Bencana Menimpa Bumi..
06 Oct 2009
Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Baru-baru ini, kita dikejutkan dgn beberapa peristiwa besar dan gempar yang mengejutkan manusia di dunia, khususnya manusia² di seantero nusantara ni (ASEAN). Peristiwa gempa bumi di Padang, taufan ketsana di Filipina dan Vietnam, tsunami di American Samoa dan mungkin banyak lagi yang tidak kita ketahui.
Jumlah kematian? Tidak dapat dikira dengan jari mahupun kalkulator banyaknya. Malah di Padang, Sumatera sendiri rasanya pihak berkuasa Indonesia telah menghentikan operasi mencari. Yang diteruskan mungkin operasi pemindahan mangsa sahaja. Malah di surat khabar tempatan juga ada yang meluahkan rasa takut mereka spt ‘mati hidup semula, ‘bagai dalam kubur’ dan sebagainya.
Kejadian dan peristiwa seperti ini sebenarnya satu peringatan dari Allah S.W.T, di samping tidak menolak keajaiban sains dan faktor alam semulajadi yang sememangnya akan memungkinkan peristiwa² seperti ini berlaku. Namun, dari satu sudut pandangan yang lain, ianya lebih kerana tanzir atau tazkirah atau reminder dari Allah yang mahukan hambaNya lebih untuk bersyukur, ataupun lebih mentaatiNya dari segala sudut dan aspek.
Kita di Malaysia Alhamdulillah terselamat. Ada juga yg gempar bila bangunan di sekitar negeri² spt Perak, KL, Johor, Melaka dll yang bergegar akibat kesan daripada gempa bumi di Padang, Sumatera. Namun, adakah kita akan sentiasa terselamat walaupun negara kita betul² berada di garisan khatulistiwa? Wallahu a’lam.
Jom kita renungi beberapa gambar yang berkaitan dengan bencana alam yang berlaku baru-baru ini :




Dan, sama-sama kita renungi hadith di bawah :
Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak” (Hadis riwayat Thabrani)
Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi” (Hadis Riwayat Bukhari)
Rasulullah SAW bersabda:
“Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi” (Hadis riwayat Ahmad)
p/s : Kiamat Sudah Dekat. Adakah kita bersedia?





Leave a reply