Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Sekali lagi, terjadinya kes yg sgt menyayat hati. Rasanya saya dah pernah buat entri yg same mcm yg ni. So, sy malas nk tulis. Just ‘copy n paste’ from Utusan Malaysia.
Silalah sama-sama kita baca dan renungkan.
Mayat bayi lelaki dan janin ditemui dalam tong sampah
Oleh : WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
hayati.alias@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 15 Mac – Kejam dan menyayat hati. Dua mayat bayi dibungkus dengan kertas surat khabar dan dipercayai dicampak ke dalam tong sampah di Blok 13, Flat AU3/1, Taman Keramat dekat sini hari ini.
Kejadian itu disedari oleh seorang penduduk yang ternampak bungkusan pelik ketika hendak membuang sampah kira-kira pukul 8.30 pagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan Amiruddin Jamaluddin berkata, lelaki itu yang memeriksa bungkusan tersebut menemui mayat seorang bayi lelaki.
“Polis yang datang ke tempat kejadian telah menjalankan pemeriksaan ke atas bungkusan itu dan menemui mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan dengan tali pusat masih di perutnya.
“Bagaimanapun apa yang mengejutkan, hasil pemeriksaan lanjut polis menemui satu janin dalam bungkusan itu tetapi tidak diketahui jantina,” katanya dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Katanya, bayi dan janin itu dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat.
Tambah Amiruddin, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian bayi baru dilahirkan.
Ulasan saya :
Tak reti nak ulas..tak habis² lagi ke..Na’uzubillah..
p/s : Kalau tak nak anak, jangan buat anak okay!!
9 Responses to “Lagi Kes Buang Membuang”
Na’uzbillah…
Haihhh~ tak tau nak kata apa gak. Berdoa agar keluarga kita, keturunan kita agar dijauhi perkara² mcm ni…Ameen!
oh yer, already add u in my list. Syukran…
Amin..semoga kite terpelihara drpd maksiat..Amin..
thanks for add..
tu la psl..buat anak reti..bab menjaga fail…sengal!!
tu la pasal gak..
na’uzubillah..
sayangilah anak anda..
ntah.. apa nk jd ngan manusia skng… dah tau buat anak.. jgn la dibuang plak.. budus..
kecik² x nk mampus.. dh besar menyusahkan bayi tu plak..
yg sian bayitu lah..
x tau pape..
kuar² perot jek nk tgk dunia..
tibe².. eh, eh aku kat mane ni..
tau² dah mati kene buang..
ish²..na’uzubillah..sama2 kite amik iktibar..
Sebab itu Islam mengalakan perkahwinan untuk mengelak benda2 begini. Ramai org sekarang nak berseronok tanpa ada tanggung jawab.Bintang pun ada rasa tanggung jawab ini manusia kalau dah mcm tu dia ngan binatang siapa yang lebih mulia.
Ya, krn itulah ISLAM = way of life!!