~ Aku, Blog & Kamu ~Subscribe RSS

Archive for September, 2009

Coretan Syawal 1430H

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Saya seolah-olah beraya sakan sehingga blog pun tak diupdate. Haha… :) Bila sebut pasal raya, mmg x dpt dinafikan yg saya sgt gembira dan teruja untuk menyambutnya. Knp? Sbb ini adalah tahun pertama saya beraya bersama isteri tersayang. Of course, sgt seronok!!

Raya Pertama

Saya bangun seawal 6 pagi (semangat) untuk solat Subuh dan mandi. Kemudian, makan sikit dan terus bergerak ke masjid bersama ipar-duai untuk menunaikan solat Sunat Aidilfitri. Setibanya di masjid, mak oooii..ramainyelah umat manusia. Alhamdulillah…kami dpt parking kereta dan ‘parking’ best utk solat. Solat bermula 8.40 pagi. Kelihatan ramai manusia dgn baju mlayu baru, songkok baru, sampin baru dsb. Saya? baju melayu ngan kain pelekat jek dahlah..haha!!

Selepas solat, sesi bermaaf-maafan bermula. Alhamdulillah titisan air mata tidak berguguran. Hehe..Sebak, tetapi bersyukur krn kami sekeluarga masih berpeluang untuk menyambut hari raya bersama-sama.

Baca Selanjutnya…

No responses yet

Salam ‘Eid Mubarak..

No Gravatar

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera,

Takaballahuminna Wa Minkum, Kullu ‘Am wa Antum Bikher..

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

No responses yet

Ramadan Karim : 26th Day

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

16 September 2009, 26 Ramadan 1430H.

Hari yg ke 26 berpuasa. Ai, cepat sgt masa berlalu..Lagi brp hari nk raya dah. Apakah perasaan anda bila bercerita pasal raya ni? Saya? Alhamdulillah, of course saya gembira, sbb nilah kali pertama saya nk beraya dgn isteri tercinta. Seronok tuuu…

Ada rakan² ofis yg bercuti mulai esok. Anda? Saya I.Allah Jumaat akan bermula cuti. Agak banyak persiapan yg ingin dilakukan di rumah. Semua tu hutang saya tu, hehehe…Antaranya, nk pasang pelita dan lampu lip-lap. Barang dah ade cuma masa je x de. Hopefully, Jumaat ni dah siaplah semua hendaknya, Insya-Allah..

Baca Selanjutnya…

No responses yet

Sayangilah Ibu Bapa..

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Satu video klip yang saya rasa patut kita tonton. Video klip yang sgt² meruntun jiwa saya.

p/s : Video klip ni ada kuar TV ke ek?

No responses yet

Ramadan Karim : 25th Day

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

15 September 2009, 25 Ramadan 1430H.

Hari ini saya ke ofis seperti biasa. Tugasan juga dilakukan dgn terbaik, Insya-Allah. Semakin berat tanggungjawab semakin rasa bersalah jika saya tak melakukan yg terbaik. Bukan ape, rezeki yg dicari biarlah dgn cara yg baik semoga dikategorikan sebagai halal 100%. Hehe.. :)

Baca Selanjutnya…

No responses yet

Ramadan Karim : 24th Day

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

14 September 2009, 24 Ramadan 1430H.

Hari Isnin adalah hari pertama bekerja. Hari Isnin juga buat saya malas utk bangun pergi kerja. Eh x boleh², saya x boleh pkir mcm tuh sbb saya kene kerja, cari rezeki..Hehe..Tapi, mmg x dinafikan, hari Isnin adalah hari yg agak liat utk sy bersiap ke tempat kerja. Anda bagaimana?

Alhamdulillah, tugasan yg saya beri semakin dapat disiapkan. Saya semakin seronok dgn kerja baru sy ni. Hehe..

Dan hari ini, saya ke Masjid Wilayah utk menghadiri majlis berbuka puasa bersama Imam, Guru Takmir dan AJK Masjid. Sambutan yg sgt meriah. Saya juga bertarawikh di sini. Subhanallah..imam tarawikh terbaik pernah saya sertai. Alunan suara yg sgt sedap. Ala² Masyari Al-Fasi..sgt lunak, smpi x sedar dah nk ruku’ wlupun bacaan agak panjang…

Dan seperti biasa mlm saya berakhir dgn tidur yg nyenyak.. :)

p/s : Ditulis pada 9.20 pg, Selasa, 15/9/09.

No responses yet

Ramadan Karim : 21-23rd Day

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

11 September 2009, 21 Ramadan 1430H.

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. So, hari ni umat Islam menunaikan Solat Jumaat seperti biasa. Jumaat ni adalah kali pertama saya menunaikan Solat Jumat di pejabat baru. Jadi, agak kelam-kabut dan seperti tidak tahu membawa diri hendak pergi ke mana dan dgn sape? Haha. (padahal Putrajaya gak!!).

Baca Selanjutnya…

No responses yet

Older Entries »

© 2008-2010 Aku, Blog & Kamu All Rights Reserved -- Copyright notice by Blog Copyright

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.