Archive for Lain-lain

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Ntah mcmna saya terjumpa satu lagu raya gabungan kumpulan Hujan dan Raihan. Layannnnn….

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Saya seolah-olah beraya sakan sehingga blog pun tak diupdate. Haha… :) Bila sebut pasal raya, mmg x dpt dinafikan yg saya sgt gembira dan teruja untuk menyambutnya. Knp? Sbb ini adalah tahun pertama saya beraya bersama isteri tersayang. Of course, sgt seronok!!

Raya Pertama

Saya bangun seawal 6 pagi (semangat) untuk solat Subuh dan mandi. Kemudian, makan sikit dan terus bergerak ke masjid bersama ipar-duai untuk menunaikan solat Sunat Aidilfitri. Setibanya di masjid, mak oooii..ramainyelah umat manusia. Alhamdulillah…kami dpt parking kereta dan ‘parking’ best utk solat. Solat bermula 8.40 pagi. Kelihatan ramai manusia dgn baju mlayu baru, songkok baru, sampin baru dsb. Saya? baju melayu ngan kain pelekat jek dahlah..haha!!

Selepas solat, sesi bermaaf-maafan bermula. Alhamdulillah titisan air mata tidak berguguran. Hehe..Sebak, tetapi bersyukur krn kami sekeluarga masih berpeluang untuk menyambut hari raya bersama-sama.

Tiba-tiba, saya sakit perut yg amat sgt. Sgt sakit. Teringat dulu saya sakit perut gak time raya, tpi sbb kene operate apendiks. Tp yg ni lain, sakit sgt²..aduiyai, maybe terkejut sbb mkn kul 9 pagi kot, yela sebulan puasa. Hehe..

Sakit perut saya berterusan, tapi sy ttp tabah menghadapinya wlupun kuar masuk toilet dh brape kali dh..Akhirnya, sy berjaya mengharungi pemberontakan perut dgn jayanya.

Pkcik dn mkcik yg lain (sblh emak) dtg ke rumah kami (nenek berada di rumah kami), so meriahlah dgn suara manusia dn anak² kecil menggoncangkan bahunya yg lemah longlai tak lagi bermaya jeritan suaraaaa yg syok bermain dgn sepupu² mrk (maklumla jarang jumpe).

Saya dan isteri pula sibuk melayan pakcik mkcik, borak² dan bergurau-senda. Maklumlah, ni kan 1st year kami beraya bersama sbg pengantin baru… :)

Lepas Zuhur, kami sekeluarga bertolak ke rumah Mak Long (belah abah) di Kuang. Mmg saya sentiasa menantikan ayam masak lemak cili api dia. Perghh…sedap wooo…

Petang, selepas Asar, saya dan isteri bergerak pulang ke rumah mertua di Banting, Selangor.

Smpinya di sana, suasana yg lebih meriah di rasai. Maklumlah, beraya bersama 12 adik beradik + ipar duai + biras, mak aii…penuh rumah tuhhh..Tapi seronok, sgt seronok. Saya ditugaskan sbg imam Maghrib, so selepas Maghirb, kami semua bertolak beraya di rumah² jiran berdekatan. Sgt seronok!! Pengalaman yg best (sbb sy x pernah raya rumah jiran, haha!!).

Hampir jam 10 lebih gak la baru selesai semuanya. Semuanya dah terlelap. Saya? Join geng² lelaki bermain satu permainan yg best. Hehe..Then, tido… :)

Raya Kedua

Hari Raya Kedua adalah sesi ngapuro. Ngapuro adalah bahasa jawa. Ngapuro bermaksud bermaaf-maafan. Bayangkan, saya tak pernah melihat situasi ngapuro di mana semua beratur panjang dan bermaaf-maafan dlm 3-4 minit. Serius!! Ini pengalaman yg sgt berharga dan saya sangat² teruja. Ngapuro di sini sgt unik. Mrk akan duduk berhadapan satu sama lain. Salam, kemudian mengucapkan lafaz maaf dan lain-lain dlm 1-2 minit. Kmudian, seorang lagi pula membuat perkara yang sama. Ini adalah satu perbuatan yg sgt mulia walaupun unik, krn kita akan berasa lega selepas segalanya diluahkan. :)

Saya? Saya pun x tau nk ckp ape dlm sesi ngapuro ni. Cuma ckp “Selamat Hari Raya ye..Maaf kalau ade buat silap..”. Haa, cmtu jelah lebih kurang. Hehehe..biras saya bro Amin Idris pun sama gak cam saya, dan kami shj yg tak menitikkan air mata (maybe sbb x biasa kot, tapi sebak ttp ada) :)

Selepas sesi ngapuro, kami sekeluarga bergerak ke rumah saudara-mara di Kelanang, Kanchong Darat dan bukit Canggang. Sangat seronok..saya x tau la dah berapa byk rumah saya pergi, smpi x cukup tangan nak kira. Bayangkan, kuar rumah dlm 9 pagi, smpi rumah 10.30 mlm. Non-stop. Just stop 4 solat. Haa..power x? :)

Sampai je di rumah 10.30, saya mandi, solat dan terus turu (tido laaa…)

Raya Ketiga

Hari raya ketiga saya masih di rumah mertua. Hari ini juga sambung raya. Hehe…juga smpi mlm. Tapi kali ni ptg balik rumah dulu la sbb x la sbyk smlm rumah yg nak dipergi. Mak abah x follow, sbb menunggu dayo (tetamu) dtg ke rumah.

So, kami adik beradik ke rumah Pak Su di waktu malam. Mkn x ingat banyaknye..Walhal mlm ni juga kami akan buat bbq beramai².

Syok ke BBQ secara berjemaah? Memang syok. Syok gile. :)

Mlm diakhiri dgn tidur yg nyenyak…

p/s : Ini aje lah catatan raya saya. Raya ke 4 dan seterusnya sy dh di rumah Sg Buloh. (gambar raya x dek, akan diupdate kemudian, ehehe)

No Gravatar

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera,

Takaballahuminna Wa Minkum, Kullu ‘Am wa Antum Bikher..

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

16 September 2009, 26 Ramadan 1430H.

Hari yg ke 26 berpuasa. Ai, cepat sgt masa berlalu..Lagi brp hari nk raya dah. Apakah perasaan anda bila bercerita pasal raya ni? Saya? Alhamdulillah, of course saya gembira, sbb nilah kali pertama saya nk beraya dgn isteri tercinta. Seronok tuuu…

Ada rakan² ofis yg bercuti mulai esok. Anda? Saya I.Allah Jumaat akan bermula cuti. Agak banyak persiapan yg ingin dilakukan di rumah. Semua tu hutang saya tu, hehehe…Antaranya, nk pasang pelita dan lampu lip-lap. Barang dah ade cuma masa je x de. Hopefully, Jumaat ni dah siaplah semua hendaknya, Insya-Allah..

Hari ini juga, saya mendapat duit raya daripada boss. Berape? Byk gak la…tak sangka plak dah besar² gini dpt duit raya plak, haha! Takpe, now it’s my turn plak nk bagi duit raya pada orang lain. Yelah, saya dah bekerja dan berkahwin, x kanla nk mengharap dapat duit raya plak kan? Hehe..

Di radio juga dah berkumandang dah lagu raya. Bukak cenel ni, lgu raya. Cenel tu pun lagu raya. Amboi mmg rasa seronoknya..

Tapi, kesedihan tetap melanda kerana Ramadan bakal meninggalkan kita.

Ya Allah, Kau terimalah amalan kami..Amin..

p/s : Ditulis pada 3.50 ptg, Khamis, 17/9/09.

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

15 September 2009, 25 Ramadan 1430H.

Hari ini saya ke ofis seperti biasa. Tugasan juga dilakukan dgn terbaik, Insya-Allah. Semakin berat tanggungjawab semakin rasa bersalah jika saya tak melakukan yg terbaik. Bukan ape, rezeki yg dicari biarlah dgn cara yg baik semoga dikategorikan sebagai halal 100%. Hehe.. :)

Dan hari ini juga saya hadir ke Masjid Wilayah sekali lagi bagi menyertai Majlis Ihya’ Ramadan Menteri di JPM bersama Para Ulama, Cendekiawan dan NGO² Islam. Sambutan yg amat menggalakkan sehingga meja x cukup, ehehe..Alhamdulillah, respon yg sgt positif drpd yg hadir pada majlis ini.

Selepas berbuka dan solat, saya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Masjid Wilayah ke Sg Buloh bukanlah jauh sgt. Tiba² saya terpk mengenai wallet saya dn barang² lain spt kunci dsb. Bukan ape, di Masjid Wilayah tadi saya pakai baju melayu, so sy terlupe di manekah sy meletakkan segale bnde brg² tu semua. Check punye check, rupe²nye dlm kete. Hahaha. Saya dh tersangatlah cuak sbnrnye sbb sy ingat segala bende tu tertinggal kat ofis. Rupe²nye, dlm kereta. Hehehe..

Dah tua dah saya ni. Pelupe..ehehe..

p/s : Ditulis pada 8.50 pg, Rabu, 16/9/09.

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

14 September 2009, 24 Ramadan 1430H.

Hari Isnin adalah hari pertama bekerja. Hari Isnin juga buat saya malas utk bangun pergi kerja. Eh x boleh², saya x boleh pkir mcm tuh sbb saya kene kerja, cari rezeki..Hehe..Tapi, mmg x dinafikan, hari Isnin adalah hari yg agak liat utk sy bersiap ke tempat kerja. Anda bagaimana?

Alhamdulillah, tugasan yg saya beri semakin dapat disiapkan. Saya semakin seronok dgn kerja baru sy ni. Hehe..

Dan hari ini, saya ke Masjid Wilayah utk menghadiri majlis berbuka puasa bersama Imam, Guru Takmir dan AJK Masjid. Sambutan yg sgt meriah. Saya juga bertarawikh di sini. Subhanallah..imam tarawikh terbaik pernah saya sertai. Alunan suara yg sgt sedap. Ala² Masyari Al-Fasi..sgt lunak, smpi x sedar dah nk ruku’ wlupun bacaan agak panjang…

Dan seperti biasa mlm saya berakhir dgn tidur yg nyenyak.. :)

p/s : Ditulis pada 9.20 pg, Selasa, 15/9/09.

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

11 September 2009, 21 Ramadan 1430H.

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. So, hari ni umat Islam menunaikan Solat Jumaat seperti biasa. Jumaat ni adalah kali pertama saya menunaikan Solat Jumat di pejabat baru. Jadi, agak kelam-kabut dan seperti tidak tahu membawa diri hendak pergi ke mana dan dgn sape? Haha. (padahal Putrajaya gak!!).

So, diambil keputusan balik semula ke Presint 15 (Yayasan Waqaf Malaysia)  untuk pergi bersama rakan² di sana. Alhamdulillah, segalanya selesai…

Hari ini juga, saya dan rakan² YWM berbuka di PICC (Putrajaya International Convention Centre) anjuran JAWHAR. Ya Allah, banyaknye la makanan smpi x cukup² pinggan. Tp, Alhamdulillah semuanya habis.. (tak elok membazir..)

Selesai segalanya, saya pun bergerak pulang dan mlm saya berjalan seperti biasa smpilah tertido.. :)

12 September 2009, 22 Ramadan 1430H.

Hari yg ke 22!!! Cepatnye…hari ini saya tidak ada apa aktiviti yg berat walaupun cuti (Sabtu). Tp, ada satu aktiviti yg syok iaitu pergi shopping bersama family dan beloved wife. Antara brg² yg dicari adalah bahan basah untuk persiapan hari raya, sedikit perkakas hari hari raya dll.

Suasana di shopping complex amatlah sesak yg sgt². Maklumlah, hari cuti dan ramai yg dah dpt gaji, so ape lagi..berpusu²lah ke shopping complex ye tak? (termasukla kami, hehe..).

Hari ini saya berbuka bersama emak, isteri dan adik² shj. Abah takde di rumah sbb ada aktiviti berbuka puasa di luar.

Dan, mlm ini mlm sy berjalan seperti biasa.. :)

13 September 2009, 23 Ramadan 1430H.

Mlm tdi menyaksikan game bola Man Utd VS Spurs. Haha, Man Utd menang 3-1 walaupun Scholes kene kad merah, YESS!!.

Hari ini juga saya tiada apa aktiviti yg dilakukan kecuali mengemas rumah dan mengelap kereta.

Okaylah, cee u later!!! :)

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

10 September 2009, 20 Ramadan 1430H.

Saya kini bertugas di Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dah terasa dah die punye aura amanah yg berat gilos. Haha. Saya sentiasa berdoa agar di permudahkan Allah segala urusan saya. Amin…

Hari yg ke 20 di bulan Ramadan, membawa makna hanya beberapa hari sahaja lagi yang tinggal untuk kita menghabiskan baki hari di bulan mulia ini. Tahun depan, ntah ye ntah tidak kite masih hidup. Kalau hidup Alhamdulillah, kalau diambil nyawa oleh Allah, maka terlepaslah kita peluang untuk berjumpa dgn Ramadan Karim ini.

Apabila teringat kenangan semasa sekolah rendah, saya rasa sgt kelakar. Dulu kecik² time darjah 1, saya ingat lagi saya puasa stgh hari je. Tghari je balik rumah, nenek dah sediakan nasik goreng. Siap kene suap lagi tu. Bertuah punye cucu! Haha..Tapi Alhamdulillah, mula darjah 3 sampai skrg Alhamdulillah ibadah puasa dapat saya tunaikan dgn lancar, Alhamdulillah…

Bukan apa, saya ada ternampak secara live Muslim yg tidak berpuasa (bkn uzur), terasa seperti dicabar diri ini melihat mereka tapi apakan daya saya hny mampu melihat dan akhirnya terpaksa bersangka baik, mungkin mereka sakit, atau mungkin mereka tu penat sgt kot. Kot ye pun sakit, sorok²lah ye x? (Takpelah, sangka baik jugak!!!).

Hari ini, saya berbuka dgn begitu selera sekali. Berbuka bersama keluarga mmg mnyeronokkan. Sambil ditemani isteri di sebelah, eherm.. :) . Mlm saya seperti biasa, tiada aktiviti apa pun cuma Tarawikh dll.

Cukup time je, tido…Hehe.. :)

p/s : Ditulis pada 5.05 ptg, Jumaat, 11/9/09.

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

9 September 2009, 19 Ramadan 1430H.

Tarikh yg cantik. 9 9 9. Hari ni juga saya bertukar ke JPM. Alhamdulillah, rezeki. Tapi, amanah bertambah, saya sangat takut sekiranya tak mampu untuk melaksanakan amanah yang diberi ini. Mudah²an diberi kesenangan di dalam urusan kerja saya ini, Insya-Allah..

Hari ini saya terasa sgt lapar (mmg la dah puasa namenye). Tapi apabila melihat semula slide presentation mengenai kisah warga Palestin dan lain² yg mnjadi mangsa peperangan, saya dapat merasakan bahawa beruntungnya kita yang hidup di Malaysia ini. Mereka di sana x cukup mkn, x selesa, x cukup tidur, x cukup zat badan dsb, tapi mrk tetap hidup. Bagaimana pula dgn kita di Malaysia yang Alhamdulillah serba sempurna ini?

Sama-samalah kita bersyukur…Alhamdulillah..

Bagus.. :)

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

8 September 2009, 18 Ramadan 1430H.

Bangun² pagi, pergi sahur bersama isteri. Hehe..enak sekali sahur bersama nasi putih dan sardin. Sambil ber’facebook’, rakan saya Syeikh Gunawan ade berkate kita dah masuk ke 10 mlm terakhir di Ramadan. Ade yg bertny :

eh kan baru 18 Ramadan, ustaz?

Jawapan beliau :

Tak semestinya kita mengakhiri Ramadan dgn 30 hari, mungkin hny 29 hari. Jadi, mlm ke 19 Ramadan Insya-Allah dah termasuk 10 mlm terakhir.

Ha, lebih kurang gitu lah ayat beliau. Betul juge ek? Diam x diam dah 10 mlm terakhir. Ya Allah…mcmnalah amalan kite di bulan Ramadan ni. Mcmnelah puasa kite di bulan Ramadan ni. Mudah²an diterimaNya, Insya-Allah…

Saya ke Daruzzakah lagi hari ini. Seperti biasa, semuanya okay. Jalan x jem lagi..Balik pun mudah je perjalanannya, Alhamdulillah. Dan selepas berbuka, mlm² saya berjalan seperti biasa dan diakhiri dgn tidur yg lena.. :)

p/s : Ditulis pada 4.46 ptg, Rabu, 9/9/09.

 
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.