Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Saya merasakan bahawa hari ini adalah di antara hari yang paling mencabar di dalam hidup saya. Sebelum itu, saya ada satu soalan untuk anda. Soalannya adalah :
Jika anda telah menerima satu tawaran bekerja, dan tiba-tiba anda ditawarkan satu jawatan lain yang lebih baik (hakikatnya 2-2 baik), mana satu yang anda akan pilih? Apa kriteria yang akan anda pertimbangkan?
Perkara inilah yang berlaku pada hidup saya hari ini. Susah juga saya nak buat keputusan.
Begini ceritanya, saya telahpun diterima untuk mengajar di sebuah sekolah dan dahpun hadir untuk meeting pertama hari ini, di mana saya juga telahpun diperkenalkan kepada semua guru dan kakitangan sekolah tersebut.
Tetapi, satu masalah yang sangat besar berlaku apabila di dalam mesyuarat tersebut, saya mendapat panggilan telefon bertalu-talu daripada ‘uncle’ saya. Nak angkat camne dah dlm meeting ye tak? So saya pun message lah pakcik saya tuh…
Saya : Kenapa Cu ? (panggilan untuk pakcik saya)
Cu : Abang (saya dipanggil ‘abang’ di dlm keluarga saya) dapat kerja tempat ucu. Sekarang terpulang pada abang untuk buat pilihan. Start kerja 2hb Jan 09.
Ah sudah! Pening kepala terus jadinya. Kerja yang ‘baru’ ni memang dah lama saya apply tapi tiada jawapan. So saya pun terimalah tawaran untuk mengajar. Tetapi sekarang tawaran kerja ‘baru’ tersebut datang semula.
Mana satu nak pilih ni? Memang kalau soal gaji, kerja baru ni memang lebih lumayan gajinya. Tapi, saya berasa keliru dan sangat² serba-salah. Saya yang sebenarnya dah bersemangat untuk mengajar tiba² didatangi dengan masalah sebegini. Bayangkanlah, saya berada di dalam meeting pertama untuk sesi persekolahan tahun depan, sudah diperkenalkan dan tiba-tiba dapat kerja lain. Adakah saya perlu tarik diri? Bersalahkah saya kalau saya berundur? pening..pening…
Habis je meeting, saya terus call mak saya (cam biasalah my motivator).
Saya : Mak, abang dapat keje tempat ucu ni? Camno ni mak?
Mak : Mm, terpulang pada abang la. Kalau lagi bagus mak ikut je. (sebenarnya panjang lagi perbualan kami tetapi saya pendekkan)
Akhirnya, dengan berat hati saya terpaksa meninggalkan sekolah tersebut walaupun belum sempat untuk mengajar di situ. Sedih sangat²!!!! Tapi nak buat macam mana, saya punya ehem ehem dah nak dekat dan saya perlu struggle untuk cari duit. Tambahan pula kerja baru ini adalah tetap. Mungkin ini rezeki saya. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup saya ini..
Untuk menenangkan hati saya, saya renungkan Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al Fath, ayat 4 :

Maknanya :
Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allahlah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Pengajaran : Sememangnya hanya dengan mengingati Allahlah hati kita akan tenang. Ujian yang Allah beri adalah untuk menguji keimanan kita, sama ada kita mampu bertahan ataupun tidak dan sebagai tanda bahawa Allah S.W.T sayangkan kita.
Kesimpulan : Saya berserah kepada Allah S.W.T atas pilihan saya ini. Moga hati saya akan tenang selepas ini dan perjalanan hidup saya dipermudahkan.
Walaubagaimanapun, rasa bersalah pada diri saya akan ada sampai bila²….
p/s : Maafkan saya Ustazah Hasnah!! (Penolong Kanan 1)
9 Responses to “Aku Keliru!!!”
Oh begitu rupanya. Apa2pun semoga Fazli berjaya dalam apa jua kerjaya yang Fazli dapat
Tq so much..
semoga berjaya kat tempat kerja yang baru nie..
aman : tq so much aman! welcome to my blog..
Salam Lee.
Baru ni saya nak tinggal jejak. Hari tu saya menjenguk je tapi tak sempat nak komen.
Alhamdulillah saya rasa awak dah buat keputusan yang tepat untuk masa depan yang lebih menjamin. Ye la kan. Ada tanggung jawab besar yang menanti tak lama lagi kan. So, pilihan kali ni insya Allah menjamin keadaan yang lebih stabil. Tentang rasa bersalah tu, yang tu tak dapat nak dielakkan dah kan. Kebetulan pilihan datang pada masa yang awak sendiri tak rancang. Saya yakin Ustazah Hasnah faham.
Selamat memulakan kerjaya baru!
terima kasih di atas sokongan yang diberikan!!
tapi tulah, rasa bersalah tu masih ada. Huhu!
Assalamualaikum.
Kalau masih rasa runsing atau was-was tentang perkara tersebut. Buatlah solat istikharoh kerana ruang pilihan belum tertutup.
Wallahu aklam bissowab. Wassalam
leenoh : syukran atas nasihat awk
leenoh : saya kene bagi keputusan pd hari tu juga sbnrnya. Hehe. On the spot. Sbb masuk keje 2hb Jan 09. So, hanya sempat berdoa shj semoga pilihan saya tepat.