Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Hari ini 31hb Disember 2008, merupakan the last day dalam sejarah 2008. Ini jelah harinya. Takde hari lain dah. Hehe
Bersempena the last day of this year, saya juga ingin me’review’ serba-sedikit apa yang telah berlaku di dalam kehidupan saya sepanjang 2008 ini.
1- Family :
Angahku telah melahirkan seorang bayi comel bernama Nur Alya Qistina (nama ni aku yg bagi) pada Mac yang lalu. Alya merupakan cucu pertama bagi mak dan ayah saya. Hehe..Seronok betul saya tengok diorang dapat cucu. Sekarang Alya dah pun boleh merangkak dan ber’tatih’. Along dan Angah saya telah pun tinggal bersama suami tercinta masing² di kediaman sendiri. So, tinggallah mak, abah, ngan saya je kat rumah. Yang lain (adik²) semuanya balik hostel.
2- Online Biz :
Tahun yg agak gemilang bagi saya kerana mampu mengumpul beberapa ‘K’ hasil usaha yang keras. Tapi sekarang duit dah habis so kenalah kumpul balik. Saya juga berjaya membina satu laman web jualan untuk produk MRR di www.formulaorangbiasa.com.
3- Syarikat sendiri :
Saya juga telah berjaya menubuhkan syarikat sendiri atas nama MFR Solutions pada Ogos yang lalu. So, dari sudut undang² aku berniaga ni sah lah..hehe..dan of course sah di sisi syara’ serta jauh dari syubhah. Insya-Allah..
4- Study :
Alhamdulillah, tahun ini saya berjaya menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Fiqh dengan CGPA yang agak boleh tahan laa…Dapatlah satu bintang..Huhu..
5- Blog dan Ilmu Internet:
Saya telah berjaya membina satu blog berdomainkan nama saya sendiri (www.fazdli.com), dan juga telah berjaya mempelajari beberapa asas ilmu internet seperti kod php, html, MySQL, membina autoresponder dan affiliate dll.
6- Kawan Baru :
Berjaya mengenali kawan² baru yg saya kenali melalui blog, dan saya juga berjaya mengenali otai² online biz seperti Zul SmartUsaha, Mazlie, Luvlee, Bro Dlie, AmmarZahar dll.
7- Love :
Alhamdulillah, saya juga kini mempunyai tunang tersayang dan Insya-Allah tahun depan akan berlangsunglah ehem ehem kami..Tunggu!!
Kesimpulan : Tahun 2008 adalah tahun yang menggembirakan saya!! Semoga 2009 yang akan datang lebih baik daripada sebelumnya.
Azam Baru : Macam biasa. Sentiasa memperbaiki diri. Moga diri ini lebih baik daripada semalam dan akan terus baik dan lebih baik dan baik bla bla bla..
Wallahua’lam.
p/s : Saya mempunyai dua orang kawan yang merupakan adik-beradik. Kakaknya lahir bulan 1, adik dia pula lahir bulan 12 pada tahun yang sama. Ha, camno tuh? Rezeki Allah..
2 Responses to “Selamat Tinggal 2008!!”
Wa…tahniah bro….semoga berjaya di taun2 mendatang. Jom mai blog aku…
okeh no problem..insya-allah aku akan jengok blog ko tade hal pnye small matter lah!!