Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Apa khabar anda semua? Semoga kita semua berada di dlm keadaan sihat sentiasa, Amin..
Hari ni merupakan antara hari yg memenatkan (same je sbnrnya dgn hari² yg lain). Tapi x pe, cari rezeki pnye pasal, so x de hal. Mesti redha dan ikhlas walaupun penat. Betoll??
Okay, kali ini entri saya adalah mengenai derma. Ya, derma. Semua org tau ape itu derma. Derma boleh disama ertikan dgn sedekah, mungkin juga hibah dan juga waqaf, walaupun agak berbeza di antara makna istilahnya. Yg sama adalah pemberian harta seseorang individu kepada yg lain dengan hati yg ikhlas.
Tadi tghari saya ada duduk melepak dgn bos saya, En. Noar. So, terbukalah topik mengenai derma. Pernahkah anda mengalami peristiwa sebegini?
1- Anda makan di restoran, tiba² anda didatangi oleh seseorang yg meminta derma daripada anda.
2- Anda keluar daripada kereta, tiba² ada seseorang minta derma drpd anda.
3- Anda jln² bersama kwn², tiba² ade org minta derma.
4- Dan mcm² lagi situasi, yg penting ade org minta derma.
Persoalannya, adakah derma itu satu perbuatan yg salah? TIDAK. Itupun jika yg meminta derma adalah mrk yg benar² di dlm kesusahan. Cuba kita sama² bayangkan, jika kita di dalam keadaan atau situasi di mana ade yg meminta derma atau sedekah, adakah kita akan memberi sedekah walaupun RM 1?
Saya yakin, Insya-Allah. Semuanya akan memberi sedekah.
Namun timbul beberapa permasalahan di sini, yg agak memeningkan kepala saya dan buat kita rasa sangsi dgn peminta derma atau bantuan atau sedekah dll. Iaitu, derma yg diberikan perlulah ada HAD MINIMA!!!
Sebagai contoh, anda memberi derma RM 2, tiba² si peminta derma berkata, “Bang, tak cukup bang. Had minima derma RM 10.”
Ya, mmg saya pernah mengalami keadaan seperti ini. Ha, anda bagaimana pula?
Apapun, saya bersangka baik jelah..Cuma, nasihat saya jgnlah mrk² ini mengambil kesempatan. Sbb dgr cerita ade peminta sedekah boleh pakai baju mahal, makan sedap² dan ade rumah besar? Err, betul ke?
Wallahua’lam.
p/s : Saya akan tetap bersangka baik dgn mereka, Insya-Allah.
4 Responses to “Derma Minima”
salam ziarah.
terima kasih kerana sudi menziarah blog saya
untuk artikel kamu yang ini, boleh kata sangat kerap saya mengalami situasi begini. apa lagi saya yang berada di indonesia sini, kadang2 simpati melihat mereka yang sangat miskin. tidak seperti malaysia, sini lagi sangat sayu hati melihat mereka.
kadang2 kalau saya ada duit kecil, saya akan beri tanpa ragu2. tapi, kalau sudah tidak ada wang kecil, tidak ada lah yang saya beri. kadang2 lepas seorang, sampai lagi seorang dan seterusnya. itu kalau makan di kedai. boleh kata setiap kali makan di kedai, pasti ada orang yang memohon derma.
kasihan memang kasihan, tetapi mereka tidak ada usaha ke arah menuju kebaikan. tapi, macam kamu katakan, kita mesti berbaik sangka. mungkin kita tidak tahu situasi mereka dan tak pernah berada di tempat mereka.
dan.. yg terbaik sekali, timbul kesyukuran yg tidak terhingga dalam diri..
wassalam.
terima kasih kembali.
betol tuh. di indonesia mgkin lebih teruk keadaannya.
apapun, bersyukurlah dgn apa yg ada..Alhamdulillah!!
kekadang nak derma…
setan selalu buat perkara yang
meragui dalam hati… kalau die
tak buat pon.. aku nampak sendiri
orang yang mintak sedekah tuh
ade orang lain yang bawak die…
kire ala-ala orang yang menggunakan
orang oku untuk kaut keuntungan.
ade terjadi perkara ni.. tapi
bile ditanye oleh penguat kuasa
dengan selamber mamat tuh jawab,
saya cume tolong makcik ni lintas
jalan sampai ke kedai ni…
masalahnye… aku nampak tiap-tiap
hari mamat ni tolong pimpin makcik
oku ni untuk mintak sedekah…
aku dah syak perkara lain.
so pendapat hang bro amacam?
btol tuh man, kalau gitu mcm mamat tuh jadi pembantu die jek..tapi tu la, nk sgka buruk lebeh2 pon x bleh gak kan?
kdg2 diorg ni siap ade ejen lagik yg bwk man..pastuh kumpul same2 duit derma n bahagi2 kan..
aku pon x tau la nk ckp, kdg2 rase x nk tolong, tp kesian. so hulur je la singgit..
so far setakat ni kalau aku x mmpu derma aku tolak baik2 la..hehe..
yg penting, ikhlassssss..