super viagra
15
Mar
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Entri kali ni simple je. Saya ada terjumpe satu soalan berbentuk gambar yg dikatakan boleh menguji kecekapan minda dan mata kita.

Sebelum itu, biar saya terangkan mengenai penilaian jawapan bagi soalan yg bakal anda jawab di bawah nanti.

Penilaian jawapan terbahagi kepada 3 bahagian :

1) Jika anda dapat menjawab soalan berikut dlm masa 3 saat, maka otak dan mata anda sangat cekap.

2) Jika anda dapat menjawab soalan berikut dlm masa 3 saat ke 1 minit, maka otak dan mata anda dalam lingkungan normal.

3) Jika anda dapat menjawab soalan berikut dlm masa 1 minit ke 3 minit, maka kecekapan otak dan mata anda dalam keadaan kurang cekap atau slow.

4) Jika anda dapat menjawab soalan berikut dlm masa lebih 3 minit atau tak jumpe jawapan langsung, maka….

tak dapek den nak nolong..mungkin otak dan mata anda berada di dlm keadaan bahaya!!

Okay, sudah bersedia? :)

Soalannya :

Teliti gambar di bawah dan cari wajah seorang lelaki (muka orang).

Selamat Mencuba!!!

3 ………..

2 ………..

1 ………..

GO !!! :)

ujiotakanda

Amacam? Jumpe? Hehehe.. :)

15
Mar
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Hai semua..Sihat? Saya alhamdulillah sihat wlupun terkesan dgn kekalahan Man U semalam. Ish..kecewa!! Haha!! :P

Hari ini hari Ahad. Hari melepak lagi di rumah. Semalam dah kuar so hari ini tidak lagi mahu membazir duit, jadi hanya melayan internet dan melawat blog rakan² yg lain je lah kerja saya. Sambil melayan game Fifa Online 2 dan CS. Hehehe..

Anda kenal Nik Normadiha Nik Mohd. Kamal? Saya baru kenal die 3-4 hari yang lepas. Sebabnya dia adalah pelajar terbaik SPM 2008. Adik Madiha ini berjaya mendapat 20A (191A Satu 2A) ~ jauh beza dgn aku..hehehe.. ;)

nikKepada sesiapa yg belum tahu, Madiha merupakan anak kepada pasangan Nik Mohd Kamal dan Mariani Omar dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arab Maahad Muhammadi Perempuan. Apa yg membanggakan saya, ayahnya adalah seorang nelayan dan Madiha bukanlah datang daripada keluarga yg berada (mewah).

Madiha juga belajar daripada erti kesusahan keluarganya, disamping menekankan keseimbangan duniawi & ukhrawi bagi mencapai kejayaan. Dan ternyata membuahkan hasil. 20A bukanlah sesuatu yg senang utk dicapai. Kejayaan Madiha membuktikan bahawa kesungguhan adalah segalanya.

Yang saya kagum, Madiha juga berpuasa Isnin & Khamis, dan antara sebabnya adalah bagi mengurangkan bajet family yg memerlukan wang perbelanjaan bagi ahli keluarganya yg lain. Itulah pengorbanan terbesar seorang anak kepada ibu bapa. Kemiskinan tidak menjadi penghalang. Yang penting adalah usaha.

Tahniah Madiha!! Hakikatnya : Lulusan Sekolah Agama juga mampu berjaya.

Barakallahu Fik!!

p/s : Saya masih lagi tidak mampu membalas segala jasa pengorbanan ayah dan ibu saya. Anda bagaimana?