
Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa, Insya-Allah..
Walaupun World Cup dah habis, namun bahang kepanasannya masih terasa. Saya sendiri rasa mcm tak best plak WC dah habis. Hehe..Takpe, lepas ni layan EPL pulak. Baiklah, untuk kali ini saya nak buat entri khas mengenai 11 pemain yang saya pilih berdasarkan pemerhatian saya, di mana pemain-pemain ini pada pendapat saya telah bermain bersungguh-sungguh di dalam WC edisi kali ini.
Formasi yang saya pilih adalah 4-3-3 kerana formasi ini sangat sesuai di dalam menyerang mahupun bertahan.
* Update 13 July 2010, 9.15 malam:
Di atas nasihat seorang yang berpengalaman, saya telah memasukkan Xavi Hernandez (pemain gantian saya) bagi menggantikan Miroslave Klose dan meletakkan Thomas Muller di bahagian serangan. Ini kerana formasi 4-4-3 memerlukan ‘anchor’ midfielder yang mampu mengekang asakan pihak lawan dan dalam masa yang sama membantu rakan sepasukan melakukan serangan. Pendapatnya memang betul dan tepat. Thanks Bro!!
Pengurus/Manager
Joachim Loew (Germany): Seorang manager atau head coach yang sangat hebat dan pandai menilai pemain. Lihat saja pada kesebelasan utama yang beliau pilih. Tidaklah berapa popular dan tidak berapa ternama, namun mampu bersaing di WC kali ini sehingga ke peringkat Separuh Akhir. Beliau menggunakan pemain yang ada dengan sepenuhnya, dengan menggunakan formasi 4-4-3 yang telah mencipta kejayaan Germany. Walaupun tidak beraksi di peringkat akhir, Germany patut dipuji kerana menunjukkan permainan yang sangat menarik. Tahniah!!!
Penjaga Gol/Goalkeeper
Iker Casillas (Spain): Seorang keeper yang cemerlang, tangkas reflectnya, laju dan mempunyai justification yang baik. Beliau berani dan pandai menyusun pertahanannya. Walaupun agak goyang pada perlawanan awal menentang Switzerland, namun Casillas berjaya menyelamatkan percubaan Robben pada perlawanan akhir, sekaligus menjadi penyelamat Spain.
Pertahanan/Defender

Philipp Lahm (Germany): Seorang kapten yang tegas, rajin dan laju. Beliau mempunyai kekuatan kaki kiri dan kanan yang seimbang, serta mampu melakukan hantaran silang yang cantik dan tepat kepada penyerang untuk menjaringkan gol.
Gerard Pique (Spain): Walaupun ini adalah antara kejohanan terpenting yang terawal di dalam karier beliau, namun Pique telah mempamerkan aksi yang amat memberangsangkan. Tegap, berani dan pandai membaca gerakan lawan serta sekali-sekala membantu serangan menjadikannya antara pertahanan yang sedang melonjak naik pada waktu ini.
John Heitinga (Holland): Pemain pertahanan Everton ini nampak mantap mengawal di bahagian pertahanan Holland. Walaupun dapat kad merah semalam, namun Heitinga menunjukkan permainan yang agak konsisten di dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Jadi, Heitinga menjadi pilihan saya walaupun Lucio juga bermain dengan baik bersama Brazil.
Fabio Coentrao (Portugal): Anda kenal pemain ini? Saya tak pernah dengar pun siapa dia ni. Namun setelah melihat persembahan mantapnya bersama Portugal, saya dapat merasakan bahawa Coentro ini bakal menjadi seorang pemain pertahanan kiri yang hebat pada masa akan datang. Ala-ala Evra jugak la ni..Hehe..
Tengah/Midfielder
Wesley Sneijder (Holland): Mmg x dpt dinafikan, Sneijder ni mmg hebat. Kiri kanan power, mata tajam, passing superb, crossing mantap, through ball perfect, free kick terbaik. Kira beliau ni mempunyai bakat semulajadi yang hebat. Dengar cerita Man United nak beli dia ni, tapi x tau la dapat ke tidak. Hehe…
Xavi Hernandez (Spain): Seorang midfielder yang ampuh di bahagian tengah, serta mampu mengubah permainan dengan sekelip mata dan hanya dengan satu sentuhan. Beliau mempunyai kawalan bola yang hebat, bijak membuka ruang, kreatif, mampu membuat hantaran yang sangat tepat dan yang penting, mampu membantu pertahanan mengekang serangan.
Andres Iniesta (Spain): Merupakan seorang pemain yang saya dah lama usya cara permainannya. Gandingan beliau dengan Xavi memang hebat di Barcelona. Bagi saya, Iniesta seorang pemain yang kreatif, bijak membuka ruang, lincah, laju dan mempunyai skill passing dan individu yang mantap.
Penyerang/Attacker
Thomas Muller (Germany): Pemain yang berbakat besar. Baru berumur 20 tahun. Boleh bermain di sebelah kanan sebagai right midfielder mahupun right winger dan juga striker. Beliau mempunyai kawalan bola yang cantik, kreatif dan bijak membuka ruang. Muller juga mempunyai hantaran yang tepat dan sangat kreatif di dalam permainan beliau. Kerana kehebatan beliau jugalah Germany layak ke Separuh Akhir.
David Villa (Spain): Tak payah ulas panjang lah. Beliau ni memang dahsyat. Badan saja kecik namun akal nya bijak. Beliau laju, lincah dan yang paling penting finishing terbaekkk!! David Villa mampu mengkucar-kacirkan pertahanan lawan dengan liuk-lentuk lemah-gemalai skil geleceknya, seterusnya ketajaman sepakan beliau yang seringkali menepati sasaran. Beliau juga mampu menjaringkan gol melalui sepakan percuma. Villa memang best!!
Diego Forlan (Uruguay): Diego Forlan merupakan seorang pemain yang rajin, laju, lincah dan mempunyai kawalan bola yang hebat. Walaupun beliau seorang striker, beliau juga mampu melakukan hantaran yang tepat dan merupakan pakar sepakan percuma. Kepimpinan beliau di Uruguay juga sangat menyerlah dan membantu pasukannya layak ke Separuh Akhir. Rasanya macam rugi pulak Ferguson jual dia ni kan? Hehe…
Pemain Gantian/Substitutes:
Saya telah memilih 8 orang pemain pilihan sebagai pemain gantian iaitu:
1-Manuel Neuer (Germany)
2-Per Mertesacker (Germany)
3-Lucio (Brazil)
4-Mesut Ozil (Germany)
5-Bastian Schweinsteiger (Germany)
6-Lionel Messi (Argentina)
7-Luis Fabiano (Brazil)
8-Miroslave Klose (Germany)
Begitulah serba-sedikit corat-coret saya mengenai World Cup edisi kali ini. Sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Spain kerana telah berjaya menjuarai World Cup 2010!! Bagi yang masih belum mengetahui, berikut adalah anugerah-anugerah World Cup kali ini:
Pemain terbaik kejohanan (Golden Ball): Diego Forlan
Pemain muda terbaik dan kasut emas (Golden Boot): Thomas Muller
Penjaga gol terbaik (Golden Glove): Iker Casillas
Fair Play: Spain
Okay, c u later, tata!!