~ Aku, Blog & Kamu ~Subscribe RSS

Archive for the 'Renungan' Category

Bunga Api dan Mercun Itu Best Sebenarnya, Tapi…

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa, Insya-Allah..

Tak logik kalau saya kata tidak ada seorang pun daripada anda yang tidak pernah melihat bunga api atau mercun. Saya yakin kebanyakan daripada kita memang pernah melihat kedua-dua benda alah tersebut, siap pernah main lagi kan? :)

Masa waktu budak-budak dulu, saya memang seorang yang suka main bunga api dan mercun. Bunga api kertas, bunga api besi, mercun naga, mercun gasing, thunder clap, fuhhhh…semuanya saya layan. Maklumlah budak-budak..(padahal bapak budak dan pakcik-pakcik pun layan bunga api gak, hehe…).

Baca Selanjutnya…

10 responses so far

Tadarus Al-Quran

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa, Insya-Allah..

Diam tak diam, hari ini sudah hari yang kesebelas (11) kita berpuasa. Bermakna, telah 11 hari kita berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Apa macamm? Okay..? Alhamdulillah, diharapkan kita semua okay dan ceria-ceria sentiasa. Di bulan Ramadan ini, kita digalakkan untuk melipatgandakan ibadah kepada Allah S.W.T kerana hanya di dalam bulan ini sahaja dikurniakan peluang untuk diwajibkan berpuasa selama sebulan, bertarawikh dan juga peluang untuk bertemu malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu Lailatul Qadr.

Baca Selanjutnya…

2 responses so far

Apabila Manusia Lebih Teruk & Sesat Daripada Binatang Ternakan..

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa, Insya-Allah..

Benarkah manusia itu sebenarnya lebih teruk daripada binatang? Ya, memang benar. Manusia itu akan jadi lebih teruk dan hina daripada binatang apabila:

a) Manusia itu tidak menggunakan akalnya dengan baik.

b) Manusia itu tidak menggunakan nafsunya dengan baik.

c) Bila mana haiwan itu lebih pandai menggunakan nafsunya dengan baik daripada manusia.

d) Bila mana haiwan yang tidak dikurniakan akal itu boleh lebih berakal daripada manusia.

Baca Selanjutnya…

2 responses so far

Alhamdulillah…

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa, Insya-Allah..

Alhamdulillah..2 malam sebelum ini saya telah pulang ke kampung, iaitu rumah mak dan abah saya di Sg Buloh, Selangor D.E. Maknanya, 2 hari jugalah saya berpuasa, berbuka, bersahur malah bertarawikh di sana. Seperti biasa, kakak-kakak, adik-adik dan abang-abang ipar turut ada dan memeriahkan suasana. Menu berbuka puasa? Pergh..tak usah cakaplah, terbaekkk!! Masakan emak la katakan..hehe..

Baca Selanjutnya…

No responses yet

Bila 1 Ramadhan tiba…

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa, Insya-Allah…

Semalam, selesai sudah satu hari kita berpuasa. Apa macam? Okayy?! Hehe..saya Alhamdulillah..okay…tapi tak dinafikan, penat jugaklah..maklumlah cuaca pun agak panas. Bagaimana dengan juadah berbuka anda? Saya macam biasalah, beli aje..hehe..Tapi, insya-Allah hari ini tidak membeli kerana wife saya yang tercinta akan masak lauk special untuk saya. Pergh….

Malam tadi, selesai juga malam ke-2 Sunat Tarawikh. Kali ini, imam membacakan surah yang di dalamnya diceritakan kewajipan berpuasa kepada Umat Islam. Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183:

Baca Selanjutnya…

7 responses so far

Ramadhan Kareem: Persiapan kita?

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Semoga kita semua sentiasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa, Insya-Allah..

Ahlan Ya Ramadhan!!!

Sekali lagi, Ramadhan tiba…Bukan Muhd Ramadhan, Ramadhan bin Abu mahupun Ali Ramadhan b. Sulaiman. Tetapi, yang tiba adalah bulan Ramadhan Kareem, iaitu bulan di antara bulan-bulan yang terdapat di dalamnya seribu rahmat dan maghfirah. Apabila menyebut tentang bulan Ramadhan, apakah yang bermain di minda dan fikiran kita? Sudah semestinya ibadah puasa selama sebulan, solat tarawikh dan juga bergembira bersama anak-anak atau sanak-saudara bermain mercun dan bunga api.

Baca Selanjutnya…

No responses yet

Isra’ Mikraj: Satu Penghayatan

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa, Insya-Allah..

Ada yang sedar, mungkin ada yang terlupa, atau hampir terlupa, bahawa kita sebenarnya berada di penghujung Rejab 1431H. Selepas ini akan tibanya Sya’aban dan kemudiannya Ramadan Kareem. Fuhh, masa sangat pantas berlalu walhamdulillah..saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah S.W.T ini di samping mak abah, isteri dan keluarga tercinta. Bila sebut tentang Rejab, ada satu peristiwa yang berkaitan dengan Sirah Nabawiyah yang turut direkodkan di dalam Kalamullah Al-Quran, iaitu Isra’ Mikraj.  Dikatakan Isra’ Mikraj berlaku pada 27 Rejab, namun tidak pula dapat saya sahihkannya kerana masih kekurangan ilmu mengenai perkara ini. Tambahan pula terdapat juga beberapa pendapat lain mengenai waktu dan tarikh mengenai peristiwa tersebut.

Baca Selanjutnya…

No responses yet

Older Entries »

© 2008-2010 Aku, Blog & Kamu All Rights Reserved -- Copyright notice by Blog Copyright

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.