super viagra
14
Oct
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Kematian itu pasti. Datangnya tiba-tiba, di mana-mana sahaja. Ketika meng’usya’ blog rkn² bloggers yang lain, saya terjumpa dengan satu video yang tajuknya “Disko di telan bumi”, “Bumi telan disko” dan ayat² yg lebih kurang gitu la.

Diberitakan juga bahawa kejadian ini berlaku di Jerusalem di satu kawasan penduduk Israel. Dikatakan juga ianya bukan disko, tetapi majlis keramaian/perkahwinan penduduk di sana. Tarikh kejadian tidak dapat saya pastikan. Rasenye dah lame. Tapi klu kwn² ade maklumat bleh la share ye. :)

Layan je..sebagai pengajaran untuk kita semua!!

Original Report from 2001:
At least 20 people have been killed and hundreds have been injured at a wedding party in Jerusalem after the dance floor collapsed.
Guests were left clinging to the sides of the Versailles wedding hall when the third floor suddenly gave way at about 2245 local time and crashed through two storeys below. There were nearly 700 guests in the building, which is in the indu More..strial Talpiot area of Jerusalem. Many were left trapped by the falling rubble which left a gaping hole through the centre of the building. Reports say about 250 people have been taken to hospital but rescuers say there are signs of life beneath the debris. A special Israeli army rescue unit is at the scene.The father of the groom, Zion Dror, said: “We were dancing, and all of a sudden three storeys collapsed. My family is fine, thank God.” The bride, Keren Dror, who was standing with the groom in the centre of a circle of dancers fell with him when the floor collapsed. She is reported to have injuries to her head and limbs and has been taken to hospital. One wedding guest Efraim Rino told Israel Radio: “I grabbed my son as the floor collapsed. We fell one floor, and then the next floor collapsed. And the next. And I’m trying to hold my son’s hand all the time. He’s ten years old. We dropped all the way down. We were in the ruins. We had to be pulled out. “People were flying through the air, the orchestra, the loudspeakers, everything fell.” Jerusalem Mayor Ehud Olmert has already visited the scene and rejected suggestions of a terror attack. There are some reports the Versailles banquet hall was built using a cheap method of construction, known as Pal-Kal, which was outlawed five years ago. A caller to Israel’s Army Radio said he had organised a wedding at the hall a week ago and had called the owners afterwards to say he was worried about the state of the dance hall floor.

ALLAH MAHA MENGETAHUI..

p/s : Sama-sama kita perbaiki diri.

06
Oct
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Baru-baru ini, kita dikejutkan dgn beberapa peristiwa besar dan gempar yang mengejutkan manusia di dunia, khususnya manusia² di seantero nusantara ni (ASEAN). Peristiwa gempa bumi di Padang, taufan ketsana di Filipina dan Vietnam, tsunami di American Samoa dan mungkin banyak lagi yang tidak kita ketahui.

Jumlah kematian? Tidak dapat dikira dengan jari mahupun kalkulator banyaknya. Malah di Padang, Sumatera sendiri rasanya pihak berkuasa Indonesia telah menghentikan operasi mencari. Yang diteruskan mungkin operasi pemindahan mangsa sahaja. Malah di surat khabar tempatan juga ada yang meluahkan rasa takut mereka spt ‘mati hidup semula, ‘bagai dalam kubur’ dan sebagainya.

Kejadian dan peristiwa seperti ini sebenarnya satu peringatan dari Allah S.W.T, di samping tidak menolak keajaiban sains dan faktor alam semulajadi yang sememangnya akan memungkinkan peristiwa² seperti ini berlaku. Namun, dari satu sudut pandangan yang lain, ianya lebih kerana tanzir atau tazkirah atau reminder dari Allah yang mahukan hambaNya lebih untuk bersyukur, ataupun lebih mentaatiNya dari segala sudut dan aspek.

Kita di Malaysia Alhamdulillah terselamat. Ada juga yg gempar bila bangunan di sekitar negeri² spt Perak, KL, Johor, Melaka dll yang bergegar akibat kesan daripada gempa bumi di Padang, Sumatera. Namun, adakah kita akan sentiasa terselamat walaupun negara kita betul² berada di garisan khatulistiwa? Wallahu a’lam.

Jom kita renungi beberapa gambar yang berkaitan dengan bencana alam yang berlaku baru-baru ini :

padang1

padang2

padang3

QUAKE-INDONESIA/

Dan, sama-sama kita renungi hadith di bawah :

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:
>”Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu,
>berlaku
>banyak kematian manusia secara mendadak” (Hadis riwayat Thabrani)
>
>3) Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
>”Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa
bumi”
>(Hadis Riwayat Bukhari)
>
>4)Rasulullah SAW bersabda:
>”Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat
>menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi”
>
>(Hadis riwayat Ahmad)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak”  (Hadis riwayat Thabrani)

Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi” (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda:

“Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi” (Hadis riwayat Ahmad)

p/s : Kiamat Sudah Dekat. Adakah kita bersedia?

16
Sep
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Satu video klip yang saya rasa patut kita tonton. Video klip yang sgt² meruntun jiwa saya.

p/s : Video klip ni ada kuar TV ke ek?

09
Sep
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Di sini ada beberapa kisah mengenai junjungan mulia Muhammad S.A.W sebagai panduan kita agar lebih mencontohinya sentiasa di dalam kehidupan seharian kita. Mudah-mudahan kita bertakwa. Amin..

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda teramat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’ ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’
Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’
‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a. w.
‘Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? ‘
6) Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.
Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?’
‘Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’
‘Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
‘Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’
Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’
Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’
Rasulullah s. a. w. bersabda,’SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran

1- Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2- Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3- Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

4- Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’ ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’

Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5- Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’

‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi S.A.W.

‘Aku menanyakan mengap aengkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? ‘

6- Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7- Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?’

‘Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’

‘Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

‘Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’

Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’

8- Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9- Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10- Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH S.W.T dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah S.A.W menolak sama sekali rasa ketuanan.

11- Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12- Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13- Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’

Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’

Rasulullah S.A.W. bersabda, ‘SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT’.

p/s : Semoga kita mengambil iktibar dari kisah di atas.

p/p/s : Saya sayang isteri saya. :)