super viagra
22
Mar
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda semua? Semoga sihat sejahtera hendaknya, Amin..

Semalam, telah berlangsungnya satu lagi perlawanan bola sepak EPL di antara Man United dan Fulham yg berlangsung di Craven Crottage, Fulham. Keputusannya, Man United telah di’ayam’kan Fulham dengan kekalahan 2-0. Saya sebagai fan Man United sangatlah berdukacita dengan keputusan tersebut. Sekali lagi, saya diaju SMS bertalu² oleh geng² anti-MU selepas perlawanan tamat. Haha!! Siap korang aaa!! :)

Bagi saya, Man United agak tertekan. Dan punca kekalahan Man United sekali lagi adalah KAD MERAH!!

scholes

Ya, kad merah Paul Scholes mengubah segala² nya. Ditambah dengan kad merah Rooney yg terus menghancurkan harapan Man United untuk sekurang²nya seri (tapi time tu dah kene 2 bijik dah pun, hehe..).

rooneyredcard

So, 3 kad merah dalam 2 perlawanan (termasuk Vidic time lwn Liverpool)? Ape cerite? Adakah Man United masih berpeluang menjadi Juara EPL utk kali ketiga berturut². Entahlah..kite tunggu dan lihat je lah ye..

Okay, cerita lain hari ni adalah, sekali lagi saya telah ke Chow Kit utk mencari sedikit barang² tambahan yg akan digunakan di majlis perkahwinan. Antaranya bunga telur, souvenier, beg kertas dll. Habis rat² gak lah. :)

Sekarang saya sedang berehat sambil meng’usya’ blog kawan² yg lain. Penat la pulek.. :)

p/s : Semakin hampir saat dan waktunya..Cuak.

20
Mar
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Aiseh, 4 hari saya tak meng’update’ blog ku yg tercinta. Maklumla, sibuk..Hehe.. :)

Dalam minggu ni, ade bbrp perkara yg telah berlaku dlm hidup saya. So, saya ringkaskannya dlm bentuk hari dan catatan peristiwa (ayat skema). Maklumlah, 4 hari tak update blog. Haha!!

16 Mac 2009 (Isnin)

  • Kerja macam biasa. Saya memulakan hari Isnin dgn penuh semangat :) . Setelkan beberapa perkara mengenai kad jemputan kahwin.

17 Mac 2009 (Selasa)

  • Pon kerja macam biasa. Juga dengan penuh semangat. Saya pergi ke MAIS untuk mengambil borang nikah.

18 Mac 2009 (Rabu)

  • Juga kerja macam biasa. Agak malas. Hehe ;) . Tetapi saya semakin faham dgn job scope saya di pejabat dan belajar byk benda baru. Kerja makin bertambah. Haha.

19 Mac 2009 (Khamis)

  • Kerja macam biasa. Balik kerja, saya dimaklumkan oleh parents yg ade satu surat dari Bank Muamalat sampai. Untuk memaklumkan ape? Memaklumkan yg interview saya bulan lepas gagal. Haha. Agak sedihla, tapi tak berapa terkesan sbb saya tau saya langsung tidak berada di dlm bidang itu. At least saya ada pengalaman interview. Dan, saya redha Alhamdulillah.. :)

20 Mac 2009 (Jumaat)

  • Kerja macam biasa. Bercadang untuk ke Klinik Kesihatan Shah Alam Sek. 7 utk melakukan HIV test, tapi klinik pulak ckp yg utk pasangan berkahwin punye HIV test hanya pada hari Selasa dan Khamis, pukul 2-4 petang. So, minggu depan lah jwbnya. Petang tadi pulak, main futsal bersama budak² ofis. Memang enjoy!!!

21 Mac 2009 (Sabtu)

  • Esok punye cerite la..Hehe..Semoga kita semua dipanjangkan umur dan sentiasa sihat. Amin… :)

p/s : Hidup ini indah. Enjoylah..tapi, jgn lebih² sudeiii..

16
Mar
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Sekali lagi, terjadinya kes yg sgt menyayat hati. Rasanya saya dah pernah buat entri yg same mcm yg ni. So, sy malas nk tulis. Just ‘copy n paste’ from Utusan Malaysia.

Silalah sama-sama kita baca dan renungkan.

Mayat bayi lelaki dan janin ditemui dalam tong sampah

Oleh : WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
hayati.alias@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Mac – Kejam dan menyayat hati. Dua mayat bayi dibungkus dengan kertas surat khabar dan dipercayai dicampak ke dalam tong sampah di Blok 13, Flat AU3/1, Taman Keramat dekat sini hari ini.

Kejadian itu disedari oleh seorang penduduk yang ternampak bungkusan pelik ketika hendak membuang sampah kira-kira pukul 8.30 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan Amiruddin Jamaluddin berkata, lelaki itu yang memeriksa bungkusan tersebut menemui mayat seorang bayi lelaki.

“Polis yang datang ke tempat kejadian telah menjalankan pemeriksaan ke atas bungkusan itu dan menemui mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan dengan tali pusat masih di perutnya.

“Bagaimanapun apa yang mengejutkan, hasil pemeriksaan lanjut polis menemui satu janin dalam bungkusan itu tetapi tidak diketahui jantina,” katanya dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, bayi dan janin itu dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat.

Tambah Amiruddin, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian bayi baru dilahirkan.

Ulasan saya :

Tak reti nak ulas..tak habis² lagi ke..Na’uzubillah..

p/s : Kalau tak nak anak, jangan buat anak okay!!

15
Mar
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Entri kali ni simple je. Saya ada terjumpe satu soalan berbentuk gambar yg dikatakan boleh menguji kecekapan minda dan mata kita.

Sebelum itu, biar saya terangkan mengenai penilaian jawapan bagi soalan yg bakal anda jawab di bawah nanti.

Penilaian jawapan terbahagi kepada 3 bahagian :

1) Jika anda dapat menjawab soalan berikut dlm masa 3 saat, maka otak dan mata anda sangat cekap.

2) Jika anda dapat menjawab soalan berikut dlm masa 3 saat ke 1 minit, maka otak dan mata anda dalam lingkungan normal.

3) Jika anda dapat menjawab soalan berikut dlm masa 1 minit ke 3 minit, maka kecekapan otak dan mata anda dalam keadaan kurang cekap atau slow.

4) Jika anda dapat menjawab soalan berikut dlm masa lebih 3 minit atau tak jumpe jawapan langsung, maka….

tak dapek den nak nolong..mungkin otak dan mata anda berada di dlm keadaan bahaya!!

Okay, sudah bersedia? :)

Soalannya :

Teliti gambar di bawah dan cari wajah seorang lelaki (muka orang).

Selamat Mencuba!!!

3 ………..

2 ………..

1 ………..

GO !!! :)

ujiotakanda

Amacam? Jumpe? Hehehe.. :)