Rezeki Ada Di Mana-Mana..
18 Apr 2009
Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera, Insya-Allah..
Mmm, seriously, minggu ini adalah minggu suka + duka di dalam kehidupan saya. Minggu yang memang menjadikan saya seorang yang perlu berfikir dengan semasak-masaknya sebelum membuat sesuatu keputusan.
Ceritanya begini, pada 7hb April 09 yang lalu, saya telah dipanggil oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk menghadiri interview bagi jawatan Pegawai Zakat di Bangunan SSAAS, Shah Alam. Alhamdulillah, interview berjalan dengan lancar dan saya berasa yakin yang saya mampu untuk mendapat respon positif daripada LZS.
Di dalam masa yang sama, saya juga ada menghantar satu email kepada Yayasan Waqaf Malaysia untuk jawatan Pegawai Syari’ah. Namun, respon hanyalah biasa² shj dan saya juga disuruh untuk standby sekiranya dipanggil untuk interview.
Dan, pada 13hb April 09 yang lalu, saya mendapat satu panggilan telefon untuk menghadirkan diri ke interview di Pejabat Yayasan Waqaf Malaysia di Presint Diplomatik, Putrajaya. Interviewnya akan dijalankan pada 14hb April 09 (esok harinya). Ya Allah! Terkejut saya. Esok nk interview baru call hari ni? Mmm..takpe, saya berkate dalam hati :
“Mungkin rezeki kot, try je lah..”
Keesokan harinya, saya pun pergilah menghadiri interview tersebut di Putrajaya. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Tepat pukul 2.40 pm, saya mendapat call yang mengatakan saya telah diterima untuk jawatan Pegawai Zakat. Ini bermakna Lembaga Zakat Selangor telah menerima saya! Alhamdulillah..senang rasanya hati. LZS ingin saya melapor diri pada 15hb April (esok harinya).
Tetapi, dlm pukul 4 pm, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) juga call dan mengatakan yg saya telah diterima untuk bekerja dengan mereka dan mereka hendak saya melapor diri dengan segera. Ohh tidak!! Saya pening. Saya tak tau nak fikir camne time tuh. Kalau nk diikutkan gaji, memang YWM menawarkan lebih daripada yg saya jangkakan. Double daripada gaji saya sekarang. So, saya pening.
Saya call mak, tanye abah, tanye my fiancee dll. Setelah mendapat nasihat daripada family dan ustaz saya (my sifu), maka dengan berat hati saya terpaksa menolak tawaran Lembaga Zakat Selangor dan menerima jawatan Pegawai Syari’ah di Yayasan Waqaf Malaysia. Walaupun masih keliru di waktu itu, namun saya tetap berdoa agar pilihan saya tepat.
Dan esok harinya (15 April 09), saya pun ke Putrajaya untuk melapor diri. Kwn² di pejabat lama (LHDN, Shah Alam) juga terkejut dengan apa yg berlaku. Saya rase sangat sedih kerana terpaksa tinggalkan mereka dalam keadaan mengejut. Tapi itulah namanya rezeki. Rezeki hendak berkahwin, kot.
Alhamdulillah…pejabat dan kerja baru saya sgt² menepati citarasa saya. Memang ini yg saya mahukan. Mungkin penat sket utk ulang-alik Sg Buloh-Putrajaya, tapi x pelah. Demi sesuap nasik, ku teruskan jua langkahku ini.
Alhamdulillah, Thanks Allah!!!!
Itulah cerita dilema saya sebenarnya..Hehe..Tapi dah setel dah Alhamdulillah..
Mak saya cakap :
“Tu lah kuasa Allah, kalau Dia nak bagi rezeki, sekali dua dia bagi kat kau. Tapi kalau dia nak tarik, anytime die boleh tarik. So, sentiasa bersyukurlah..”
p/s : Siapa tau short-cut nak ke Putrajaya dari Sg Buloh? Toloonnnn!!
Kepada sesiapa yg belum tahu, Madiha merupakan anak kepada pasangan Nik Mohd Kamal dan Mariani Omar dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arab Maahad Muhammadi Perempuan. Apa yg membanggakan saya, ayahnya adalah seorang nelayan dan Madiha bukanlah datang daripada keluarga yg berada (mewah).
Angahku telah melahirkan seorang bayi comel bernama Nur Alya Qistina (nama ni aku yg bagi) pada Mac yang lalu. Alya merupakan cucu pertama bagi mak dan ayah saya. Hehe..Seronok betul saya tengok diorang dapat cucu. Sekarang Alya dah pun boleh merangkak dan ber’tatih’. Along dan Angah saya telah pun tinggal bersama suami tercinta masing² di kediaman sendiri. So, tinggallah mak, abah, ngan saya je kat rumah. Yang lain (adik²) semuanya balik hostel.
2- Online Biz :
Mulai esok, masa saya tidak akan terbuang lagi… 





