Mar
Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Apa khabar anda semua? Semoga sihat sejahtera hendaknya, Amin..
Semalam, telah berlangsungnya satu lagi perlawanan bola sepak EPL di antara Man United dan Fulham yg berlangsung di Craven Crottage, Fulham. Keputusannya, Man United telah di’ayam’kan Fulham dengan kekalahan 2-0. Saya sebagai fan Man United sangatlah berdukacita dengan keputusan tersebut. Sekali lagi, saya diaju SMS bertalu² oleh geng² anti-MU selepas perlawanan tamat. Haha!! Siap korang aaa!!
Bagi saya, Man United agak tertekan. Dan punca kekalahan Man United sekali lagi adalah KAD MERAH!!

Ya, kad merah Paul Scholes mengubah segala² nya. Ditambah dengan kad merah Rooney yg terus menghancurkan harapan Man United untuk sekurang²nya seri (tapi time tu dah kene 2 bijik dah pun, hehe..).

So, 3 kad merah dalam 2 perlawanan (termasuk Vidic time lwn Liverpool)? Ape cerite? Adakah Man United masih berpeluang menjadi Juara EPL utk kali ketiga berturut². Entahlah..kite tunggu dan lihat je lah ye..
Okay, cerita lain hari ni adalah, sekali lagi saya telah ke Chow Kit utk mencari sedikit barang² tambahan yg akan digunakan di majlis perkahwinan. Antaranya bunga telur, souvenier, beg kertas dll. Habis rat² gak lah.
Sekarang saya sedang berehat sambil meng’usya’ blog kawan² yg lain. Penat la pulek..
p/s : Semakin hampir saat dan waktunya..Cuak.