Archive for August, 2009

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

27,28 & 29 Ogos 2009, 6,7 & 8 Ramadan 1430H.

Dalam 2 hari yang lepas, saya ade belajar banyak bende (alasan x update blog, haha!!). Antaranya saya belajar yg puasa ni mmg betol2 memberikan saya pengajaran dan pembelajaran. Puasa ni mmg dugaan untuk kite tahan sabar dsb.

6 Ramadan, segala aktiviti seperti biasa. 7 Ramadan, juga seperti biasa. Bersahur, berbuka dan solat tarawikh. Semuanya seperti biasa. Namun, tghari semalam (Jumaat) mmg betol2 mengajar saya erti sabar dlm berpuasa. Hehe..

Nak dijadikan cerita, semalam adlh hari Jumaat dan orang Islam wajib bersembahyang Jumaat. Semalam juga, saya menghadiri satu bengkel dan kursus. Berhenti rehat dlm 12.30 pm. Maka, saya pun bergegas balik ke pejabat krn nak gerak skali dgn kwn² pejabat ke masjid. Kami bercadang nk ke Masjid Besi baru di Putrajaya. Okay, kami pun bergerak…sampai la kat masjid tuh kami jadi pelik sbb sume org yg dtg mcm patah balik..Saya pun terpikir:

Takkan la plak Solat Jumaat cancel hari ni. Tak logik sungguh…

Memang x logik. Tibe² terdengar suare seorang brader yg ckp cmnih :

Minggu depan bang, minggu ni x de lagi…

La…minggu depan ke baru start Solat Jumaat. So, kami pun segera bergegas ke Masjid Putra untuk Solat Jumaat. Jam dah 1.25 tghari. Mslhnya skrg adalah PARKING!! Memang jalan dah jem gile. Parking pun dah penuh. Akhirnye, parking je la kat tepi jalan yg agaknye jauh mcm 4-5 kilometer la dri masjid. Ya Allah..dengan kepanasan yg agak terik, kami semua berjalan dgn gagah atas niat nak Solat Jumaat. :)

Ala, apela sngt jln kaki tgh panas time Solat Jumaat ni ye tak? Nabi Muhammad dan sahabat pun dulu siap perang dlm panas time Ramadan lagik. Rilek je.. :)

Akhirnya, kami berjaya menunaikan Solat Jumaat dgn jayanya..Penat? Memang penat tapi x mengapa demi menunaikan amanahMu Ya Allah.. :)

Hari ni, 8 Ramadan, saya dan isteri nk ke Shah Alam. Nak shopping. Yuhuuu!!!

Okaylah, bye dan Selamat berbuka!!!!

p/s : Tugas berat kini menanti saya. Nantilah saya cerita. Ya Allah berikanku kekuatan!!

No Gravatar

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera,

26 Ogos 2009, 5 Ramadan 1430H.

Saya ada satu pengumuman, kepada yg boleh membayar zakat fitrah, marilah kita bersama-sama membayar zakat fitrah pada bulan Ramadan yg mulia ini. Sesungguhnya zakat itu dapat menyuburkan harta dan jiwa (tagline PPZ MAIWP).

Haiii..ape kabar semua? Hari ni hari kelima berpuasa. Esok yg keenam. Hari makin bertambah, ramadan makin berkurang. Tetapi mcmna dgn amalan kita semua ekkk…Marila sama² mengurangkan segala apa yg boleh kasi minus kite punye pahala di bulan puasa ni. Marilah sama² kite tmbh pahala, marilah sama² kite kurangkan dosa dan marilah buat ape je yg membawa kepada kebaikan.

Hari ni saya agak letih kerana bertugas di luar pejabat. Saya dan rakan pejabat ditugaskan riki tempat di PPZ MAIWP Taman Shamelin. Kami ditugaskan untuk membuka kaunter (booth) bagi mempromosikan wakaf tunai yang sememangnya mampu menambahkan lagi dana wakaf di Yayasan Waqaf Malaysia bagi menyempurnakan segala projek-projek yg bakal dilaksanakan.

Perjalanan ke Taman Shamelin dari Putrajaya ambil masa dlm 30-40 minit gak la. Jauh gak, cuma yg buat lambat kete banyak sgt..skang ni kete dh bykla kat jalan raya. Tak silap saya, pagi tadi saya ade ternampak satu kete plat no. WSY …. . Mak aiii, dah WSY dah plat no Wilayah. Dlm bulan lepas baru je WSR + WST. Takpelah, menunjukkan orang Malaysia semuanya Alhamdulillah hidup senang.. :)

Saya sampai di rumah dlm 6 pm. Jalan jem + hujan lebat. Terpaksa bwk slow bagi mengelakkan perkara x diingini berlaku. Alhamdulillah, berbuka bersama keluarga…Lauknya, UDANG MASAK TEMPOYAK masyukk banget…memang menyelerakan..Hehehe..

Okay kwn², ada urusan yg perlu diselesaikan. Nite, tata!! :)

p/s : Ditulis pada 10.00 mlm, Rabu, 26/8/09.

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

25 Ogos 2009, 4 Ramadan 1430H.

4 hari puasa mcm sekejap jek mase jln. Tadik saya ade terdengar radio time otw balik ke rumah, die sebut 5 Ramadan.

Eh, 5 Ramadan? Rasenye baru 4 hari aku puasa.

Sambil drive smbil kire hari puasa..baru 4 hari la..x pelah, die tersilap sebut tak pun saya yg tersilap dengar. Anyway, selesai sudah 4 hari berpuasa. Esok, masuk yg ke 5. Masih banyak hari lagi untuk kita menempuhi Ramadan yang mulia ini.

Hari ni sahur mcm biase laaa. Sahur tetap sahur beb. Biar ngantuk asal badan ade tenaga sket sbg bekalan dan alas perut untuk bertahan smpi Maghrib. Apa yg menarik hari ni? Tiada apa yg menarik sgt, kecuali satu perkara iaitu : Gaji dah masuk!!

YeaaaaHH!!! Tapi, dah nk abes dah pun. HAHAHA!! Bayar kete la tu la ni la…It’s okay, asalkan cukup makan dan minum ku bersama isteri dah syukur Alhamdulillah..

Betul x syg? Syg kan sanggup berkorban demi abang..Hehehehe..

Alhamdulillah, saya sempat berbuka dgn family. Gerak pkul 6.30 ptg dari ofis, sampai rumah dlm 7.15 mlm. Sampai2 je terus ready nk berbuka. Alhamdulillah…kenyang…

Kwn², adakah ada di kalangan anda yg nak beli kuih raya tapi dok dekat² Putrajaya. Hehe..nk promote nih..Kuih rayanya sgtla sedap dan murah…

Kalau ade, roger saya k..

Nite, tata!!!

p/s : Ditulis pada 11.30 mlm, Selasa, 25/8/09.

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

24 Ogos 2009, 3 Ramadan 1430H.

Hari ketiga berpuasa. Apa yg anda rase? Saya? Okay je..Hehe..Mcm biasalah, mestila ade rase penat, haus, lapar dan terase bagai nak teguk je air bagi lega sket tekak ni. Tapi, inilah dia ujian dan dugaan di bulan Ramadan. Menguji ketahanan iman dan menduga kesabaran kita sejauh mane kita boleh bertahan untuk berpuasa. Bukan setakat puasa makan dan minum, tetapi tangan, telinga, kaki dan mata pun puasa jugak ye..

Pagi tadi saya sahur bersama family. Dlm 5.15 pagi. Ngantuk yang amat sgt. Lepas sahur bleh lak tido..Ish2x..6.30 bangun, siap² solat, mandi dan sebagainya untuk meneruskan aktiviti baru di minggu baru iaitu kerja!! Yeahh..kerja..Rase mcm ade sket perasaan nk cuti je lagi kan? Hehehe..Tak elok tu. Nak crik rezeki mesti ikhlas, Insya-Allah.. :)

Di ofis, kepenatan agak terasa. Sbb kerja agak berlambak dan kena berfikir lebih untuk siapkan tugasan yang diberi. Alhamdulillah saya mampu bertahan. Cuma, yg sedihnya..saya tak dpt berbuka dgn keluarga atas sbb² yg x dpt dielakkan. Maklumlah, Putrajaya ke Sg Buloh agak jauh..so saya yg agak lmbt keluar ofis terpaksa hold dulu niat nk teruskan perjalanan balik takut x sempat berbuka bersama keluarga. Akhirnya, buka dgn member ofis..

Sampai di rumah dlm kul 9 mlm. Mandi, solat Isya’ dan Tarawikh secara solo (sbb zaujah pegi surau ikut mak). Dan, kini badan telah memberi isyarat keletihan terutamanya di bahagian mata. Apelagi..nite!!!!

Jgn lupe niat pose ek… :)

p/s : Ditulis pada 11 mlm, Isnin, 24/8/09

p/s/s : Esok dpt gaji ek?

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

23 Ogos 2009, 2 Ramadan 1430H.

Hari ni dah pun masuk hari kedua berpuasa. Rasa seronok x? Mestila seronok beb..ibadah puasa bulan Ramadan ni datangnya sekali setahun je. Jadi, bile dh dpt peluang cmni mestila seronok rasenye…. :)

Sahur amcm geng? Saya mcm biasa. Dikejutkan isteri dlm pkul 5. Last² 5.30 baru sahur. Sahur berlaukkan sotong sambal dan gulai telur. Sedappp tapi x bleh masuk sangat sbb malam semalam punye sisa berbuka pun still ade lagi. Haha!!

Lepas Solat Subuh, lepak jap…tau² je dah tertido. Maklumla hari cuti. Bangun dalam 9 lebih, terus siapkan diri dan baca paper. Tiada apa yg menarik. Alhamdulillah H1N1 tiada yg diambil nyawanya. Semoga kita lebih peka.

Hari ni saya tidak ke bazar Ramadan. Semuanya lauk buatan rumah shj. Rendang ayam, kerang rebus dan sambal tauhu. Memangla sedap..sedap banget beb!! Berbuka dengan isteri, mak abah dan adik² shj. Kakak² dan ipar duai sudahpun pulang ke rumah masing². So, tinggal kami je la.. :)

Setel maghrib, terus tunggu Isya’ dan Tarawikh. Setel semuanya…layan game n tengok TV. Tiada apa yg menarik melainkan game bola antara Burnley VS Everton dgn Chelsea VS Fulham.

So, apa nak dibuat lagi ni? Tidola..esok kan kerje..Tapi gi lambat sket x pe rasenye, sebab skang ni cuti skola dan jalan agak tidak jem..Hehe..

Nite, TATA!!! :)

p/s : Ditulis pada 12 pagi, Isnin, 24/8/09

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

22 Ogos 2009, 1 Ramadan 1430H.

Hari ni hari pertama umat Islam di Malaysia berpuasa. Termasuklah saya. Bila sebut pasal puasa, dah semestinya akan ada cerita pasal sahur. Alhamdulillah, pagi tadi saya sempat sahur. Hehe…Dikejutkan oleh isteri pada pukul 5 pagi, last² dekat 5.20 baru bersahur. Tapi x pe, sahur lambat² ni sunat…Sahur tadi, lantak ayam, nasik ngan sambal kentang. Masyuk dan lazat sekali. Air telan banyak² bajet ada tenaga la sampai petang. Padahal pastuh 2-3 kali pegi toilet. Hahaha.

Hari ni duduk dekat rumah je waktu pagi. Sempatla lap kereta sikit agar lebih berkilat dan kelihatan suci berseri. Haha. Petang x buat apepun. Layan game sampai penat pastuh lepas asar wife ajak pegi bazar ramadan ngan adik². Layann je dan kitorang bergerak la ke bazar dalam pukul 5 petang. Makk aaiii die punye traffic jam jgn cakaplah. Full and pack dengan orang yg berpusu² nak membeli juadah berbuka puasa. Maklumlah first day dan hari cuti.

After that, balik rumah dan tunggu waktu untuk berbuka. Azan pun kedengaran dan kami sekeluarga pun berbuka puasa dengan gembira sekali. Along and abg Ami (abg ipar) pun balik hari ni. So, sangat meriah. Lauknya, gulai ketam masak lemak cili api + ayam goreng + sayur-sayuran dan air tebu. Sungguh menyelerakan…Hehe.. :)

Lepas maghrib, siap² then gi solat tarawikh di surau berdekatan. Seperti dijangkakan, parking tiada. Ada la satu tu, tepi jalan..hentam sajalah. Menapak la jugak ke surau tu, tapi x pe janji pahala berganda. Aminnn..

So, abis solat je (buat 8 rakaat je) terus balik rumah. Ade program lain plak..tengok bola!! Man Utd vs Wigan (away). Misi Man Utd untuk memburu kemenangan berhasil juga. 5-0 Wigan kene belasah. Game yg best dan mendebarkan. Anyway, congrats MU!!!

Hero – Wayne Rooney

Berbatov yang cemerlang

Okaylah, saya sudahpun mengantuk dan ingin menidurkan diri.Tata!! :)

p/s : Ditulis pada 1 pagi, Ahad, 23/8/09

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Diharapkan kita semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa, Insya-Allah..

Ramadan datang lagi!! Esok, seluruh umat Islam di dunia akan mula berpuasa. Rasanya baru je Ramadan tahun lepas berlalu, dah datang lagi Ramadan tahun 1430H ni. Cepat betul masa berlalu. Alhamdulillah, kita semua masih diberi peluang untuk bernafas dan merasai Ramadan kali ini. Semoga kita akan sentiasa sabar dan gembira di dalam mengharungi ujian berpuasa selama sebulan yang akan datang, Insya-Allah..

Saya sediakan sedikit fakta bulan Ramadan untuk rujukan bersama.

Kewajiban berpuasa dalam Al Qur’an

Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa” [Al Baqarah:183]

Keutamaan berpuasa

Beberapa Hadith Rasulullah S.A.W

“Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Keutamaan bulan Ramadan

“Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu”. (Hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1793)

Wajib berpuasa Ramadan jika melihat hilal awal Ramadan dan berhenti puasa jika melihat hilal awal Syawal. Jika tertutup awan, maka hitunglah 30 hari.

”Hadis riwayat Ibnu Umar r.a.: Dari Nabi s.a.w bahwa beliau menyebut-nyebut tentang bulan Ramadan sambil mengangkat kedua tangannya dan bersabda: Janganlah engkau memulai puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Ramadan dan janganlah berhenti puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Syawal. Apabila tertutup awan, maka hitunglah” (30 hari) ( Sahih Muslim: 1795)

Larangan berpuasa satu atau dua hari sebelum bulan

”Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah engkau berpuasa satu atau dua hari sebelum Ramadan, kecuali bagi seorang yang biasa berpuasa, maka baginya silakan berpuasa” (Sahih Muslim: 1812)

Dilarang puasa pada hari raya

“Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak boleh berpuasa pada dua hari tertentu, iaitu Hari Raya Korban (Aidiladha) dan hari berbuka dari bulan Ramadan (Aidilfitri)” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Bersahur (makan sebelum Subuh) itu sunnah Nabi

“Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana dalam bersahur itu ada keberkatannya” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Berbuka di waktu maghrib

“Diriwayatkan daripada Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Apabila datang malam, berlalulah siang dan tenggelamlah matahari. Orang yang berpuasa pun bolehlah berbuka” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Larangan berkata kotor, mencaci, atau berkelahi

“Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah berbicara tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Larangan bersetubuh pada saat berpuasa

“Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Celakalah aku wahai Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang telah membuatmu celaka?

Lelaki itu menjawab: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada siang hari di bulan Ramadan.

Rasulullah s.a.w bertanya: Mampukah kamu memerdekakan seorang hamba?

Lelaki itu menjawab: Tidak.

Rasulullah s.a.w bertanya: Mampukah kamu berpuasa selama dua bulan berturut-turut?

Lelaki itu menjawab: Tidak.

Rasulullah s.a.w bertanya lagi: Mampukah kamu memberi makan kepada enam puluh orang fakir miskin?

Lelaki itu menjawab: Tidak. Kemudian duduk. Rasulullah s.a.w kemudiannya memberikan kepadanya suatu bekas yang berisi kurma lalu bersabda: Sedekahkanlah ini.

Lelaki tadi berkata: Tentunya kepada orang yang paling miskin di antara kami. Tiada lagi di kalangan kami di Madinah ini yang lebih memerlukan dari keluarga kami.

Mendengar ucapan lelaki itu Rasulullah s.a.w tersenyum sehingga kelihatan sebahagian giginya. Kemudian baginda bersabda: Pulanglah dan berilah kepada keluargamu sendiri” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Bangun dari junub tidak membatalkan puasa

“Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah r.a, kedua-duanya berkata: Nabi s.a.w bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Catatan:
Hadith tersebut sebahagian besar berasal dari Al Bayan, dan masih banyak perawinya selain Bukhari dan Muslim seperti Tirmizi, An Nasai, Abu Daud, Ibnu Majah, dan lain-lain.

Saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat. Semoga ibadah puasa kita akan lebih sempurna kali ini dan semoga Allah S.W.T mempermudahkan segala urusan harian kita. Amin..
p/s : Kali pertama berpuasa bersama isteri. Seronoknya… :)

(credit to http://syiarislam.wordpress.com)

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T,

Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera, Amin…

Tak dapat dinafikan lagi, telah lamanya blog saya ini tidak diupdate. Adakah saya semakin malas untuk update blog ini? Tidak…saya tidak malas. Hehe..Maklumlah kehidupan yang agak sibuk membataskan diri untuk menulis di blog, tapi saya tetap tgk blog kwn² yg lain smabil berkata dalam hati :

Bila blog aku nak berupdate?

Apapun, saya telah berikrar untuk cuba update blog saya ni sekerap yang mungkin (wlupun tau hny berapa kerat je yg baca..haha!!)

Minggu Sabtu dan Ahad yg lepas adalah merupakan minggu yang akan menyeronokkan minggu² saya selepas ini. Kenapa? Kerana setiap minggu akan ada bola, Barclays English Premier League!! YEaRGh!! League yg memang saya nanti² kan. Sabtu dan Ahad lepas, beberapa perlawanan telahpun berlangsung.

My favourite team, Man United telah berjaya menewaskan Birmingham 1-0 (Ape daaa..1 je ke?). Jadilah…

Man of the Match, Wayne Rooney

Alex Ferguson

Hero!!!

Celebration time!!

p/s : Rabu ni lawan Burnley plak…

p/p/s : Jom Solat Hajat agar H1N1 dapat dihindarkan…

 
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.