Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa, Insya-Allah..
Kali ini, Man United menghabiskan perlawanan pemanas badan mereka sebelum sesi baru EPL bermula. Man United menentang Airtricity League yang diwakili pemain-pemain yang beraksi di Liga Ireland. Keputusannya? Man United menang 7-1. Gol-gol djaringkan oleh Park Ji Sung (2), Owen, Chicarito, Valencia, Evans dan Nani. Man United bermain dengan baik sekali, dengan dibarisi semula oleh pemain-pemain senior yang menunjukkan aksi yang memberangsangkan. Ahad ini pula, Man United akan menentang Chelsea dalam perlawanan Community Shield.
Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa, Insya-Allah…
Man United mengalami kekalahan pertama mereka di dalam Tour 2010 kali ini. Man United tewas kepada Kansas City Wizards dengan 1-2. Alex Ferguson mengatakan bahawa Man United meletakkan pemain yang kurang berpengalaman di bahagian pertahanan. Logik ke? Mmm..tak mengapalah, Man United sila cuba lagi pada next friendly wokeh!!!
Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa, Insya-Allah…
Kepada peminat Man United di luar sana, mungkin ada yang tahu ataupun tidak tahu bahawa Man United sedang berada di USA bagi mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan team-team di sana. Kali ini, Man United menentang satu lagi team iaituPhiladelphia United. Perlawanan ini tidak ditayangkan di mana-mana siaran di Malaysia, jadi saya terpaksa berpandukan kepada keputusan semasa di LiveSore.com. Keputusannya, Man United menang laaa..tapi 1-0 sahaja. Gol dijaringkan oleh Gabriel Obertan (mamat ni dah makin power).
Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa, Insya-Allah..
* Update Terkini: Man United mengalahkan Celtic 3-1, hasil jaringan Berbatov, Welbeck and Tom Cleverly. Celtic mendapat gol tunggal melalui Samaras melalui sepakan penalti.
p/s: Saya nak balik ke kampung mertua di Banting. Tata!!
Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa, Insya-Allah…
Hari ini 15 Julai 2010, Man United telah memperkenalkan jersi baru Man United untuk dipakai pada season 2010/11 akan datang. Jom kita layan sahaja gambar jersi di bawah.
Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera, Amin…
Tak dapat dinafikan lagi, telah lamanya blog saya ini tidak diupdate. Adakah saya semakin malas untuk update blog ini? Tidak…saya tidak malas. Hehe..Maklumlah kehidupan yang agak sibuk membataskan diri untuk menulis di blog, tapi saya tetap tgk blog kwn² yg lain smabil berkata dalam hati :
Bila blog aku nak berupdate?
Apapun, saya telah berikrar untuk cuba update blog saya ni sekerap yang mungkin (wlupun tau hny berapa kerat je yg baca..haha!!).
Mungkin ada yg tau, mungkin ada yg baru nak tau n mungkin ada yg memang x nk amik tau pon pasal bende ni. Tak kisahlah, yg penting mlm ni Malaysia akan menentang Man United buat kali kedua – dalam tempoh seminggu!! Sabtu lepas, Malaysia dah lawan United dan berkesudahan 2-3. Saya adalah di antara beratus ribu yg dtg ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan game tersebut.
Memang best giler. Dapat melihat MU player secara dekat. Cuma sayang sbb ramai gak star yg x dpt dtg esp. Ji Sung.
It’s okay, ade rezeki nantik saya nak ke Old Trafford – baru la best!!!! (kalau mampu la, tp baik kumpul duit pegi Mekah!!)
Anyway, mlm ni 8.45 – Malaysia VS Man United – 2nd time.