Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa, Insya-Allah.
Satu kisah yang baru terjadi di Russia, mengenai seorang bayi yang bernama Ali Yakubov – berusia 9 bulan, di mana di kulitnya terdapat beberapa tulisan kalimah Allah dan ayat suci Al-Qur’an. Berita gempar ini telah tersebar di seluruh dunia dalam masa yang sgt singkat.
Terdapat begitu banyak laporan berita oleh akhbar² luar negara mengenai kisah ini.
Kematian itu pasti. Datangnya tiba-tiba, di mana-mana sahaja. Ketika meng’usya’ blog rkn² bloggers yang lain, saya terjumpa dengan satu video yang tajuknya “Disko di telan bumi”, “Bumi telan disko” dan ayat² yg lebih kurang gitu la.
Diberitakan juga bahawa kejadian ini berlaku di Jerusalem di satu kawasan penduduk Israel. Dikatakan juga ianya bukan disko, tetapi majlis keramaian/perkahwinan penduduk di sana. Tarikh kejadian tidak dapat saya pastikan. Rasenye dah lame. Tapi klu kwn² ade maklumat bleh la share ye.
Baru-baru ini, kita dikejutkan dgn beberapa peristiwa besar dan gempar yang mengejutkan manusia di dunia, khususnya manusia² di seantero nusantara ni (ASEAN). Peristiwa gempa bumi di Padang, taufan ketsana di Filipina dan Vietnam, tsunami di American Samoa dan mungkin banyak lagi yang tidak kita ketahui.
Jumlah kematian? Tidak dapat dikira dengan jari mahupun kalkulator banyaknya. Malah di Padang, Sumatera sendiri rasanya pihak berkuasa Indonesia telah menghentikan operasi mencari. Yang diteruskan mungkin operasi pemindahan mangsa sahaja. Malah di surat khabar tempatan juga ada yang meluahkan rasa takut mereka spt ‘mati hidup semula, ‘bagai dalam kubur’ dan sebagainya.