super viagra
23
Mar
No Gravatar

Assalamu’alaikum  dan Salam Sejahtera,

Mmm..tak habis²..sekali lagi kes buang bayi berlaku. Bezanya, bayi yg dibuang masih bernyawa dan sempat diselamatkan. Kira kes kali ni si pembuang ni baik sket la..(err, baik ke?).

Tanpa buang masa, saya pon malas nak ulas panjang², dan malas nk tulis lagi pasal hal ni. Copy dan paste sudeyy. Diambil drpd Harian Metro.

Jumpa bayi di tempat pembuangan sampah

Oleh : SAHLINA SAHKIRIN
am@hmetro.com.my

MERSING: Kemeriahan penduduk Pantai Air Papan, di sini, mengadakan sambutan Maulidur Rasul terganggu apabila satu keluarga yang baru tiba di pantai peranginan dan pusat perkelahan itu untuk menghabiskan cuti hujung minggu, menemui seorang bayi lelaki baru lahir, pagi semalam.

bayi

Bayi yang comel ini tidak berdosa

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi semalam, keluarga itu yang datang dari Simpang Renggam untuk berkelah di situ ternampak benda bergerak di kawasan pembuangan sampah dan memeriksanya.

Keluarga berkenaan yang enggan dikenali kemudian menemui seorang bayi lelaki dipercayai baru lahir seberat 2.7 kilogram (kg) diletakkan di atas sehelai tudung nipis dan terus memberitahu penduduk yang mengadakan sambutan berkenaan di masjid berhampiran.

Penduduk, Rizal Sharul Harun, 24, berkata sebaik mendapat maklumat mengenai penemuan bayi itu, dia bersama penduduk lain bergegas ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 50 meter dari masjid itu.

“Ketika ditemui, bayi berkenaan dalam keadaan sihat. Saya bersama beberapa penduduk kampung kemudian membawanya ke Hospital Mersing untuk pemeriksaan dan rawatan serta menghubungi polis.

“Sebagai anak jati kampung ini, saya kesal kerana ini kes buang bayi pertama di pantai ini yang sentiasa menjadi kunjungan pelancong, sama ada dari dalam atau luar negeri. Secara kebetulan, bayi itu ditemui ketika penduduk mengadakan sambutan Maulidur Rasul,” katanya.

Rizal berkata, kejadian itu bukan saja menjejaskan nama baik kampung berkenaan, malah mencemarkan imej Mersing sebagai destinasi pelancongan popular di negeri ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid, mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan bayi lelaki itu.

Beliau berkata, bayi itu dihantar ke Hospital Mersing untuk pemeriksaan dan ketika ditemui, tali pusatnya dipotong dan ditemui bersama bayi berkenaan.

“Menurut doktor, bayi itu dipercayai lahir antara satu hingga dua jam sebelum ditemui. Bayi itu dipercayai keturunan Melayu dan kini ditempatkan di wad kanak-kanak di hospital berkenaan.

“Sehubungan itu, orang ramai yang ada maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing di talian 07-799 2222 untuk membantu siasatan,” katanya.

Komen saya :

Renungkan Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-An’aam, ayat 140 :

anam140

Maksudnya : Sesungguhnya rugilah orang yang membunuh anak-anak mereka, kerana kebodohan lagi tidak mengetahui, dan mereka mengharamkan apa yang Allah telah rezekikan pada mereka dengan semata-mata mengada-adakan terhadap Allah. Sesungguhnya mereka telah sesat dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.

Dan lagi Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Israa’, ayat 17 :

alisraa

Maksudnya : Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar.

Kesimpulan :

Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita semua. Sekali lagi, sama² lah kita renungkan, dan sudah² lah..