Ahlan Ya Ramadan: Sudahkah kita bersedia?
Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Diharapkan kita semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa, Insya-Allah..
Ramadan datang lagi!! Esok, seluruh umat Islam di dunia akan mula berpuasa. Rasanya baru je Ramadan tahun lepas berlalu, dah datang lagi Ramadan tahun 1430H ni. Cepat betul masa berlalu. Alhamdulillah, kita semua masih diberi peluang untuk bernafas dan merasai Ramadan kali ini. Semoga kita akan sentiasa sabar dan gembira di dalam mengharungi ujian berpuasa selama sebulan yang akan datang, Insya-Allah..
Saya sediakan sedikit fakta bulan Ramadan untuk rujukan bersama.
Kewajiban berpuasa dalam Al Qur’an
Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa” [Al Baqarah:183]
Keutamaan berpuasa
Beberapa Hadith Rasulullah S.A.W
“Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya” [Riwayat Bukhari dan Muslim]
“Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun” [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Keutamaan bulan Ramadan
“Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu”. (Hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1793)
Wajib berpuasa Ramadan jika melihat hilal awal Ramadan dan berhenti puasa jika melihat hilal awal Syawal. Jika tertutup awan, maka hitunglah 30 hari.
”Hadis riwayat Ibnu Umar r.a.: Dari Nabi s.a.w bahwa beliau menyebut-nyebut tentang bulan Ramadan sambil mengangkat kedua tangannya dan bersabda: Janganlah engkau memulai puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Ramadan dan janganlah berhenti puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Syawal. Apabila tertutup awan, maka hitunglah” (30 hari) ( Sahih Muslim: 1795)
Larangan berpuasa satu atau dua hari sebelum bulan
”Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah engkau berpuasa satu atau dua hari sebelum Ramadan, kecuali bagi seorang yang biasa berpuasa, maka baginya silakan berpuasa” (Sahih Muslim: 1812)
Dilarang puasa pada hari raya
“Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak boleh berpuasa pada dua hari tertentu, iaitu Hari Raya Korban (Aidiladha) dan hari berbuka dari bulan Ramadan (Aidilfitri)” [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Bersahur (makan sebelum Subuh) itu sunnah Nabi
“Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana dalam bersahur itu ada keberkatannya” [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Berbuka di waktu maghrib
“Diriwayatkan daripada Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Apabila datang malam, berlalulah siang dan tenggelamlah matahari. Orang yang berpuasa pun bolehlah berbuka” [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Larangan berkata kotor, mencaci, atau berkelahi
“Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah berbicara tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa” [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Larangan bersetubuh pada saat berpuasa
“Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Celakalah aku wahai Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang telah membuatmu celaka?
Lelaki itu menjawab: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada siang hari di bulan Ramadan.
Rasulullah s.a.w bertanya: Mampukah kamu memerdekakan seorang hamba?
Lelaki itu menjawab: Tidak.
Rasulullah s.a.w bertanya: Mampukah kamu berpuasa selama dua bulan berturut-turut?
Lelaki itu menjawab: Tidak.
Rasulullah s.a.w bertanya lagi: Mampukah kamu memberi makan kepada enam puluh orang fakir miskin?
Lelaki itu menjawab: Tidak. Kemudian duduk. Rasulullah s.a.w kemudiannya memberikan kepadanya suatu bekas yang berisi kurma lalu bersabda: Sedekahkanlah ini.
Lelaki tadi berkata: Tentunya kepada orang yang paling miskin di antara kami. Tiada lagi di kalangan kami di Madinah ini yang lebih memerlukan dari keluarga kami.
Mendengar ucapan lelaki itu Rasulullah s.a.w tersenyum sehingga kelihatan sebahagian giginya. Kemudian baginda bersabda: Pulanglah dan berilah kepada keluargamu sendiri” [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Bangun dari junub tidak membatalkan puasa
“Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah r.a, kedua-duanya berkata: Nabi s.a.w bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa” [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Catatan:
Hadith tersebut sebahagian besar berasal dari Al Bayan, dan masih banyak perawinya selain Bukhari dan Muslim seperti Tirmizi, An Nasai, Abu Daud, Ibnu Majah, dan lain-lain.
Saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat. Semoga ibadah puasa kita akan lebih sempurna kali ini dan semoga Allah S.W.T mempermudahkan segala urusan harian kita. Amin..
p/s : Kali pertama berpuasa bersama isteri. Seronoknya…
(credit to http://syiarislam.wordpress.com)
Anda mungkin meminati:
- 2 Kisah 1 Cerita
- KeredhaanMu
- Bersyukurlah..
- Renungan : Cintai Dia
- Umur 13 Tahun Tapi Dah Ada Anak?!
- Pantun Nasihat
- Subhanallah..
- Kemiskinan Bukan Penghalang
Tiada komen lagi. Anda yang pertama. Dipersilakan komen.

