Mengenai Saya
Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera,
Nama saya Mohd Fazdli Rosli, dan lebih dikenali dengan gelaran Lee sahaja. Saya dilahirkan pada 31 Julai 1985 di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Memulakan pendidikan rendah di S.K. Sg Pelong, Selangor, dan meneruskan pengajian di SMKA Simpang Lima, Sg. Besar, Selangor. Saya juga merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan telah tamat pengajian pada 2008, di dalam Jurusan Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Fiqh dan Usul Fiqh), serta minor di dalam Komunikasi.
Saya kini bekerja sebagai Eksekutif di Yayasan Waqaf Malaysia, sebuah yayasan yang menguruskan hal-ehwal wakaf di bawah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).
Saya juga merupakan Part Time Internet Marketer, dan sememangnya mempunyai minat yang sangat mendalam di dalam bidang keusahawanan internet ini.
Sebenarnya, saya telah mula menceburi bidang keusahawanan internet ini pada penghujung 2007, namun hanya secara suka-suka.
Akhirnya, saya mula serius di dalam bidang online ini pada pertengahan 2008 sehingga kini.
Saya juga telah memiliki syarikat sendiri yang didaftarkan dengan nama MFR Solutions (No Pendaftaran Perniagaan : 001797942-V), sebagai bukti kesungguhan yang saya benar-benar ingin berjaya di dalam bidang keusahawanan internet ini.
Saya bukanlah seorang yang celik IT, dulu google pun saya tak tau, tapi dengan usaha dan ketabahan, akhirnya google pun kenal saya, saya mampu juga meneruskan perjalanan di dalam bidang ini selangkah demi selangkah..
Selamat berblog dan semoga mendapat sesuatu daripada blog ini.
Salam Ukhuwah,
Mohd Fazdli a.k.a Lee
Anda boleh menghubungi saya di:
YM ID - ildzaf_ilros[at]yahoo.com; gantikan [at] dengan @.
Facebook - http://www.facebook.com/fazdli
Email - fazdlirosli[at]gmail.com; gantikan [at] dengan @.

