super viagra
28
Apr
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda semua? Semoga anda berada di dalam keadaan sihat wal’afiat hendaknya, Amin.. :)

Rasanya dah terlalu lama saya tidak meng’update’ blog saya ni. Dah seminggu lebih dah rasenye. Mmm..bukan kerana saya sudah tidak mahu lagi meng’update’ blog, tetapi disebabkan ke’busy’an saya yg bekerja, so agak terhad lah waktu untuk meng’update’ blog ini.

Alhamdulillah, saya sekarang sangat seronok dengan kerja baru saya. Memang ini yg saya nanti-nantikan. Alhamdulillah, rezeki Allah ada di mana². Baru je seminggu saya bekerja, tetapi saya dapat rasakan keserasian yg ada di antara saya dgn kerja baru saya, tambahan pula rakan² sepejabat yang sangat sempoi.. :)

Pada Jumaat lepas (24/4/2009), saya telah mengikuti satu program di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. Program ini merupakan taklimat mengenai Skim Wakaf Tunai yang merupakan instrumen baru untuk berwakaf. Tak tahu apa itu wakaf tunai? I.Allah entri akan datang saya akan bercerita mengenai Wakaf Tunai ini. :)

Dan petang itu pula selepas Solat Jumaat, saya dan rakan² sekerja yang lain bertolak ke Mayang Sari Resort, Port Dickson untuk menghadiri Seminar Pembangunan Hartanah Wakaf bersama² pegawai² wakaf yang lain daripada wakil setiap Majlis Agama Islam Negeri.

Program ini baru je berakhir semalam petang (Isnin). Gambar² program akan saya update pada entri yang akan datang, Insya-Allah.

Dan, hari ini saya terpakse amik cuti kerana kepenatan (penat tu..)

p/s : Nak rehat secukup mungkin..

01
Feb
No Gravatar

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Hari ni saya agak penat. Kenapa?

1) Pegi KL cari barang

2) Main bowling dkt Flamingo

3) Tak cukup tidur mlm semalam tgk Man United lwn Everton (Man United menang la..1-0 : Ronaldo score – penalti )

Member yg lepak² dgn saya tadi kebanyakannya enjoy, sebabnye ape?

Sebab esok diorg cuti – Hari Wilayah.

Saya pulak bleh layan enjoy dengan diorg. Haha. Tapi x pe, best sbb dah lame x kumpul mcm ni. Kdg² lepak² jln² bersama member² ni memang menyeronokkan.

Cuma..

Esok saya kerja. Sbb saya kerja di Selangor. :)

Okay geng, nak beristirehat sambil menonton Chelsea dan Liverpool berentap. :)

p/s : Selamat bercuti kpd yg bekerja di Wilayah Persekutuan. :)