1-10
Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Hari ini saya ada terlihat satu program motivasi di televisyen (Astro kalau tak silap). Di dalam program TV tersebut telah disentuh satu topik menarik iaitu ‘Skala Penilaian Diri Anda’.
Topik yang dibincangkan sangatlah menarik di mana si penceramah telah mengajak penonton untuk bersama-sama meletakkan skala pada diri sendiri. Ala macam kita isi borang penilaian, ada nombor 1 untuk tidak bagus, 2 untuk lemah, 5 untuk sangat bagus. Ha, lebih kurang begitulah.
Penceramah tersebut telah mengajak penonton untuk meletakkan skala pada diri masing² untuk menilai diri sendiri. Bermula dari nombor 1-10. Di manakah diri kita? 1 ke, 4 ke, 2 ke..

