super viagra
22
Feb
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Hari ini hari Ahad (Haha! Skema la pulak!). So, mcm biasa tiada kegiatan apa yg dilakukan. Hanya duduk di rumah sambil membace paper dn layan Fifa Online 2 bersama geng² yg lain.

Ketika saya membaca sebuah akhbar tempatan, maka saya terbaca di muka hadapannya mengenai satu laporan berkaitan pelaris, di mana diulas di situ bahawa terdapat banyak gerai dan kedai² makan yg menggunakan pelaris untuk memajukan perniagaan mereka.

Apa yg dimaksudkan pelaris? Pelaris ini dianggap seperti sesuatu yg mampu menarik minat pelanggan utk masuk ke kedai si peniaga, sebagai contoh mereka meletakkan tangkal atau azimat yg didakwa sebagai pelaris, atas tujuan untuk menarik minat pelanggan bagi sentiasa mengunjungi kedai mereka.

Pelaris sudah semestinya haram hukumnya, kerana sudah tentunya pelaris ini menggunakan bantuan jin dan syaitan, yg di mana jatuh hukumnya di situ sebagai haram. Peniaga yg menggunakan pelaris sudah tentu maju perniagaannya (tapi maksud saya bukanlah semua kedai yg maju tu sebab pelaris), namun mereka lupa bahawa keuntungan yg mrk dapat itu adalah bersumberkan dan berasalkan sesuatu yg haram.

Banyak cerita yg saya dengar sebelum ni, ada yg letak kain kuning sebagai tangkal utk pelaris, ada yg letak daun tu la, daun ni la, kemudian yg lagi teruk gunakan minyak itu dan ini utk diletakkan di dlm makanan dn sebagainya. Malah pernah juga saya dengar ada yg sanggup menggunakan tuala wanita sebagai pelaris. Na’uzubillah…

Apapun, sama-sama kita mencari rezeki menggunakan cara yg halal, kerana sudah tentunya yg halal sahajalah yg diberkati Allah S.W.T. Lebih baik kita meningkatkan mutu dan kualiti perniagaan kita, kerana kepuasan apabila mendapat keuntungan hasil daripada kerja yg berkualiti adalah begitu nikmat sekali utk dirasai.

Wallahua’lam…