Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Hari ni saya rasa amat² mengantuk dan letih sekali. Yelah, mlm td dok layan bola sampai pagi (Padan muke). Pastuh, saya hanya tidur 1 jam setengah sahaja dan kemudian bangun untuk menyelesaikan satu perkara penting.
Perkara penting tersebut adalah..Hehe..Sebenarnya biasa je, takdelah penting sangat. Cuma bagi graduan seperti saya, pencarian kerja adalah satu kemestian. Bukan apa, untuk memanfaatkan ijazah yang diperolehi dan mencari sesuap rezeki.
Pagi tadi lebih kurang dalam 9.30 am maka saya pun bergerak ke sebuah Sekolah berdekatan dengan rumah saya, di mana saya perlu menghadiri satu temuduga ‘kecil-kecilan’ untuk menjadi tenaga pengajar di situ. Keputusannya?
Alhamdulillah. Petang tadi saya mendapat panggilan telefon dan diminta hadir ke sekolah tersebut esok, untuk menghadiri mesyuarat bersama guru-guru yang lain. Sekali lagi, ALHAMDULILLAH…
Mulai esok, masa saya tidak akan terbuang lagi…
Persoalannya sekarang, mampukah saya menjadi guru atau tenaga pengajar yang baik? Susah jugak nak jawab tu. Moga Allah mempermudahkan segalanya. Amin..
Macam biasa, renungkan Firman Allah S.W.T di dalam Surah Luqman, ayat 12 :

Maksudnya :
Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: “Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”
Pengajaran : Di dalam ayat ini, Luqman Al-Hakim menasihatkan anaknya untuk sentiasa bersyukur kepada Allah S.W.T, kerana hikmah bersyukur itu terlalu banyak. Diantaranya kita akan sentiasa sedar bahawa segala nikmat yang diberi adalah milikNya dan boleh ditarik pada bila-bila masa.
Sekali lagi Alhamdulillah!
p/s : Kena kerja-keras untuk kumpul duit!! Sebab ehem ehem dah tak lama lagi…