Rezeki Ada Di Mana-Mana..
18 Apr 2009
Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera, Insya-Allah..
Mmm, seriously, minggu ini adalah minggu suka + duka di dalam kehidupan saya. Minggu yang memang menjadikan saya seorang yang perlu berfikir dengan semasak-masaknya sebelum membuat sesuatu keputusan.
Ceritanya begini, pada 7hb April 09 yang lalu, saya telah dipanggil oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk menghadiri interview bagi jawatan Pegawai Zakat di Bangunan SSAAS, Shah Alam. Alhamdulillah, interview berjalan dengan lancar dan saya berasa yakin yang saya mampu untuk mendapat respon positif daripada LZS.
Di dalam masa yang sama, saya juga ada menghantar satu email kepada Yayasan Waqaf Malaysia untuk jawatan Pegawai Syari’ah. Namun, respon hanyalah biasa² shj dan saya juga disuruh untuk standby sekiranya dipanggil untuk interview.
Dan, pada 13hb April 09 yang lalu, saya mendapat satu panggilan telefon untuk menghadirkan diri ke interview di Pejabat Yayasan Waqaf Malaysia di Presint Diplomatik, Putrajaya. Interviewnya akan dijalankan pada 14hb April 09 (esok harinya). Ya Allah! Terkejut saya. Esok nk interview baru call hari ni? Mmm..takpe, saya berkate dalam hati :
“Mungkin rezeki kot, try je lah..”
Keesokan harinya, saya pun pergilah menghadiri interview tersebut di Putrajaya. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Tepat pukul 2.40 pm, saya mendapat call yang mengatakan saya telah diterima untuk jawatan Pegawai Zakat. Ini bermakna Lembaga Zakat Selangor telah menerima saya! Alhamdulillah..senang rasanya hati. LZS ingin saya melapor diri pada 15hb April (esok harinya).
Tetapi, dlm pukul 4 pm, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) juga call dan mengatakan yg saya telah diterima untuk bekerja dengan mereka dan mereka hendak saya melapor diri dengan segera. Ohh tidak!! Saya pening. Saya tak tau nak fikir camne time tuh. Kalau nk diikutkan gaji, memang YWM menawarkan lebih daripada yg saya jangkakan. Double daripada gaji saya sekarang. So, saya pening.
Saya call mak, tanye abah, tanye my fiancee dll. Setelah mendapat nasihat daripada family dan ustaz saya (my sifu), maka dengan berat hati saya terpaksa menolak tawaran Lembaga Zakat Selangor dan menerima jawatan Pegawai Syari’ah di Yayasan Waqaf Malaysia. Walaupun masih keliru di waktu itu, namun saya tetap berdoa agar pilihan saya tepat.
Dan esok harinya (15 April 09), saya pun ke Putrajaya untuk melapor diri. Kwn² di pejabat lama (LHDN, Shah Alam) juga terkejut dengan apa yg berlaku. Saya rase sangat sedih kerana terpaksa tinggalkan mereka dalam keadaan mengejut. Tapi itulah namanya rezeki. Rezeki hendak berkahwin, kot.
Alhamdulillah…pejabat dan kerja baru saya sgt² menepati citarasa saya. Memang ini yg saya mahukan. Mungkin penat sket utk ulang-alik Sg Buloh-Putrajaya, tapi x pelah. Demi sesuap nasik, ku teruskan jua langkahku ini.
Alhamdulillah, Thanks Allah!!!!
Itulah cerita dilema saya sebenarnya..Hehe..Tapi dah setel dah Alhamdulillah..
Mak saya cakap :
“Tu lah kuasa Allah, kalau Dia nak bagi rezeki, sekali dua dia bagi kat kau. Tapi kalau dia nak tarik, anytime die boleh tarik. So, sentiasa bersyukurlah..”
p/s : Siapa tau short-cut nak ke Putrajaya dari Sg Buloh? Toloonnnn!!
7 Responses
Kreuger
2009 Apr 18 1jadi apakah keputusannye?
yang mane satu dipilih?
*woho… tinggal sebulan lebey je ek?
dah tak lame dah menuju hari bahagia.
kekeke… semoga bahagia berkekalan
hendaknya.. amin..
*control skit ego lelaki tuh kalau
dah kawin.. ngiahahaha~
Lee
2009 Apr 18 2mak ai, terkejut den. aku bru je post entri ni. haha.
aku amek yg yayasan waqaf malaysia man, pegawai syari’ah.
ha’ahla lagi sebulan lebey je ni. huhuhu..
insya-allah, amin…
kalau dah kawen, of course aku jadi suami mithali. haha!!
loq
2009 Apr 19 3semoga bro membuat keputusan yang tepat yah
Lee
2009 Apr 19 4insya-allah, diharapkan keputusan yang baik telah dibuat.
thanks ek bro loq.
AlamNasyrah
2009 Apr 20 5Salam Alaik
tahniah di atas kerjaya baru..
Kenapa tak cari tmpt tinggal yg lebih dekat dgn putrajaya? Sg.Buloh tu mmg terlalu jauh, kalau nak mudah ikut highway sekalipun…tol plak nak kena fikir. Yayasan Waqaf tu gomen kan? mintak la kuarters ke. ataupun menyewa area yg berdekatan.
insyaALLAH ada alternatif lain..
amad
2009 Apr 24 6Lama tak jenguk blog ni. Tahniah laa lee sbb dpt keje baru. melimpah ruah tawaran kerja. mudah2 an pilihan ko ni yg terbaiklah dalam byk2 keje yg dioffer tu.
Jauh jugak nk commute everyday sg buluh-putrajaya tu. Dgr org kata nk short cut ke putrajaya tu boleh naik ferry. kurang sikit jam. tunggu ferry depan giant sg buluh stgh jam skali. eh sg buluh ada giant ke?LOL.
Lee
2009 May 01 7alamnasyrah : mm..tula pasal. saya akan cari tmpt tinggal yg lebih dekat, tpi lepas kahwin..hehe..
amad : amboi man!! bile plak ade giant kat sg buloh? pastu ferry plak skali siap bagai? Hahaha!! Banyak la ko!! anyway thanks ek.
Leave a reply
My Biggest Day
Halaman Utama
Hari Berganti Hari
Dapatkan Sekarang!!!
Kalendar
Create your badge
Kategori
Favourite
Kawan-Kawan
Member IM
Arkib Artikel
Post Terkini
Komen Terkini
Tags
WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.
Yang Datang Ziarah
Recent Posts
Links
Meta
© 2010 Fazdli.Com
Best viewed with Internet Explorer 7.0, Firefox 1.5 and Flash Player 8 and above. Designed by Diamond Rings | Supported by Make Money and Travel Links