super viagra
12
Jul
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa, Insya-Allah..

World Cup dah habis! Ya, semalam berakhirlah World Cup 2010 yang berlangsung dengan jayanya di Afrika Selatan. Bagi saya, World Cup kali ini agak terbaik dan lancar perjalanannya. Pada World Cup kali ini juga telah berlaku beberapa perkara menarik yang mencuri tumpuan. Antaranya adalah:

a) Gol Tevez adalah offside ketika menentang Mexico.

b) Jaringan Lampard sepatutnya dikira ketika menentang Germany. Maybe England bleh menang kalau 2-2 time tu. Hehe..

c) Luis Suarez menggunakan tangannya untuk membawa Uruguay ke Semi Final.

d) Argentina dan England dibelasah Germany.

e) France mengalami krisis teruk dan terkeluar awal. Begitu juga dengan Italy.

f) Thomas Muller bermain dengan baik sekali. Begitu juga dengan Mesut Ozil.

g) Paul si sotong meramal tepat beberapa game termasuk perlawanan akhir (hampeh punye sotong).

h) Maradona berjanji untuk berlari bogel jika Argentina menang World Cup. Naseb ko kalah. Haha!!

i) Spain adalah pasukan Eropah pertama memenangi World Cup di luar Eropah.

j) Vuvuzela harganya lebih kurang RM 70-80 satu bijik. Kaya la orang yang jual bende alah ni.

k) Diego Forlan sangat hebat mengetuai Uruguay hingga ke Semi Final.

l) Spain memenangi World Cup buat kali pertama dalam tempoh 80 tahun.

m) Sila tambah sendiri (banyak lagi ni…)

Pada perlawanan akhir semalam, Spain telah menewaskan Holland 1-0 hasil jaringan Iniesta. Uruguay pula berpuas hati dengan tempat ke-4 setelah tewas 2-3 kepada Germany. Okaylah tu Uruguay..u all main power tuh..

So, habis sudah World Cup. Kita tunggu EPL pulak. Yearghh!!!!

09
Jul
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa, Insya-Allah..

Ada yang sedar, mungkin ada yang terlupa, atau hampir terlupa, bahawa kita sebenarnya berada di penghujung Rejab 1431H. Selepas ini akan tibanya Sya’aban dan kemudiannya Ramadan Kareem. Fuhh, masa sangat pantas berlalu walhamdulillah..saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah S.W.T ini di samping mak abah, isteri dan keluarga tercinta. Bila sebut tentang Rejab, ada satu peristiwa yang berkaitan dengan Sirah Nabawiyah yang turut direkodkan di dalam Kalamullah Al-Quran, iaitu Isra’ Mikraj.  Dikatakan Isra’ Mikraj berlaku pada 27 Rejab, namun tidak pula dapat saya sahihkannya kerana masih kekurangan ilmu mengenai perkara ini. Tambahan pula terdapat juga beberapa pendapat lain mengenai waktu dan tarikh mengenai peristiwa tersebut.

ANTARA KEPERCAYAAN DAN LOGIK AKAL

Bayangkan, peristiwa Nabi Muhammad diisra’kan telah sampai ke telinga Jahiliyyah pada waktu itu. Tidak logik, pendustaan, penipuan dan gila merupakan jawapan kaum Jahiliyyah yang mendengar berita ini, diketuai oleh Abu Jahal dan koncon-konconya. Di satu pihak yang lain, iaitu mereka yang benar-benar beriman, peristiwa ini merupakan satu perkara ala-ala mistik dan matrix yang mungkin sukar untuk diterima logik akal, namun mampu diterima menerusi keimanan yang kuat seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a yang berdiri teguh di belakang Rasulullah S.A.W.

PERISTIWA ISRA’ MIKRAJ

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah;
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;dan
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.S. dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada disisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj (Naik Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, RasulNya:

Allah S.W.T :       Ya Muhammad.
Rasulullah :       Labbaika.

Allah S.W.T :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber: Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

Bermaksud: Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

(Surah Al-Israa’, ayat 1)

PENUTUP

Mudah-mudahan peristiwa ini mampu menjadi iktibar kepada kita di dalam kehidupan mendatang, bagi menjamin keselesaan kita semua di dunia dan akhirat. Allah S.W.T telah menunjukkan dan membuktikan kekuasaanNya, Dia Pemilik seluruh alam. Dan Rasulullah S.A.W pula telah menunjukkan kecintaannya kepada kita semua, ummatnya. Namun, cinta kita kepadanya bagaimana?

Berikan kami hidayahMu, Ya Allah..Amin..

08
Jul
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa, Insya-Allah..

Tanpa membuang masa, jom kita review game Semi Final WC yang berlangsung baru-baru ini.

1) Spain VS Germany


Tekaan saya kurang tepat. Hehe..Ku jangkakan Spain tewas di tangan Germany, tapi Germany yang tewas di tangan Spain. Gol hasil tandukan cantik Puyol sudah cukup untuk Spain menempah tempat di perlawanan akhir. Kalau nak diikutkan, Spain mmg conquer game lah. Germany seolah2 layu, walaupun sekali-sekala tetap membuat serangan balas yang bahaya. Pujian patut diberikan kepada penjaga gol Germany, Manuel Neuer yang beraksi dengan sangat cemerlang. Bagi pasukan Spain, saya amat berminat dengan gaya permainan Andres Iniesta, memang dah lama saya tengok game yang Iniesta ni main, most of the game adalah time dia play dengan Barcelona. Gandingan dengan Xavi tersangatlah mantap. Kalaulah Man United beli dia kan best..Hehe..Anyway, Congrats Spain!!

2) Holland VS Uruguay


Game yang best! Walaupun Uruguay dikatakan underdog punye team, namun persembahan mereka sangatlah mantap. Walaupun kalah 3-2 kepada Holland, semangat juang mereka patut diberi pujian. Gol pertama hasil sepakan kencang Van Bronckhorst yang menuju ke penjuru gol. Sangat superb! Namun, Uruguay membalas dengan gol Forlan yang juga agak cantik. Forlan ni memang terbaik lah!! Menyesal Fergie jual die, hehe..Second half pula, permainan semakin rancak dan akhirnya Sneijder dan Robben sekali lagi menjadi pemusnah, sebelum Uruguay membalas gol kedua mereka di saat-saat akhir permainan.

So, amacam? Menarik kan? Hehe..Spain VS Holland di Final WC. Siapa juara? Saya rasa Spain. Anda? Ok, tata!! :)

07
Jul
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa, Insya-Allah…

Sifat yang terpuji itu sangat banyak, seperti yang telah diajarkan melalui Al-Qur’an Kalamullah mahupun Sunnah Nabawiyyah. Di antara satu sifat mulia lagi terpuji adalah sifat SABAR. Sifat sabar ini merupakan di antara sifat-sifat yang terkandung di dalamnya seribu hikmah tersembunyi. Namun, sejauh manakah pengetahuan kita semua mengenai sifat sabar ini? Bagaimana sabar ini boleh berlaku? Adakah sabar ini nama orang? Ya, ada orang bernama Sabar, Sabariah, Sabaruddin, Sabar bin Parman, Maya Idura Bt Sabar (opismate aku) ataupun Sabaruddin Chik. Tetapi ianya lebih hebat dari sebuah nama. Jom sama-sama kita kaji.

PENGERTIAN SABAR

Sabar bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai, atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah. Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan jenis.

1) Sabar mentaati agama (Perintah Allah S.W.T dan ajaran Junjungan Muhammad S.A.W)

Sabar di dalam mentaati agama adalah perkara yang amat dituntut. Sememangnya hanya orang yang bersabar sahaja mampu melaksanakan segala yang dituntut agama dengan sebaik mungkin.

Sebagai contoh:

a) Kamarul suka berjudi kerana berjudi itu best bagi dirinya. Namun, disebabkan beliau bersabar dan menahan dirinya daripada berjudi, maka beliau tidak jadi berjudi kerana takutkan dosa Allah.

b) Seorang awek cun telah mengajak Azmi untuk berzina dengannya. Namun, disebabkan Azmi tahu dosa zina itu adalah dosa besar, maka Azmi bersabar dan tidak menerima pelawaan zina itu tadi, disebabkan rasa takutnya kepada Allah S.W.T (bagus budak Azmi ni).

c) Hafizuddin ingin mengajak kawannya bersolat, tapi kawannya itu sangat degil. Maka, Hafizuddin mengambil langkah step by step dan menggunakan da’wah bil hikmah serta bersabar di dalam mengajak kawannya yang degil itu untuk bersolat.

2) Sabar apabila menerima khabar gembira dan ditimpa musibah (suka dan duka)

Apabila kita mendapat berita gembira, maka hendaklah kita bersabar menerimanya. Tidak terlalu gopoh, gembira melampau mahupun bersifat angkuh dengan nikmat kegembiraan yang kita terima. Begitu juga sekiranya kita ditimpa musibah ataupun dugaan. Kita perlu sentiasa bersabar dan yakin bahawa setiap ujian Allah itu ada hikmahnya yang tersendiri.

Sebagai contoh:

a) Dompet kita dicuri. Maka hendaklah kita bersabar dan tidak menuduh orang dengan sesuka hati yang akhirnya bakal mengakibatkan perkelahian. Manalah tau, dompet kita tercicir bawah katil ataupun di dalam kereta.

b) Kita disantau atau disihir. Maka janganlah kita pergi berjumpa bomoh sakai atau bomoh-bomoh yang tidak diketahui method pengubatannya. Bukan apa, takut kita bersubahat di dalam mensyirikkan Allah. Adalah lebih baik kita berjumpa dengan ustaz-ustaz dan pengamal perubatan Islam seperti Darus Syifa’ dan sebagainya.

ANJURAN ALLAH MENGENAI SABAR

Telah banyak Allah S.W.T sebut di dalam Al-Qur’an mengenai sifat sabar. Antaranya:

Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

(Surah Al-Baqarah, ayat 153)

Bermaksud: kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal soleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar.

(Surah Huud, ayat 11)

Bermaksud: Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.

(Surah Al-Ahzab, ayat 35)

TINDAKAN KITA

Susah sebenarnya nak jadi orang yang sabar ni, kan? Tak mengapa..sama-sama kita cuba sedaya mungkin untuk menjadi orang yang sabar. Sabar dalam menghadapi dugaan, sabar ketika melaksanakan ibadah dan sabar di dalam meninggalkan larangan Allah. Namun, perlukah kita sabar apabila melihat kemaksiatan dan kezaliman? Tidak sekali. Itu bukan kesabaran. Itu dayus. Renung-renungkan dan selamat beramal. Wallahua’lam.

p/s: Saya seorang yang agak panas baran (dulu). Sabar itu Indah!! :)