super viagra
18
Jan
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Tajuk entri kali ini adalah seperti di atas. Ya!! Satu Lagi Ke?! Ini kerana my favourite football team, Man United hanya mampu mencatat kemenangan 1-0 sahaja ke atas pasukan Bolton.

picsrvmanutdcom

Kali ini, Man United bermain di tempat lawan dengan harapan mampu merampas takhta liga buat kali pertama sejak liga BPL dimulakan. Cita-cita Man Utd tercapai apabila berjaya menewaskan Bolton dengan 1-0 di mana gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Dimitar Berbatov, diassist oleh Tevez. Ya, sangat cantik gol itu. ;)

Tetapi yang masih peliknya, 1-0 lagi!! Asyik satu je ni? Tapi tak mengapelah yang penting menang ye tak? Apapun, takhta liga mungkin akan jatuh ke tangan Liverpool semula. Itupun kalau Liverpool menang dengan Everton la..Hehe..

p/s : Rooney injured, Evra ngan Rio pun injured. Tapi Man United tetap POWER!! :)

12
Jan
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah demam saya semakin surut. Cuma anggota badan seperti tangan, lutut dan bahagian kaki masih terasa sengal dan sakit². So, dengan berat hati terpaksalah MC buat kali ketiga untuk hari ini (Isnin).

Mm, sebenarnya saya nak bercerita mengenai kisah ‘hot’ dalam dunia bola sepak England ataupun EPL, iaitu kisah kemenangan besar Man United ke atas Chelsea dengan 3-0. Yeargh!!

mu

Gol-gol MU dijaringkan oleh Vidic, Rooney dan Berbatov.

MU seolah-olah tidak diuji kerana boleh dikatakan tiada langsung cubaan berbahaya oleh striker Chelsea si Drogba mahupun Anelka. Malahan Van Der Sar punya jersi hanya kotor sedikit sahaja di bahagian belakang. Haha!! (Jangan marah aaa penyokong² Chelsea) ;)

Apapun, pujian yang sangat tinggi saya ucapkan kepada semua pemain MU yang berjaya menghiburkan saya yang tengah sakit ni. Bravo!!!

p/s : Tahniah jugak buat team Selangor Red Giant kerana berjaya membelasah Negeri Sembilan 3-0. Yuhuuu!!