Archive for Dunia

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda semua? Semoga sihat sejahtera hendaknya, Amin..

Semalam, telah berlangsungnya satu lagi perlawanan bola sepak EPL di antara Man United dan Fulham yg berlangsung di Craven Crottage, Fulham. Keputusannya, Man United telah di’ayam’kan Fulham dengan kekalahan 2-0. Saya sebagai fan Man United sangatlah berdukacita dengan keputusan tersebut. Sekali lagi, saya diaju SMS bertalu² oleh geng² anti-MU selepas perlawanan tamat. Haha!! Siap korang aaa!! :)

Bagi saya, Man United agak tertekan. Dan punca kekalahan Man United sekali lagi adalah KAD MERAH!!

scholes

Ya, kad merah Paul Scholes mengubah segala² nya. Ditambah dengan kad merah Rooney yg terus menghancurkan harapan Man United untuk sekurang²nya seri (tapi time tu dah kene 2 bijik dah pun, hehe..).

rooneyredcard

So, 3 kad merah dalam 2 perlawanan (termasuk Vidic time lwn Liverpool)? Ape cerite? Adakah Man United masih berpeluang menjadi Juara EPL utk kali ketiga berturut². Entahlah..kite tunggu dan lihat je lah ye..

Okay, cerita lain hari ni adalah, sekali lagi saya telah ke Chow Kit utk mencari sedikit barang² tambahan yg akan digunakan di majlis perkahwinan. Antaranya bunga telur, souvenier, beg kertas dll. Habis rat² gak lah. :)

Sekarang saya sedang berehat sambil meng’usya’ blog kawan² yg lain. Penat la pulek.. :)

p/s : Semakin hampir saat dan waktunya..Cuak.

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Baru berumur 13 tahun tapi dah ada anak!! Ya, bukan anak kucing atau anak kambing, tetapi anak yg dimaksudkan adalah seorang bayi yg baru dilahirkan.

Mm, macam janggal kejadian ni kan? Tapi mmg benar. Kejadian ini berlaku di UK, di mana seorang budak lelaki yg berumur 13 tahun bernama Alfie Patten telah menjadi seorang bapa apabila kekasihnya, Chantelle, 15 tahun telah melahirkan seorang bayi yg diberi nama Maisie.

Diceritakan bhw mrk ni melakukan hubungan seks tahun lepas, dan secara tak sengajanya si minah ni pun mengandung. Dapatlah baby lepas 9 bulan. Mamat ni baru 13 tahun, suara pun tak pecah lagi tapi tulah, dah dpt anak la pulok!

Jom layaaannn gambar di bawah.

babyfatehMuka budak tapi dah ada anak.

kapelbaymudaPasangan muda dan baby mereka.

Dikatakan juga bahawa kerajaan Britain mulai risau mengenai gejala yg kini mula menular di negara mereka. Ramai juga pihak di sana yg meminta agar pihak kerajaan melakukan sesuatu supaya gelaja sebegini dapat dibendung.

So, renung² kan lah.

p/s : ISLAM = way of life!!

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Hari ini genaplah SEBULAN saya bekerja di ofis baru saya. Alhamdulillah, selepas sahaja tamat belajar dari UIAM pada November yang lalu, saya mendapat peluang untuk bekerja dan mampu untuk mendapatkan sedikit wang belanja bagi meringankan beban diri dan of course, beban yg ditanggung ibu bapa.

Saya mula bekerja sejak 2 Jan 09 yang lalu. Inilah pertama kalinya saya kerja di pejabat. Mempunyai meja sendiri, komputer dan phone sendiri (siap extension lagik, haha!) Kira saya masa mula² masuk tu excited laaa..

Alhamdulillah, saya mendapat kawan² yg sgt sporting seperti Fiza, Ahmad Mau, Hakem, Azd, Faz, Liza, Kak Aishah dan Kak Wan serta Kak Atin Cute (Cikgu) yg sgt² byk membantu. Saya juga mempunyai bos yg sgt sporting, iaitu Pn Mahiran.

Dalam tempoh hampir sebulan (tolak cuti situ dan cuti sini), maka agak banyaklah yg telah saya pelajari di dlm profesion kerja pejabat ni. Memang byk karenah, byk ragam malah di pejabat juga sbnrnya tmpt paling byk krisis!!

Hehe..kdg² memberi pengajaran juga kepada saya apabila memikirkan perihal org² yg suka menimbulkan krisis ni. Mmm, tapi itulah resam kehidupan manusia.

Anyway, terima kasih kepada rakan² ofis yg banyak membantu saya. You All mmg da best!! Arigato!! :)

p/s : Nak tulis panjang lagi sebenarnya. Tapi next time la ye. Rase mengantuk yg amat² ni. Maklumla mlm semalam tak cukup tidur tgk Chelsea kalah di tangan Liverpool..Hehe..Jgn marah aa… ;)

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Kali ini entri saya mengenai isu yg agak HOT di dlm politik dunia. Ianya berkenaan seorang yg bergelar Presiden, yg dengan selambe dek nya blah drpd forum yg dihadirinya, di hdpn ribuan penonton terutamanya diplomat² dan VIP².

Presiden yg saya maksudkan adalah Reccep (Rejab) Tayyip Erdogen, Presiden Turki yang telah angkat kaki dan keluar drpd World Economic Forum di Switzerland sebelum forum itu selesai dijalankan.

Mengikut laporan berita dan beberapa akhbar luar negara, Presiden Turki tersebut sgt tidak berpuas hati dgn seorang lagi mamat yg hadir dan menjadi panel dlm forum itu, iaitu Presiden Israel yg siol – Shimon Peres . Beliau dikatakan memberi komen dan kritikan pedas ke atas Presiden Israel tersebut berikutan serangan Israel ke atas Gaza yg berlaku baru² ini.

Mereka yg mula² bertukar pandangan akhirnya mula meninggikan suara masing², sehinggakan Presiden Turki menuduh Israel sebagai Pembunuh!.

Antara punca yg membantu kemarahan si Erdogan Presiden Turki adalah selepas shj si Peres siol ini berucap, maka ada yg menepuk tangan. Inilah yg lebih menghangatkan suasana sehingga beliau berkata :

Saya amat sedih kerana ada yg bertepuk tangan selepas kamu berucap. Kamu membunuh manusia dan bagi saya ianya perbuatan yang sangat SALAH.

Presiden Israel yg siol Shimon Peres pula menidakkan tuduhan itu malah mengatakan bahawa mereka tidak inginkan peperangan, bla bla bla, etc etc = Laknat Allah ke atas kamu Zionis Israel!!

Anda boleh lihat videonya di bawah :

Moderator forum yg memotong ucapan Erdogan juga dikatakan menjadi punca kepada perdebatan hangat ini. Beliau dikatakan tidak sempat menghabiskan ucapannya dan dipaksa berhenti. So, ape lagi, Si Erdogan ni maybe dah panas hati, maka beliau pun keluar dgn serta-merta daripada forum tersebut setelah berbalas hujah dgn Si Peres yg siol sambil diperhatikan ribuan diplomat dan VIP².

Walaubagaimanapun, di dlm sidang akhbar yg Erdogan lakukan, beliau menafikan yg beliau menujukan kemarahannya kepada Yahudi atau Israel, tetapi mengatakan yg beliau amat marah kerana tidak diberi masa yg cukup untuk berucap.

Wallahua’lam.

p/s : Berdoa agar dunia akan aman. Tiada peperangan dan pergaduhan. Boleh ke gitu?

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Di bawah adalah beberapa fakta menarik mengenai Coke : Coca Cola.

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

1. Dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda Polis/Lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan.

2. Cuba kajian ini : Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari.

3. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke.

4. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chr ome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

5. Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

6. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

7. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang.

8. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih.

9. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalamasa 4 hari.

10. Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

11. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, [bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] ianya pasti dilengkapi dengan tanda amaran “Bahan Kimia Bahaya” atau”Bahan Penghakis : bahaya”. Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis.

12. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.

13. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh untuk satu tin Coke.

14. Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. So, terhasillah perkataan Coca Cola tu.

15. Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-48 jam.

16. Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut!

17. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka.

18. Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%.

Mmm..camno tuh? Fakta² ini saya dapat ketika menyelak² dan menziarah blog² rakan² yg lain. Bila saya search di Google, mmg fakta ni dah lama wujud. Saya je yg lambat tau mengenainya. Kalau taupun, adela sikit² je.

Maknanya, Coke ni kire bahaya gak la kan? So, terpulanglah kepada kita semua untuk menilainya..

p/s : Alhamdulillah, saya teramat² jarang minum Coke. :)

No Gravatar

Palestin
Tanah mu bergolak lagi
Dengan pekatan warna merah
Terpecik di sana sini
Sorak dan teriak
Kedengaran di mana-mana
Anak-anak mencari ibu bapanya
Hilang entah kemana
Di panah perluru berhantu
Dari puak kejam… Zionis durjana

Palestin
Nama mu hanya di kenali sebagai negara berdarah
Tidak pernah aman dari perluru hidup
Menembusi remaja dan kanak kanak
Tanpa belas kasihan
Dari air mata mereka yang tidak berdosa
Wajah ibu yang suram
Ayah nan derita
Menatap wajah tersenyum anak mereka dalam lipatan kain putih
Dan darah membasahinya
Kedengaran teriakan dan percikan perluru bersama
Dentuman dan ceraian bunyi Bom di mana jua
Menggegarkan suasana bahagia
Menjadi duka Nestapa

Palestin
Mereka hanya melihat negara mu
Dari corong berita palsu CNN
Menutup segala aib zionis durjana
Membuka ruang membunuh bangsa tak berdosa
Tidak kira siapa.
Kanak-kanak yang tiada biasa mengerti apa-apa
Meraung karana terasa sakit pabila
Kudung tangan dan kakinya
Meratap hiba…… dan mereka terkulai layu dalam pelukan ibu dan ayah

Doa buat mu

Palestin
Tiada apa yang dapat ku lakukan
Hanyalah doa sebagai senjata
Semoga Allah Makbulkan
Jahanamkan Zionis Durjana
Menitis air mataku menadah tangan pada Mu

Ya Allah……bergetar suaraku dalam nada sayu
Selamatkanlah Palestin
Selamatkanlah hamba mu nan tidak berdosa
Dari mereka yang rakus membunuh dan menyiksa
Musnahkanlah Zionis durjana
Aman damailah Palestin
Seperti dulu kala…tanpa perluru dan duka dan air mata…

p/s : Sajak ini dikarang oleh Sdr Mohd Adha Mohd Zain.

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Israel semakin mengganas. Bumi Palestin makin berdarah!! Makin ramai yang terkorban tidak kira si kecil mahupun yang dewasa.

Lihat sahaja gambar-gambar penderitaan di bawah :

PALESTINIANS-ISRAEL/

3158933209_d36c7497af

3164073781_3ec078da40

Bilakah segala penderitaan ini akan berakhir?

Ya Allah, selamatkan ISLAM dan bumi Palestin!! Selamatkan Muslimin dan Muslimat, Mujahidin dan Mujahidah di muka bumiMu ini Ya Allah!!

Untuk melihat dengan lebih lanjut mengenai penderitaan Palestin, sila klik link di bawah :

http://portail.islamboutique.fr/gaza2008/

p/s : Semoga umat ISLAM akan lebih bersatu selepas ini.

 
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.