super viagra
29
Dec
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Petang tadi saya sempat menyaksikan liputan secara langsung RTM TV1 (ke TV2 saya pun tak ingat) mengenai Pemakaman Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Baginda mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) kira-kira pukul 11.45 pagi, 27 Disember 2008 yang lalu, ketika baginda berusia 86 tahun.

Tiada apa-apa yang menarik (yelah orang meninggal nak menarik apanya) mengenai pemakaman tersebut, kerana saya pernah juga menyaksikan pemakaman Almarhum Sultan Selangor yang lepas iaitu Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj pada Novemeber 2001 (kalau tak silap).

Cuma apabila saya melihat pemakaman tersebut yang disertai dengan bacaan talkin dan sebagainya, secara automatik saya teringat dan agak terkesan dengan beberapa ayat dan kata-kata di dalam bacaan talkin tersebut yang sememangnya bakal membuatkan hati kita bergetar jika kita memikirkannya.

Apa yang saya maksudkan adalah Soalan Bocor yang telahpun kita ketahui terlebih dahulu walaupun kita masih hidup!! Saya pasti mesti anda tahu kan? Antara bacaan talkin dan soalan² tersebut adalah seperti berikut :

Ketahuilah wahai Nama Anda Bin Ibu Anda, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Ta’ala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Ta’ala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata :

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Bukan setakat soalan² tu je, malah skema jawapan pun kita tahu juga. Betul kan? Berikut adalah di antara ayat² talkin sambungan daripada ayat² di atas :

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah takut dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Ta’ala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah”.

Ha..Begitulah lebih kurang soalan dan jawapan yang bakal ditanyakan kepada kita time kita di dalam kubur nanti. Apa macam? Apa feel?

Macam biasa, jom kita renungkan Firman Allah S.W.T di dalam Surah ‘Ali Imran, ayat 185 :

aliimran

Maksudnya :

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

Dan satu lagi Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Munafiquun, ayat 11 :

munafiquun

Maksudnya :

Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.

Pengajaran : Setiap manusia akan merasai mati, tidak kiralah sama ada kita seorang ahli bina badan, atlit, ustaz, ulama’, ahli politik, pekebun, eksekutif, otai, gangster mahupun penjual cendol. Semuanya akan merasainya…merasai apaaaa?? Merasai MATI..Bilakah waktu kematian kita? Wallahu A’lam..

Kesimpulan : Dah masuk Tahun Baru Hijrah dan nak masuk Tahun Baru 2009 ni, sama-samalah kita try test cuba untuk memperbaiki diri. Moga hari yang mendatang akan lebih baik dan bermakna, Insya-Allah..

p/s : Saya tulis posting ni bukan bermakna saya ni alim ye, hanya sekadar tazkirah dan peringatan untuk semua termasuk diri saya.. :)