuka hati.

5-Lampu signal yg tidak dipasang ketika membelok, ataupun lampu tu terbakar.

6-Penunggang motorsikal yg gemar mencilok².

7-Dan yg paling utama..Nak Cepat!!!

8-Dan banyak lagi..

Sebenarnya, kemalangan boleh dielakkan. Saya kadang² jadi gerun nak memandu bila terkenangkan peristiwa² kemalangan yg semakin menjadi-jadi. Setiap kali keluar pagi untuk ke ofis, mesti saya rasa sgt risau terutamanya ketika melihat anak-anak menunggang basikal ke sekolah, dan ada yg ingin melintas jalan seorang diri dengan kenderaan yg terlalu banyak. Mm..saya berdoa agar semuanya selamat. Amin..

Apapun, berhati-hati di jalan raya!! ;)