super viagra
28
Jan
No Gravatar

Assalamua’laikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Kali ini entry saya mungkin agak ‘kasar’ sedikit berikutan ketidakpuasan hati saya terhadap satu pihak yang sgt² berani dan lantang untuk menggunakan alasan freedom of expression sebagai medan utk meluahkan apa yg mereka mahukan (dengan sewenang-wenangnya).

Apa bendanya ni? Okay. Wahai rakan² muslimku sekelian, memang tak habis² lagi sbnrnya kegiatan memutar-belitkan fakta mengenai ISLAM dengan tujuan utama untuk menghancurkan Islam dan memecah-belahkan umat Islam itu sendiri.

Anyway, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sdr. Azman Ishak yg mendedahkan perkara ini. Perkara tersebut adalah mengenai satu BLOG kurang ajar yang sebenarnya memang terang²an mencabar maruah umat Islam dengan fakta²nya yg memutar-belitkan Nas Al-Qur’an, Hadith dan sebagainya.

Malah blog ini juga dengan beraninya mempersoalkan hukum-hakam Islam, menghina Nabi Muhammad S.A.W dan BANYAK LAGI!! Apa tujuannya? :

1-Nak memesongkan akidah umat Islam
2-Nak memecah-belahkan umat Islam
3-Nak menghina Islam secara terang²an
4-Dan banyak lagi!!

Blog yg saya maksudkan adalah : http://adibahahmed.blogspot.com

Dulu memang ada satu – adibahahmad. Yang ni die kasi tukar sket jadik adibahahmed pulak.

Dengan kerjasama kalian semua, saya memohon untuk anda agar meng’FLAG‘ blog ini. Flag bermakna kita mengundi blog ini untuk ditamatkan riwayatnya atau dgn kata lain dihapuskan.

Mudah sahaja caranya :

1) Sila ke blog tersebut dan klik FLAG BLOG yang terdapat di penjuru kanan. (Rujuk rajah di bawah)

flag

2) Setelah link tersebut di-klik, anda akan dibawa ke paparan antara-muka pengaduan iaitu Blogger Help. Daripada sini, sila klik pada pilihan Hate or Violence. Seterusnya klik butang [Continue]. (Rujuk rajah di bawah)

flag2

3) Anda seterusnya akan di bawa ke laman penerangan mengenai ciri² hate and violence yg telahpun dipilh. Seterusnya lagi, klik [Continue]. (Rujuk rajah di bawah)

flag3

4) Selepas itu, klik sahaja SUBMIT. Kita serahkan kepada pihak Blogger.Com utk mengambil tindakan. (Rujuk rajah di bawah)

flag4

Semoga usaha kita ini diberkati Allah S.W.T, Insya-Allah.

Namun begitu, saya sebenarnya dapat merasakan bahawa perkara seperti ini akan terus berlaku. Kerana Allah S.W.T telah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 120 :

baqarah

Bermaksud : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

Jadi, apakah tindakan kita? Hanya berdiam diri?

p/s : Ya Allah berikan kemenangan kepada kami, dan hancurkan mereka² yg menabur fitnah dan cuba menghancurkan agamaMu ini Ya Allah!!