super viagra
08
Mar
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Selamat Hari Wanita Sedunia saya ucapkan kepada semua insan yang bergelar wanita di dunia ini.

Sebenarnya, saya pun tak tahu yg 8 Mac adalah Hari Wanita Sedunia ;) . Ni pon sbb ade terbuka blog rakan² dan juga iklan² di tv dan radio yg wish Selamat Hari Wanita dan bercerita mengenainya. So, sekali lagi Selamat Hari Wanita saya ucapkan. :)

jambangan-mawar

Mmm..bercerita mengenai wanita, terlalu banyak yg nak diperkatakan sebenarnya. Peranan mereka, kedudukan mereka dan sumbangan mereka terhadap dunia sangat² lah banyak dan tak terkira serta tinggi nilainya. Jika dilihat semula sejarah, ianya menunjukkan bahawa di zaman Jahiliyyah wanita langsung tidak dipandang martabatnya. Hanya dijadikan pemuas nafsu dan dijadikan hamba abdi. Disuruh buat itu dan ini dan digunakan untuk tujuan keseronokan. Namun begitu, Islam datang membawa seribu rahmat. Islam mengangkat martabat wanita, meletakkan mereka sebagai insan ulung yg mempunyai peranan yg sangat besar di dalam kehidupan manusia.

Jadi, tiada langsung penafian bahawa wanita sangat memainkan peranan penting di dalam segala aspek. Bermulanya kehidupan dakwah Islamiyah juga dibantu dengan hebat oleh Saidatina Khadijah, zaujah kepada Nabi Muhammad S.A.W, begitu juga tokoh² pejuang wanita Islam yg lain seperti Aisyah, Fatimah, Asma’ Abu Bakar dan ramai lagi. Subhanallah..begitu besar sumbangan mereka.

gadis-melayuDan bagi saya, saya sangat memerlukan wanita. Saya memerlukan emak saya. Dialah sumber inspirasi sanubariku ini. Siapa lagi yg sanggup bersusah-payah melahirkan saya dan menjaga saya dengan baik hingga ke hari ini. Itulah emak saya. Juga nenek saya yg menjaga saya ketika kecil, melayan karenah saya yg nakal dan sentiasa senyum walaupun saya buat salah.

Saya juga memerlukan kakak² dan adik² perempuan saya yg selalu membantu saya dari segala sudut terutamanya sokongan moral dan material.

Dan saya juga memerlukan isteri bakal isteri saya iaitu tunang saya yg menerima pinangan saya (hehe.. ;) ) sanggup untuk menjadi teman hidup saya dan sentiasa berada di sisi saya. Insya-Allah jika panjang umur..Amin!! Terima kasih kerana menjadi penyokong kuat hidup saya wahai tunangku!!

Dan terima kasih sekali lagi kepada wanita² yg saya sebut seperti di atas..

p/s :  Hari Lelaki bila ek? :)