super viagra
09
Mar
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Salam Maulidur Rasul. Bersamaan 12 Rabi’ul Awwal 1430 Hijrah, dan tema sambutan kali ini adalah :

“WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH”

sayyidina-muhammad-saw

Apabila melihat kepada tema Sambutan Maulidur Rasul kali ini, maka saya amatlah bersetuju bahawa tema ini perlulah kita renungi bersama. Wahdah atau kesatuan amat penting dlm membina kekuatan hidup bermasyarakat. Dalam erti kata yg lain ‘wahdatul ummah’ atau kesatuan ummah merupakan nadi dan tunjang kepada keamanan, toleransi dan kesatupaduan sesama kita.

Apabila kita bersatu, Insya-Allah segalanya dapat kita lakukan dengan mudah dan senang. Kita tidak akan bergaduh, kita tidak akan berselisih malah sekiranya kita mempunyai sebarang masalah, maka masalah itu dapat diselesaikan dgn mudah sekali.

Malah, tiada lagi peperangan saudara antara satu sama lain, tiada permusuhan dan tiada perbalahan. Barulah kita akan menjadi ‘khaira ummah’ iaitu sebaik² ummah. Inilah tema yg cuba diterap dan disemaikan pada jiwa kita semua kali ini.

Apapun, sentiasalah berselawat ke atas junjungan besar S.A.W, bukan hanya pada hari ini sahaja. Sebagaimana firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Ahzab, ayat 56 :

ahzab56

Maksudnya : Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.

Semoga kita lebih menghayati sirah perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dan mengambil iktibar untuk dijadikan motivasi di dalam diri kita, agar kita menjadi insan yg lebih baik, Insya-Allah.

p/s : Mata saya tengah merah menyala, sakitnyeeee..