Oktober 2009 – Julai 2010 = Blog Bersawang!!!
Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa, Insya-Allah..
Seriously, jika saya adalah blog, pasti saya akan sedih dgn keadaan diri saya ni. Kenapa? Sebabnya tuan saya tidak mengupdate blog ini hampir setengah tahun!! Malah hampir setahun!! Ish3x…
Kesian blog saya ni. Hampir setahun setengah tahun (lebih mungkin) tidak diisi dengan apa-apa cerita yang menarik, tak kiralah isu semasa ke, sukan ke, malah aktiviti peribadi saya juga tidak ada langsung. Sebenarnya hati saya dah lama terfikir nak upate blog..nak update blog…nak update blog..Tapi, terdapat beberapa kekangan dan halangan (ayat skema) yang telah mengakibatkan blog saya ini tidak terurus langsung. Antaranya:
a) Saya tiada masa yang mencukupi (alasan agak tak logik tapi lebih kurang begitulah)
b) Saya tiada internet di rumah (memang betul alasan ni logik)
c) Saya tiba-tiba jadi macam tak reti tulis blog
d) Saya perlu menumpukan sedikit masa kepada keluarga (suami mithali)
e) Dan lain-lain lagi
Walaubagaimanapun, sebenarnya telah banyak perkara yang berlaku di dalam hidup saya selama beberapa bulan saya tidak mengupdate blog ini. Antaranya adalah:
a) Isteri saya mengandung (Alhamdulillah…dah masuk 7 bulan dah..)
b) Kehidupan semakin selesa dan bahagia + our 1st Anniversary Jun yang lalu (Alhamdulillah..)
c) Hari-hari kebesaran Islam (Awal Muharram, Maulidurrasul dsb..)
d) Hari Ibu dan Bapa
e) Birthday Keluarga Tercinta (Ibu, Isteri, Kakak, Adik dan ahli keluarga lain)
f) Manchester United terlepas gelaran juara!! (ARGHHHH!!!)
g) Dan banyak lagi…
Oleh yang demikian, saya sekali lagi ingin cuba untuk memupuk kembali semangat saya supaya menjadi lebih rajin mengupdate blog dengan apa sahaja berita yang boleh dikongsikan bersama, Insya-Allah…
Orait, jumpa lagi!!!
p/s: World Cup? Layannn….
Anda mungkin meminati:
- Busy + Main Badminton
- Bila 1 Ramadhan tiba...
- Salam Maulidur Rasul
- Penat dan Nak Tido!!
- Ramadan Karim : 24th Day
- Ramadan Karim : 6-8th Day
- Buka Puasa Di Rumah VS Buka Puasa Di Luar
- Ramadan Karim 19th Day
Tiada komen lagi. Anda yang pertama. Dipersilakan komen.

