Coretan Syawal 1430H

No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Saya seolah-olah beraya sakan sehingga blog pun tak diupdate. Haha… :) Bila sebut pasal raya, mmg x dpt dinafikan yg saya sgt gembira dan teruja untuk menyambutnya. Knp? Sbb ini adalah tahun pertama saya beraya bersama isteri tersayang. Of course, sgt seronok!!

Raya Pertama

Saya bangun seawal 6 pagi (semangat) untuk solat Subuh dan mandi. Kemudian, makan sikit dan terus bergerak ke masjid bersama ipar-duai untuk menunaikan solat Sunat Aidilfitri. Setibanya di masjid, mak oooii..ramainyelah umat manusia. Alhamdulillah…kami dpt parking kereta dan ‘parking’ best utk solat. Solat bermula 8.40 pagi. Kelihatan ramai manusia dgn baju mlayu baru, songkok baru, sampin baru dsb. Saya? baju melayu ngan kain pelekat jek dahlah..haha!!

Selepas solat, sesi bermaaf-maafan bermula. Alhamdulillah titisan air mata tidak berguguran. Hehe..Sebak, tetapi bersyukur krn kami sekeluarga masih berpeluang untuk menyambut hari raya bersama-sama.

Tiba-tiba, saya sakit perut yg amat sgt. Sgt sakit. Teringat dulu saya sakit perut gak time raya, tpi sbb kene operate apendiks. Tp yg ni lain, sakit sgt²..aduiyai, maybe terkejut sbb mkn kul 9 pagi kot, yela sebulan puasa. Hehe..

Sakit perut saya berterusan, tapi sy ttp tabah menghadapinya wlupun kuar masuk toilet dh brape kali dh..Akhirnya, sy berjaya mengharungi pemberontakan perut dgn jayanya.

Pkcik dn mkcik yg lain (sblh emak) dtg ke rumah kami (nenek berada di rumah kami), so meriahlah dgn suara manusia dn anak² kecil menggoncangkan bahunya yg lemah longlai tak lagi bermaya jeritan suaraaaa yg syok bermain dgn sepupu² mrk (maklumla jarang jumpe).

Saya dan isteri pula sibuk melayan pakcik mkcik, borak² dan bergurau-senda. Maklumlah, ni kan 1st year kami beraya bersama sbg pengantin baru… :)

Lepas Zuhur, kami sekeluarga bertolak ke rumah Mak Long (belah abah) di Kuang. Mmg saya sentiasa menantikan ayam masak lemak cili api dia. Perghh…sedap wooo…

Petang, selepas Asar, saya dan isteri bergerak pulang ke rumah mertua di Banting, Selangor.

Smpinya di sana, suasana yg lebih meriah di rasai. Maklumlah, beraya bersama 12 adik beradik + ipar duai + biras, mak aii…penuh rumah tuhhh..Tapi seronok, sgt seronok. Saya ditugaskan sbg imam Maghrib, so selepas Maghirb, kami semua bertolak beraya di rumah² jiran berdekatan. Sgt seronok!! Pengalaman yg best (sbb sy x pernah raya rumah jiran, haha!!).

Hampir jam 10 lebih gak la baru selesai semuanya. Semuanya dah terlelap. Saya? Join geng² lelaki bermain satu permainan yg best. Hehe..Then, tido… :)

Raya Kedua

Hari Raya Kedua adalah sesi ngapuro. Ngapuro adalah bahasa jawa. Ngapuro bermaksud bermaaf-maafan. Bayangkan, saya tak pernah melihat situasi ngapuro di mana semua beratur panjang dan bermaaf-maafan dlm 3-4 minit. Serius!! Ini pengalaman yg sgt berharga dan saya sangat² teruja. Ngapuro di sini sgt unik. Mrk akan duduk berhadapan satu sama lain. Salam, kemudian mengucapkan lafaz maaf dan lain-lain dlm 1-2 minit. Kmudian, seorang lagi pula membuat perkara yang sama. Ini adalah satu perbuatan yg sgt mulia walaupun unik, krn kita akan berasa lega selepas segalanya diluahkan. :)

Saya? Saya pun x tau nk ckp ape dlm sesi ngapuro ni. Cuma ckp “Selamat Hari Raya ye..Maaf kalau ade buat silap..”. Haa, cmtu jelah lebih kurang. Hehehe..biras saya bro Amin Idris pun sama gak cam saya, dan kami shj yg tak menitikkan air mata (maybe sbb x biasa kot, tapi sebak ttp ada) :)

Selepas sesi ngapuro, kami sekeluarga bergerak ke rumah saudara-mara di Kelanang, Kanchong Darat dan bukit Canggang. Sangat seronok..saya x tau la dah berapa byk rumah saya pergi, smpi x cukup tangan nak kira. Bayangkan, kuar rumah dlm 9 pagi, smpi rumah 10.30 mlm. Non-stop. Just stop 4 solat. Haa..power x? :)

Sampai je di rumah 10.30, saya mandi, solat dan terus turu (tido laaa…)

Raya Ketiga

Hari raya ketiga saya masih di rumah mertua. Hari ini juga sambung raya. Hehe…juga smpi mlm. Tapi kali ni ptg balik rumah dulu la sbb x la sbyk smlm rumah yg nak dipergi. Mak abah x follow, sbb menunggu dayo (tetamu) dtg ke rumah.

So, kami adik beradik ke rumah Pak Su di waktu malam. Mkn x ingat banyaknye..Walhal mlm ni juga kami akan buat bbq beramai².

Syok ke BBQ secara berjemaah? Memang syok. Syok gile. :)

Mlm diakhiri dgn tidur yg nyenyak…

p/s : Ini aje lah catatan raya saya. Raya ke 4 dan seterusnya sy dh di rumah Sg Buloh. (gambar raya x dek, akan diupdate kemudian, ehehe)

TrackBack URI | RSS feed for comments on this post


Leave a reply

 
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.