Feb
Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Saya yakin, ada di antara anda yg sedang membaca entri kali ini telahpun mempunyai blog. Mungkin ada juga di antara anda yg tidak ada blog tapi tahu mengenainya. Dan, mungkin juga ada yg tak pernah tau langsung apa itu blog.
Blog mengikut definisi saya (kalau salah mintak maap byk²) adalah sebuah laman web sbnrnya, yg diisi oleh pemiliknya dgn apa jua maklumat sama ada personal life, isu semasa, dan berbagai lagi.
Blog, menurut aplikasi kamus WordWeb , adalah sebagai berikut:
Noun: blog
- A shared on-line journal where people can post diary entries about their personal experiences and hobbies
Maka, blog selalunya dijadikan medan luahan, medan berkongsi maklumat malah boleh juga berfungsi sebagai mesin perniagaan.
Mengikut pengamatan saya, blog kini merupakan satu aktiviti yg semakin hari semakin berjaya menarik minat pengguna² internet, malah tidak dinafikan aktiviti berblog ini sangat² popular. Bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia!!
Termasuklah saya, hehe..
![]()
Kalau tak silap saya, terdapat berjuta-juta blog di seluruh dunia ni. Haa, banyak tuh!!
Untuk pengetahuan anda, keinginan saya berblog sebenarnya telah lama saya simpan, iaitu semenjak awal 2008. Namun disebabkan masa yg agak terhad dan kekurangan sumber untuk mendapatkan ilmu internet, jadi saya memilih untuk belajar sedikit demi sedikit. Akhirnya, kini saya berjaya memiliki blog sendiri. Blog Fazdli.Com ini baru sahaja dimulakan pada penghujung Disember 2008 yang lalu.
Soalan saya adalah, anda minat berblog?
Saya sarankan kepada anda, jika anda berminat, teruskanlah. Jadikan blog anda tempat meluah perasaan, memberikan sedikit ilmu malah mencari rakan². Tidak dinafikan saya kini mempunyai beberapa org rakan rapat yg saya kenal hanya melalui blog tanpa bersua-muka. Kan syok tu?
Apapun, saya sangat seronok kerana berjaya mempunyai blog sendiri (Tak dapat tulis buku, buat blog pon jadilah..)
Anda bila lagi?
p/s : Minggu ni bz sket la, walaubagaimanapun aktiviti meng’update’ blog tetap dijalankan dengan jayanya!! Hehehe..
Then, kira² 12.30 pm saya dn family pun bertolak balik ke rumah. Sampai je di rumah, ada satu lagi program, iaitu melawat sepupu saya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Kami bertolak dalam pukul 2 lebeh dan sampai lebih kurang dalam pukul 4. Sepupu saya ni disahkan mengidap denggi berdarah. Ha!! Bahaya tu. Ketika melawatnya di sana, memang bersusun² org yg kene denggi. Ish, Na’uzubillah. Alhamdulillah sepupu saya tu dah makin beransur pulih dan mungkin esok lusa boleh keluar kot. Amin..